ILMU DAN AMALAN ZIKRULLAH/TAREKAT TASAWUF (MAZHAB TASAWUF)

Ilmu Tasawuf  mempunyai displin ilmu tersendiri yang memfokuskan secara langsung aspek-aspek pembersihan dan penyucian perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan hati dan amalan-amalan anggota zahir untuk menyampaikan seseorang ke darjat ihsan. Dengan tarbiyah ilmu dan amalan ini kita dapat mengetahui keadaan aspek rohaniah, baik atau buruknya, bagaimana cara untuk membersihkannya dari keburukan atau kejahatan itu dan menghiaskannya dengan sifat-sifat terpuji, bagaimana jalan dan perjalanannya untuk sampai   ke hadrat Allah  dan mendapat keredaanNya.

Oleh sebab itu, makrifah   golongan Tasawuf  bukan sekadar iktikad dan pegangan hati atau satu metadologi pembuktian dalil tentang wujud Allah dan segala sifatNya sebagaimana yang dibawa oleh golongan ahli zahir. Bahkan ia merupakan satu makrifah khusus  iaitu satu bentuk keyakinan yang terhasil daripada ‘nur zikrullah’ kurniaan Allah yang menerangi hati hambaNya yang telah berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh untuk membersihkan  jiwanya dari pelbagai sifat tercela. Nur tersebut berperanan menjadikan seseorang mampu mengenal dengan erti kata sebenar perkara-perkara berkaitan Zat Allah, segala sifat kesempurnaan dan perbuatanNya di samping dapat memahami pelbagai rahsia kebesaranNya di sebalik ciptaan langit dan bumi.

Hasil  atau kesan tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf ialah bersih hati atau makrifah tentang perkara-perkara ghaib secara  zawq dan wujdan, dan dapat kemenangan di akhirat serta kejayaan mendapat keredaan Allah, kebahagiaan yang abadi, terang hati dan suci bersih sehingga terbuka hijab tentang perkara-perkara yang amat rahsia dan berharga, dapat musyahadah perkara-perkara yang menakjubkan dan dapat melihat dengan jelas perkara-perkara yang tidak dapat dipandang oleh pandangan mata hati (basirah) orang lain.
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Adakah orang yang hatinya mati lalu Kami hidupkan dan kami jadikan dalam hati yang hidup itu cahaya (dengan hati yang bercahaya dan dapat memahami kebenaran Allah) dan menyampaikannya kepada manusia, (adakah orang ini) sama dengan orang yang hatinya mati yang berada dalam berbagai-bagai kegelapan yang tidak boleh keluar daripada kegelapan itu?”
                                                                                               (Surah al-An’am, ayat:122)

Imam Al-Ghazali menjelaskan tentang ilmu dan amalan tarekat Tasawuf  merupakan  ilmu rasa yang dicapai dengan cara merasa (sentiasa berzikir mengingati Allah) dan  ber‘uzlah semata-mata. Katanya:
“Ilmu dan amalan tarekat Tasawuf adalah ilmu rasa (zawq) yang hanya dapat dicapai dengan cara  merasa (sentiasa berzikir mengingati Allah) dan jalan ‘uzlah sahaja. Ianya tidak akan dapat dicapai dengan jalan mendengar dan ta’lim (belajar) seperti ilmu hadis, ilmu kalam, ilmu tauhid, ilmu tafsir dan lain-lain.”

Amalan tarekat Tasawuf merupakan jalan tarbiyah akidah menerusi berzikir mengingati Allah dan bermujahadah memerangi nafsu dengan bersungguh-sungguh di dalam suasana ber‘uzlah dalam tempoh tertentu. Riadah atau latihan kerohanian  yang berat ini dipimpin oleh pembimbing rohani atau shaikh mursyid melalui kesungguhan dan kegigihan usaha menentang kehendak-kehendak nafsu jahat, sifat-sifat tercela serta akhlak yang rendah dan hina supaya terhias diri kita dengan sifat-sifat yang terpuji dan akhlak yang mulia.

1. Ijtihad Para Tokoh Tasawuf  Ke Atas Amalan Zikrullah

Dua peristiwa bersejarah (proses tarbiyah Akidah al-Quran dan pelaksanaan Syariat Islam) di dua kota berbeza  (kota Makkah dan Madinah) menjelaskan bagaimana Nabi s.a.w. menyebarkan syiar Islam di zaman yang awal itu. Ini juga memberikan bukti yang  jelas bahawa  Islam  didirikan di atas dua aspek agama yang berbeza (syariat dan akidah) iaitu amalan zikrullah (Akidah al-Quran) dan melaksanakan segala amal ibadat (Syariat Islam) yang tidak boleh dipisahkan sama sekali.

Sebelum difardukan solat pada malam Israk dan Mikraj, selama lebih sebelas tahun Nabi s.a.w. dan umat Islam di zaman awal itu melakukan dua amalan iaitu berzikir mengingati Allah dan membaca al-Quran (tanpa mengerjakan amal ibadat yang lain). Sesudah hijrah, amalan rohani Islam (berzikrullah) terus diamalkan selaras dengan pelaksanaan segala amal ibadat yang difardukan seperti solat, puasa, haji, berjihad, mencari rezeki dan lain-lain sebagaimana yang diperintahkan di dalam al-Quran. Jelas sekali amalan zikir mengingati Allah secara berterusan  menjadi asas untuk menjana dan  memperkasakan  aspek rohani (hati) untuk meningkatkan kualiti amal ibadat yang disyarakkan.

Wirid dan berzikir mengingati Allah merupakan amalan yang mula-mula disyarakkan dan paling banyak disebut di dalam al-Quran dan Sunnah, berbanding dengan apa jua amalan lain. Lebih 60 ayat yang menyentuh amalan wirid dan amalan zikir mengingati Allah, termasuklah ayat-ayat yang menggalakkan kebaikan dan hikmah berzikrullah, ketinggian darjat orang yang berzikrullah, akibat buruk orang yang tidak berzikrullah, zikir ism dhat, masa berzikrullah, kaedah dan adab berzikrullah dan sebagainya lagi.

Dengan kewafatan Nabi s.a.w., maka wahyu pun berakhir. Oleh itu, berbagai masalah umat Islam kian bertambah yang menjadi faktor mendorongkan pintu ijtihad mesti dibuka. Pengkhususan ilmu dan amalan Islam terpaksa dilakukan bagi memenuhi keperluan umat Islam yang semakin lemah daya ingatan dan kefahaman mereka. Impaknya, Islam yang asalnya satu, utuh dan lengkap, telah menjadi berpecah hingga mewujudkan berbagai displin ilmu dan amalan yang khusus. Akhirnya lahirlah golongan Fuqaha’ yang mengkhususkan ijtihad di bidang Fiqah, golongan Mutakallimin (ahli Kalam) di bidang Tauhid, golongan Mufassirin di bidang tafsir al-Quran, Muhaddithin di bidang Hadis, golongan Tasawuf di bidang tarekat Tasawuf (amalan zikrullah) dan sebagainya.

Di abad kedua dan ketiga hijrah, keempat-empat Mazhab Fiqah, iaitu Hanbali, Hanafi, Malik dan Syafi’i telah wujud dan berpengaruh  sehingga menjadi ikutan dan pegangan umat Islam. Di abad yang sama, ijtihad golongan Tasawuf juga telah men- capai kejayaan seiring dengan kejayaan ijtihad di bidang Fiqah dan berbagai bidang ilmu dan amalan Islam yang lain. Jika Imam Ahmad bbin Hanbal (w. 241 H.) mewariskan mazhab Hanbali, maka Shaikh Abu Haris al-Muhasibi (w. 243 H.), seorang tokoh Tasawuf yang terkenal mewariskan tarekat Tasawuf Muhasibiyyah. Beliau telah menghasilkan 27 kitab Tasawuf dan berbagai teori, konsep dan istilah amalan rohani Islam (ilmu dan amalan zikrullah).

Menurut Shaikh al-Hujwiri (w. 465 H.) dalam kitabnya, Kashful-Mahjub, di zaman hidup beliau terdapat sebanyak sepu- luh aliran tarekat Tasawuf yang muktabar;
1.      Al-Muhasibiyyah (dinisbahkan kepada Abu Harith al-Muhasibi, w. 243 H.)
2.      Al-Tayfuriyyah (dinisbahkan kepada Abu Yazid al-Bustami yang berasal dari daerah Tayfur, w. 262 H.)
3.      Al-Qassariyyah (dinisbahkan kepada Hamdun bin Ahmad al-Qasar, w. 271 H.)
4.      Al-Khurraziyyah (dinisbahkan kepada Abu Said al-Khurraz, w. 279 H.)
5.      Al-Sahliyyah (dinisbahkan kepada Sahal bin Abdullah al-Tusturi, w. 285 H.)
6.      Al-Hakimiyyah (dinisbahkan kepada Muhammad bin Ali al-Hakim al-Tirmizi, w. 285 H.)
7.      Al-Nuriyyah (dinisbahkan kepada Abu Hassan al-Nuri, w. 295 H.)
8.      Al-Junaydiyyah (dinisbahkan kepada Abu al-Qasim al-Junaydi al-Baghdadi, w. 297 H.)
9.      Al-Sayyariyyah (dinisbahkan kepada Abu Abbas a-Sayyar, w. 342 H.)
10. Al-Halafiyyah (dinisbahkan kepada Muhammad bin Haris, w. 371 H.)

Zaman terus beredar, abad berganti abad, tarekat Tasawuf yang menjadi asas utama ilmu Tasawuf terus menjadi popular, diminati dan berkembang. Berpuluh-puluh, kalaupun tidak beratus-ratus aliran tarekat Tasawuf yang muktabar yang pernah kita dengar, bukanlah hasil kerja sia-sia golongan juhala’ (golongan para jahil), tetapi semuanya adalah hasil ijtihad tokoh-tokoh Tasawuf yang berwibawa, berdasarkan di atas dalil-dalil al-Quran dan al-Sunnah yang jelas sebagai amalan yang disyarakkan.

Hakikatnya, segala amal ibadat (Syariat Islam) seperti solat, puasa, haji, zakat, mencari rezeki, jihad dan sebagainya lagi telah diijtihadkan oleh para ulama Fiqah hingga melahirkan empat mazhab yang termaklum (mazhab Malik, mazhab Hanafi, mazhab Syafi’i dan mazhab Hanbali). Semua ijtihad oleh para ulama itu  diterima dengan mudah dan diamalkan oleh seluruh umat Islam, tanpa apa-apa bantahan. Sebaliknya, apabila wirid dan amalan zikir mengingati Allah yang telah diijtihadkan oleh para ulama Tasawuf  hingga melahirkan displin ilmu dan amalan tarekat Tasawuf (zikrullah), ianya tidak mudah diterima oleh umat Islam! Oleh itu, maka lahirlah Islam serpihan yang tertumpu  pada juzuk-juzuk tertentu (Syariat Islam) sahaja dan mereka tidak dapat membeza dan menentukan pekara asas dan utama dalam agama (Akidah Islam) ini. Malah,  salah faham terhadap Akidah Islam ini telah mengakibatkan pelbagai bentuk atau versi akidah yang menyimpang. Malangnya, versi yang telah disalahtafsirkan itu telah diamalkan dan diperjuangkan, dan ini menimbulkan fitnah yang sangat besar terhadap kesucian agama ini.

Majoriti umat Islam masa kini tidak tahu dan tidak faham mengenai ilmu dan amalan tarekat Tasawuf (zikrullah). Apa yang mereka tahu, tarekat Tasawuf  adalah amalan sesat, bukan ajaran Islam, bukan Sunnah Nabi s.a.w. Mereka sangat takut terhadap ilmu dan amalan (tarekat Tasawuf) ini. Sesetengah ilmuwan dan bijak pandai Islam pula menolak tarekat Tasawuf secara total. Tarekat Tasawuf  tidak ada dalam kamus hidup mereka. Malah,  bagi mereka tarekat Tasawuf wajib diperangi habis-habisan. Akhirnya, kalimah tarekat Tasawuf menjadi sangat popular sebagai ajaran sesat, lagi menyesatkan. Kerana kejahilan mereka itulah maka mereka menganggap diri mereka itu sebagai umat Islam yang sebenar, padahal mereka itu telah tergelincir  jauh dari landasan akidah (al-Quran) yang hakiki.

2. Nabi  s.a.w Mentalkinkan  Amalan Zikrullah 

Hakikatnya, tarekat Tasawuf adalah disyariatkan dalam Islam. Orang yang pertama beramal dengan amalan ini ialah Nabi s.a.w., diikuti oleh para sahabatnya. Malahan istilah al-Tariqah itu telah digunakan  oleh baginda dan para sahabat r.a. Konsep tarekat Tasawuf itu sendiri pun telah dijelaskan dengan begitu terang oleh baginda (s.a.w.).

Sayyidina Ali bertanya kepada Nabi s.a.w. dengan katanya:
“Ya Rasulullah ajarkan kepadaku (satu) tarekat (jalan) yang paling dekat (untuk sampai) kepada Allah (hakikat dan makrifahNya) dan yang paling mudah (untuk diamalkan) oleh para hamba Allah dan yang paling afdal di sisi Allah.”

Kalimah atau perkataan al-Tariq adalah jama’ takthir bagi perkataan al-Tariqah. Oleh itu, Sayyidina Ali bermaksud agar Nabi s.a.w. mengajarkan satu tarekat (jalan) yang paling dekat untuk sampai kepada hakikat dan makrifah.

Nabi s.a.w. menjawab permintaan Sayyidina Ali itu dengan sabdanya:
“Ya Ali (jika engkau mahu satu tarekat seperti yang engkau maksudkan itu) maka wajiblah di atas engkau engkau sentiasa kekal berzikrullah secara sir (dalam hati tanpa suara) dan secara jihar (bersuara).”

Dari pertanyaan Sayyidina Ali dan jawapan Nabi s.a.w. tersebut jelas sekali wujud istilah al-Tariqah dan konsepnya iaitu sentiasa berzikrullah samada secara sir (dalam hati tanpa suara) dan secara jihar (bersuara), dan inilah asas amalan tarekat Tasawuf yang wujud dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia iaitu sentiasa berzikrullah seperti itu.

Bila Sayyidina Ali mendengar jawapan Nabi s.a.w. itu maka beliau seakan-akan kurang yakin. Oleh sebab itu beliau segera berkata:
“Orang ramai telah berzikrullah ya Rasulullah (ajarkan aku) sesuatu (amalan) secara khusus.”

Nabi s.a.w. segera bersabda:
“Pekara yang paling afdal yang aku ucapkan dan para nabi sebelumku ialah “La Ilaaha Illa Allah” . Sekiranya semua langit dan bumi ini berada di sebelah dacing dan (kalimah) “La Ilaaha Illa Allah” itu berada di sebelah dacing (yang satu lagi) nescaya  “La Ilaaha Illa Allah” itu lebih berat. Dan hari kiamat tidak akan berlaku sedang di atas muka bumi ada yang menyebut “La Ilaaha Illa Allah.”

Sayyidina Ali menjadi begitu yakin lalu berkata:
“Maka bagaimanakah (caranya) aku hendak berzikir?” 

Nabi s.a.w. bersabda:
“Maka hendaklah engkau pejamkan kedua-dua matamu dan dengarlah (baik-baik ketika) aku menyebut kalimah “La Ilaaha Illa Allah” sebanyak tiga kali. Kemudian engkau sebutlah “La Ilaaha Illa Allah” tiga kali dan aku akan menyemaknya. Kemudian Nabi s.a.w. melakukan (sebutan) “La Ilaaha Illa Allah” itu dengan menguatkan suara.”
(Hadis musalsal ini berasal daripada Sayyidina Ali diriwayatkan oleh al-Tibrani dan al-Bazzar dengan para sanad hasan)
(‘Isa ‘Abd. Al-Qadir, Haqaiq ‘An al-Tasawuf, h. 84-85)

Dari hadis di atas kita dapat saksikan dengan terang bagaimana Nabi s.a.w. telah mentalqinkan atau mengajarkan atau membai’ahkan Sayyidina Ali amalan zikir tahlil lisan “La Ilaaha Illa Allah.”

Zikrullah yang ditalkinkan seperti inilah yang diistilahkan sebagai zikir darajat  iaitu dipelajari secara tertentu, diamalkan cara tertentu, dilengkapkan dengan perbagai adab seperti sebelum berzikir, selepas berzikir, sedang berzikir, sesudah berzikir dan sebagainya.

Nabi s.a.w. juga pernah mentalkinkan zikir tahlil secara beramai-ramai serentak. Ya’li bin Shaddad pernah menceritakan bahawa ayahnya (Shaddad) pernah berkata:
“Kami sedang bersama-sama Rasulullah (s.a.w.), baginda bertanya: Adakah di kalangan kamu ada orang asing?  (seseorang ahli Kitab). Kami pun menjawab: Tidak ada orang asing ya Rasulullah. Maka baginda pun menyuruh kami supaya menutup pintu seraya bersabda: Angatlah tangan-tangan kamu dan sebutlah “La Ilaaha Illa Allah.”, Maka kami pun mengangkat tangan kami sambil kami menyebutkan “La Ilaaha Illa Allah.”

Jelas sekali tarekat memang disyariatkan di dalam Islam. Orang yang pertama beramal tarekat ialah Nabi s.a.w. diikuti oleh para sahabatnya. Malahan istilah al-Tariqah itu telah digu- nakan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat. Konsep tarekat itu sendiri pun telah dijelaskan dengan begitu terang oleh baginda (s.a.w.).

Zikrullah yang ditalkinkan seperti inilah yang diistilahkan dalam ilmu dan amalan tarekat Tasawuf dengan zikir darajat, kerana amalan rohani Islam ini boleh meningkatkan ilmu, iman dan amal, dan ianya dipelajari secara tertentu, diamalkan cara tertentu, dilengkapkan dengan perbagai adab seperti sebelum berzikir, selepas berzikir, sedang berzikir, sesudah berzikir dan dengan pimpinan shaikh mursyid dan sebagainya. Inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah s.w.t:

Maksudnya:
“Dan berzikrullah sebagaimana yang ditunjukkan kepada mu (yang memberi petunjuk kepada jalan berzikrullah mu/zikir darajat). Dan sesungguhnya kamu sebelum itu termasuk dalam golongan orang-orang yang sesat (memiliki hati yang mati).”               
                                                                                    (Surah al - Baqarah, ayat: 198)

Definisi Ilmu dan Amalan Tarekat Tasawuf

Definisi ilmu Tasawuf mengikut Kamus Dewan edisi keempat (2007) adalah menuntut atau mengamalkan ilmu ‘uzlah (bersuluk) iaitu ajaran atau jalan untuk mengenal Tuhan dengan benar-benar dan mendekatkan diri dengan Tuhan.

Tarekat  Tasawuf  didefinisikan oleh para tokoh Tasawuf sebagai jalan mujahadah dari aspek pencapaian kesempurnaan hati melalui berbagai-bagai halangan dan mengharungi berbagai-bagai tingkatan di jalan Allah itu. Oleh itu seseorang yang mengamalkan tarekat Tasawuf  itu akan mendapat natijah bersih dan suci hati dari berbagai kekotoran dosa dan berbagai-bagai unsur syirik, yang  jaliy dan yang  khafiy, maka orang tersebut akan mencapai hakikat tasawuf. Dalam hubungan ini, sampai kepada hakikat Allah dan keredaanNya itu adalah tasawuf (ihsan), sedangkan jalannya adalah tarekat Tasawuf. Seseorang yang beramal dengan ilmu dan amalan tarekat Tasawuf  belum pasti ia dapat mencapai hakikat tasawuf, dan seorang sufi itu adalah seorang ahli tarekat Tasawuf.  Oleh itu, tarekat Tasawuf  digunakan untuk merujuk kepada sesuatu aliran zikrullah yang meliputi bai’ah yang mesti dilaksanakan oleh seseorang murid/ salik yang mahu mengamalkan sesuatu aliran tarekat Tasawuf. Bai’ah bermaksud talqin atau asuhan dan pengajaran oleh seseorang guru (mursyid) kepada murid/salik itu cara-cara berzikrullah dan adab-adabnya. Prinsip ini adalah berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w. ketika baginda mengajarkan zikrullah kepada Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a.

Mawlana Zakariyya al-Kandahlawi menegaskan pendapatnya tentang tarekat Tasawuf  dengan katanya:
“Tarekat Tasawuf itu yang sebenarnya merupakan nama (istilah) yang kedua bagi ihsan yang disebutkan (dalam hadis) itu, atau tarekat Tasawuf itu ialah jalan yang dengannya membolehkan seseorang itu mencapai sifat ihsan. Ihsan itulah (juga) yang disebutkan (dengan istilah) Tasawuf atau ‘uzlah, atau namakanlah ihsan itu dengan apa nama sekali pun. Nama-nama itu merupakan perkataan-perkataan yang berlainan (sebutan nya) namun maksudnya adalah satu sahaja (serupa sahaja).”

Ahli-ahli Tasawuf  memang menganggap bahawa kedua-dua istilah itu adalah serupa maknanya. Shaikh Abd. Al-Samad al-Palimangi menyebutkan:
“Dari hasil perkataan Imam Al-Ghazali dalam kitabnya yang bernama Jawahir al-Quran bahawasanya ilmu tarekat Tasawuf dan suluk itu dinamakan ilmu tasawuf.”

Menurut Shaikh Muhammad Amin al-Kudry yang menjelaskan tentang ilmu dan amalan tarekat Tasawuf ini dengan berkata;
“Tarekat Tasawuf adalah satu bidang ilmu yang dapat mengenali kebaikan dan penyakit hati, cara membersihkannya dari  sifat-sifat keji dan menghiasinya dengan cara bersuluk (ber‘uzlah) untuk mencapai keredaan Allah S.W.T. dengan meninggalkan segala laranganNya dan melaksanakan segala suruhanNya.” 

Ilmu dan amalan tarekat Tasawuf merupakan jalan atau wasilah yang menyampaikan keredaan Allah S.W.T. Jika tanpa tarekat  Tasawuf  (jalan atau wasilah) ini, syariat tidak akan dapat memberikan manfaat yang diharapkan kerana ia akan hanya menjadi kerangka atau tubuh badan yang tidak bernyawa. Dr. Halim Mahmod,  bekas Naib Canselor Universiti al-Azhar, Mesir menjelaskan fakta ini dengan berkata;
“Sebaliknya tarekat Tasawuf itu adalah satu bahagian agama yang penting/berharga. Kerana agama tanpa tarekat Tasawuf akan menjadi kurang, agama kekurangan bahagiannya yang sangat terpenting dan berharga iaitu dari aspek dasarnya yang asas sekali.”

Seorang ulama Tasawuf  yang terkenal di kota Baghdad iaitu al-Imam Shaikh Abu Qasim Junaid al-Baghdadi (w. 291 H.) menegaskan tentang keutamaan berzikir mengingati Allah terus menerus bagi golongan Tasawuf  berbanding tarbiyah  akidah golongan ahli zahir menerusi bacaan kitab-kitab agama semata-mata dengan katanya:
“Ketahuilah, bahawa jalan tarekat Tasawuf adalah terlebih hampir kepada Allah S.W.T. kerana mereka memperbanyakkan berzikrullah, sedangkan golongan Fuqaha  lebih banyak mem- bicarakan masalah-masalah agama.”

Shaikh al-Jurjani (w. 816 H) telah mendefinasikan tarekat Tasawuf  dengan katanya:
“Tarekat Tasawuf itu ialah sirah (jalan kerohanian) yang khusus bagi orang-orang yang berjalan menuju Allah yang (pasti) mengharungi berbagai-bagai rintangan dan melalui peningkatan (rohani) dalam berbagai-bagai maqam.

Shaikh Najm al-Din Kubra (w. 618 H) pula memberikan definasi tarekat Tasawuf dengan katanya:
“Dan tarekat Tasawuf  itu ialah melakukan taqwa dan perkara-perkara yang dapat menghampirkan diri anda kepada Allah yang pasti melalui berbagai rintangan dan berbagai makam.”

Beliau menegaskan tentang kedudukan dan hubungan tarekat Tasawuf dengan syari’ah dan hakikat dengan katanya:
“Shari’ah seperti kapal, tarekat Tasawuf seperti lautan dan hakikat itu seperti mutiara. Sesiapa yang mahukan mutiara itu, ia (mesti) menaiki kapal, kemudian ia belayar (mengharungi) lautan itu. Kemudian  barulah  ia sampai kepada mutiara tersebut. Sesiapa yang meninggalkan urutan (perjalanan) ini maka ia tidak akan sampai ke mutiara itu.” 

Dengan tujuan supaya dapat memperjelaskan lagi konsep ketiga-tiga istilah shari’ah, tarekat Tasawuf  dan hakikat tersebut. Shaikh Najm al-Din Kubra telah memberikan beberapa contoh. Antaranya ialah mengenai ibadat  solat. Menurut beliau ibadat solat  dapat dibahagikan kepada tiga peringkat tersebut. Solat di peringkat syariat ialah khidmat dengan mujahadah dan melakukan rukun qawli dan fi’li; di peringkat tarekat Tasawuf ialah rasa hampir (al-Qurbah) kepada Allah  dengan melupakan yang lain dari Allah dan menumpukan seluruh hati kepada Allah  semata-mata sambil melakukan munajat pada setiap masa,  solat pada peringkat hakikat ialah sentiasa musyahadah kepada keagungan dan kesempurnaan Allah  semata-mata. Oleh sebab itulah, maka Shaikh Najm al-Din Kubra menyebutkan ringkasan pandangan setengah-setengah ulama mengenai ketiga-tiga istilah tersebut. Katanya:
“Adalah dikatakan bahawa syariat ialah anda memperhambakan diri kepada Allah, tarekat Tasawuf ialah anda menghadirkan Allah di hati (sentiasa ingatkan Allah) dan hakikat ialah anda saksikan (hakikat Allah) dengan mata hati.”

Dari kata-kata Shaikh Najm al-Din Kubra di atas dapat kita lihat bagaimana tarekat Tasawuf  itu menjadi wasilah atau jalan atau jambatan yang menghubungkan antara syariat dengan hakikat. Ini bermakna tanpa tarekat  Tasawuf, maka syariat tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Syariat yang dilakukan tanpa hakikat/akidah ibarat tubuh badan manusia tanpa roh atau nyawa.

Mengenai hal ini Ibn ‘Ata‘illah menegaskan dengan kata hikmahnya:
“Amalan-amalan (ibadat) itu sebagai kerangka yang tegak sedangkan rohnya ialah adanya rahsia ikhlas (zikrullah) dalam amalan-amalan itu sendiri.”

Al-Imam Shaikh Abu Qasim Junaid al-Baghdadi menegaskan bahawa sumber ilmu dalam tarekat Tasawuf  hanya dua sa- haja, al-Quran dan sunnah. Beliau menegaskan perkara ini dengan katanya:
“Bahawa sesungguhnya ilmu kami (tarekat Tasawuf) adalah terikat kuat dengan kitab al-Quran dan sunnah. Orang yang mencela bahawa ilmu dan amalan tarekat Tasawuf tidak berasal dari syariat sebenarnya mereka itu memang kurang mendalam ilmu syariatnya. Ini bukti menunjukkan dustanya orang yang mengira ilmu kami itu terkeluar daripada batas syariat, baik pada masa sekarang atau yang lain.”

Shaikh Abdul Wahab al-Sya’rani seorang tokoh besar Tasawuf terkenal di kurun ke 10 menjelaskan bahawa jalan tarbiyah golongan ini lebih menumpukan pada ibadat yang berbentuk fardu dan sunnah dengan katanya:
“Ilmu Tasawuf adalah asas pengisian hati para wali Allah dan mereka sebagai wadah sinarannya kerana pengamalan terhadap al-Quran dan Sunnah. Siapa saja yang mengamalkan keduanya, maka hatinya akan tertuang ilmu-ilmu, etika-etika, misteri-misteri dan hakikat-hakikat yang tidak mampu diungkap dengan kata-kata. Tasawuf tidak lain merupakan intisari pengamalan seorang hamba terhadap hukum-hukum syariat.”

3. Keutamaan Ilmu dan Amalan Tarekat Tasawuf

Keutamaan ilmu dan amalan tarekat Tasawuf ialah ilmu yang paling mulia sekali kerana ilmu itu ada kaitannya yang erat dengan makrifah (mengenal) Allah S.W.T. dan kecintaanNya. Oleh kerana itulah ianya merupakan ilmu yang paling baik atau paling afdal sekali secara mutlak. Sesungguhnya ilmu dan amalan (tarekat Tasawuf) itu adalah menjadi roh bagi semua syariat dan semua agama yang diturunkan dari langit.

Allah S.W.T. menjelaskan bahawa manusia  hanya diberi sedikit pengetahuan tentang roh, iaitu lebih khusus kepada  ilmu dan amalan zikrullah sebagai jalan tarbiyah akidah membersihkan pelbagai hijab hati supaya pandangan mata hati (basirah) menjadi terang dan dapat musyahadah terhadap apa-apa yang Allah kehendaki dan kurniakan kepadanya (darjat ihsan). Ia hanyalah sebahagian kecil dari dari rahsia Ilahiyyah yang telah ditetapkanNya kepada manusia dari alam malakut sebagaimana firman Allah S.W.T:

Maksudnya:
“Mereka bertanya kamu tentang roh. Katakanlah roh itu adalah sebahagian dari urusan Tuhanku. Kamu tidak diberi pengetahuan kecuali sedikit.”
                                                                                                (Surah al - Isra’, ayat:  85)

Namun begitu, meskipun sedikit pengetahuan yang diberikanNya, ianya tidak menghalang manusia untuk terus memikirkan dan merenungi (tafakur) tentang hakikat kewujudan roh pada diri mereka, di samping adanya pengertian roh dari sudut fizikal sebagai unsur rohaniah yang memberikan daya hidup kepada jasad manusia.

Dengan itu timbullah pelbagai pendapat dalam kalangan tokoh Tasawuf  tentang hakikat roh itu sebagai kewujudan alam rohaniah pada diri manusia. Selaras dengan kewujudannya sebelum jasad manusia diciptakanNya, roh itu telah mengenal Tuhan Maha Pencipta secara langsung sebelum ditiupkan ke dalam jasad manusia semasa dalam kandungan ibu. Selepas ditiupkan ke dalam jasad manusia,  roh itu terhijab kerana terpengaruh oleh desakan nafsu dan pujukan syaitan yang menghalang mereka daripada menerima petunjuk Ilahi. Maka dengan mengikuti  proses tarbiyah akidah  (berzikir dan mujahadah)  dalam usaha memperbaiki berbagai-bagai  sifat tercela, maka Allah S.W.T. akan singkapkan pelbagai hijab yang menjadi tabir antaraNya dengan yang mencintainya (berterusan berzikrullah). Ketika itu pandangan mata hati (basirah) akan menjadi terang dan dapat musyahadah terhadap apa-apa yang Allah kehendaki dan kurniakan kepadanya sebagaimana firman Allah S.W.T:

 Maksudnnya;
“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (al-Quran) yang serupa (mutu ayat-ayatnya) lagi berulang-ulang, gementar kerananya semua kulit (semua anggota) orang-orang yang takutkan Tuhan mereka, kemudian menjadi tenang kulit-kulit (semua anggota) dan hati-hati mereka itu ketika mereka  mengingati Allah (berzikrullah).”
                                                                                                (Surah al-Zumar, ayat: 23)

Ilmu dan amalan (tarekat Tasawuf) ini merupakan kepasrahan terus menerus untuk beribadat. Kepasrahan ritual ini men- jadikan golongan Tasawuf  mampu memahami dan menghayati jenis-jenis etika yang memperindahkan  jiwa mereka. Mereka terus melaksanakan riadah dengan memperbanyakkan  berzikir mengingati Allah dan bermujahadah memerangi nafsu bagi mencapai maqam-maqam kerohanian di dalam ber‘uzlah. Malahan semua latihan amalan kerohanian itu sudah menjadi kebiasaan   dalam kehidupan harian, sehingga terasa cinta atau  mendarah daging dengan sentiasa berzikir mengingati Allah dan istiqamah  berqiyamullail.

Mereka juga mewajibkan diri mereka sendiri dengan kezuhudan khusus untuk mencapai sifat taqwa yang paling sempurna sehingga terbuka hijab hati dan dapat makrifah serta dapat menguasai diri menentang  berbagai-bagai kehendak hawa nafsunya dan dapat pula mengukuhkan imannya dengan kehendak dan kekuasaan Allah semata-mata. Orang yang  zuhud tidak pernah diperhambakan oleh harta, sebaliknya orang yang tidak memiliki sifat ini diperhambakan oleh harta benda duniawi. Orang yang memiliki kesempurnaan hati tidak sekali-kali menyerahkan hidup kepada yang lain selain Allah. Sedikitpun mereka ti- dak tunduk kepada harta, kedudukan, pangkat atau apa jua yang selalu dikejar oleh ahli hubbud dunya (cintakan dunia). Malah, sifat zuhud itu adalah kedudukan yang mulia dan merupakan martabat yang tertinggi dan adalah langkah awal bagi seseorang hamba yang ingin menuju kepada keredaan Allah S.W.T. sebagaimana yang telah diterangkan oleh Nabi  s.a.w. di dalam hadis yang bermaksud:
“Zuhud bukanlah bererti mengharamkan sesuatu yang halal atau mensia-siakan harta. Zuhud itu mengandungi pengertian; hendaklah engkau sepenuh-penuhnya percaya segala apa yang ada di tangan (kuasa) Allah melebihi kepercayaanmu yang ada di tanganmu.”

Sifat zuhud didefinasikan sebagai hati yang tidak tertarik atau dikuasai oleh apa jua yang menjadi keseronokan nafsu atau kepentingan duniawi. Oleh sebab itu, maka keadaan hati yang pasrah kepada Allah  dan kehidupan zuhud ini tidak boleh dianggap sebagai kemiskinan. Seseorang itu mungkin kaya tetapi pada masa yang sama mereka juga merupakan golongan yang zuhud. Para sahabat  seperti Abd Rahman bin Auf dan Usman bin Affan merupakan golongan hartawan tetapi terkenal sifat zuhud yang mereka miliki. Begitu juga dalam kalangan umat Islam masa kini terdapat orang yang bersifat zuhud dalam hidupnya, namun mereka tetap bekerja seperti manusia biasa dan orang ramai tidak mengetahui bahawa mereka adalah para zahid. Sebab, hati orang yang zahid tidak ada selain dari Allah, walaupun dia memiliki kekayaan yang melimpah,  sibuk dengan urusan duniawi dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kalangan masyarakat. Hati dan perasaan mereka tidak terbelenggu oleh kekayaan dan kedudukan yang disandangnya itu. Keperluan mereka terhadap dunia sekadar hajat keperluan jasadnya iaitu keadaan hati yang telah terbebas dari godaan hawa nafsu. Dia telah bebas dari mempertuhankan nafsunya.

Oleh itu, mereka  berpegang kepada dunia sekadar diperlukan untuk beribadat. Dalam masyarakat mereka tidak timbul dilema-dilema yang tidak perlu seperti antara pembangunan atau kerohanian, dunia atau akhirat, teknologi atau ingat mati dan sebagainya. Sejarah telah membuktikan bagaimana pedagang-pedagang Arab juga merupakan mubaligh yang berjaya menyam- paikan syiar Islam ke Alam Melayu, benua Afrika, Indo-Pakistan dan lain-lain tempat di seluruh pelusuk dunia dengan kesempurnaan akidah yang hakiki dan kekayaan hartanya. Mereka ialah orang Mukmin yang dinamik yang berjaya mengaut dua keuntungan, iaitu hasanah dunia dan hasanah akhirat.

Allah S.W.T. menjanjikan perubahan kepada mana-mana kaum yang terlebih dulu mengubah apa yang ada dalam diri mereka, iaitu hati (akidah). Allah  menjanjikan kejayaan dan kea- gungan umat Islam apabila mereka bersungguh-sungguh membuat perubahan pada aspek (hati) itu seperti yang Allah  nyatakan dalam firmanNya:
 إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
Maksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.”
                                                                                               (Surah al-Ra’d, ayat: 11)

Perubahan yang asas, utama dan  terpenting ialah membaiki hati, iaitu mencapai kesempurnaan akidah. Memperbetul hati menerusi  berzikir dan mujahadah untuk memusnahkan segala sifat keji (mazmumah) dan pelbagai hijab hati dibukakan oleh Allah. Pelbagai hijab itu menjadikan hati  manusia mati (kesesatan) atau tidak berfungsi (tidak kenalkan Tuhannya, Allah)  dan tidaklah ada peluang baginya untuk mendapatkan pandangan mata hati (basirah), maka mereka akan tertarik kepada kejahatan dan maksiat.

Inilah jalan tarbiyah akidah yang dilaksanakan  Nabi s.a.w. ke atas para sahabat  dengan menumpukan perhatian terhadap usaha memperbetul dan memperbaiki hati (menerusi berzikir mengingati Allah terus menerus dan bermujahadah memerangi nafsu, iaitu ber‘uzlah). Baginda juga menjelaskan bahawa baiknya seseorang manusia itu bergantung kepada baik hatinya dan jahat hatinya dari berbagai-bagai penyakit batin yang tersem- bunyi itu. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Ketahuilah bahawa sesungguhnya ada segumpal daging di dalam jasad (manusia) itu, apabila ia itu baik maka baiklah seluruh jasad, bila ia rosak maka rosaklah jasad keseluruhan. Ketahuilah, itulah hati.”

Seterusnya baginda menjelaskan bahawa tempat tumpuan dan tilikan Allah  terhadap hamba-hambaNya ialah hati. Baginda s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad kamu, tidak pula kepada rupa (zahir) kamu tetapi Allah memandang terhadap hati-hati kamu.”

Oleh sebab baiknya keadaan manusia lebih banyak bergantung kepada baik hatinya itu sendiri yang mana hati itulah asal atau sumber bagi berbagai-bagai amalan zahir. Maka wajiblah manusia berusaha memperbaiki hati mereka dengan membuang sifat tercela yang dilarang oleh Allah, di samping menghiaskan hati itu dengan berbagai-bagai sifat terpuji yang sememangnya diperintahkan oleh Allah. Apabila hati telah bersih dari berbagai-bagai sifat tercela (mazmumah) dan dipenuhi pula dengan berbagai-bagai sifat terpuji (mahmudah) serta berzikrullah terus menerus tanpa lalai, maka baharulah hati itu menjadi baik, sihat sejahtera. Orang yang mempunyai hati yang serupa inilah yang beroleh kejayaan yang sebenar dan abadi. Memang benarlah firman Allah S.W.T.
 يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ   إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
M:aksud:
“Iaitu pada hari di mana harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali orang yang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera.”              
          (Surah al-Shu’ara’, ayat: 88-89)

Ayat al-Quran tersebut menunjukkan bahawa di akhirat nanti manusia yang mempunyai penyakit hati tidak akan beroleh kejayaan dan malah tidak diterima oleh Allah. Mungkin orang tersebut amalan zahirnya banyak, tetapi kerana berbagai-bagai penyakit hatinya maka amalan-amalannya itu tidak diterima Allah. Oleh sebab itulah maka para ulama Tasawuf  berpendapat bahawa berusaha mengubati penyakit-penyakit hati itu adalah fardu ain. Al-Imam Jalal al-Din al-Sayuti, misalnya menegaskan dengan katanya:
“Adapun mengetahui hati dan mengenali berbagai-bagai macam penyakitnya, seperti hasad, ujub, riak dan sebagainya lagi. Imam Ghazali menegaskan bahawa mengenal dan mengetahui hati dan bermacam-macam penyakitnya itu adalah fardu ain.”

Sememang tepat benarlah pandangan para ulama Tasawuf bahawa mengenal dan mengetahui masalah hati dan berbagai-bagai penyakit itu fardu ain, kerana terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. yang menunjukkan kewajipan seseorang untuk membersihkan hati dari berbagai-bagai penyakit dan perkara-perkara yang mengotorinya.

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu dekati kejahatan-kejahatan yang zahir dan yang batin.”                
                                                                                               (Surah al-An’am, ayat: 151)

Para ahli Tafsir menjelaskan bahawa kejahatan-kejahatan yang batin itu ialah seperti hasad dengki, riak, munafik, syirik, ujub, buruk sangka dan sebagainya lagi. Berbagai-bagai penya- kit batin atau hati itu sahaja sudah cukup untuk menggugurkan pahala amal ibadat seseorang, meskipun amalan-amalan  itu terlalu banyak. Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Allah tidak akan menerima amalan yang ada di dalamnya riak sebesar atom sekalipun.”

Allah juga menjelaskan bahawa orang-orang yang mengerjakan solat yang lalai dan yang riak merupakan orang-orang yang  mendapat kecelakaan dengan dimasukkan ke neraka (mak-
sud al-Ma’un: 4-6).

 Al-Imam al-Bajuri menyebutkan:
“Sesungguhnya wujudnya berbagai-bagai sifat kedaifan batin yang disertai dengan usaha-usaha memperbaiki amalan zahir adalah seperti memakai pakaian yang cantik di tubuh badan yang berlumuran dengan berbagai-bagai kekotoran.”

Tentulah baju yang bersih dan cantik yang dipakai oleh orang itu turut tercemar. Dengan itu bermakna amalan-amalan zahir turut rosak dan tidak diterima oleh Allah S.W.T.

Menurut pandangan Shaikh Ibn Abidin bahawa kedua-dua perkara iaitu mengetahui berbagai-bagai penyakit jiwa atau hati seperti ujud, hasad, riak, takbur, kedekut, menipu daya, marah, bermusuh-musuhan, tamak, khianat, keras hati, buruk sangka, panjang angan-angan keduniaan dan sebagainya lagi, dan merawatnya adalah fardu ain hukumnya yang mesti dilakukan oleh seseorang Islam. Kedua-dua aspek tersebut terdapat di dalam tarekat Tasawuf. Imam Al-Ghazali menyebut di dalam kitabnya Ihya ‘ulumal-Din’ bahawa tidak ada seorang pun yang sunyi dari berbagai-bagai sifat yang merosakkan jiwa tersebut. Menghapuskan sifat-sifat tercela itu adalah fardu ‘ain. Untuk menghapuskannya pula tidak mungkin dapat dilakukan kecuali dengan jalan mengetahui hakikat sifat-sifat mazmumah itu, sebab-sebab (wujudnya), tanda-tandanya dan cara merawatnya. Sesungguhnya orang yang tidak mengetahui penyakit-penyakit hati itu ia akan (mudah) terjerumus ke dalam lembah kejahatan itu sendiri.

Shaikh al-Tantawi pula berkata:
“Kebersihan zahir tidak akan berfaedah kecuali disertai oleh kebersihan batin iaitu sifat ikhlas, bersih daripada sifat tipu daya, hasad dengki, irihati dan bersih hati dari sesuatu yang lain daripada Allah. (Dengan keadaan suci zahir dan batin itu) maka seseorang itu akan dapat mentaati Allah (kerana kasihkan) Allah semata-mata, bukan disebabkan sesuatu tujuan atau sebab-sebab lainnya. Malahan, ia akan menjadi orang yang benar-benar bergantung kepada Allah, kerana Allahlah yang mengurniakan segala keperluannya yang sangat dihajati sebagai belas kasihan Allah terhadap dirinya. Ia tidak akan diperhambakan sesuatu yang lain daripada Allah dan tidak akan dikuasai oleh hawa nafsunya." 

Beberapa petikan mengenai pandangan beberapa tokoh Tasawuf  yang disebutkan di atas sudah cukup untuk meyakinkan kita tentang kedudukan dan kepentingan ilmu dan amalan tarekat Tasawuf   itu dalam Islam. Dapat kita simpulkan bahawa ilmu dan amalan tarekat Tasawuf  itu merupakan asas yang terpenting bagi Islam, sebagai nyawa bagi tubuh badan manusia layaknya. Jika tubuh badan manusia tidak bernyawa ia tidak akan dapat hidup dan bergerak, maka begitulah juga keadaannya orang beragama tanpa beramal dengan tarekat Tasawuf, sudah pasti ia tidak akan mendapat hakikat penghayatan Islam yang sebenar (darjat ihsan).

Bidang ilmu dan amalan  ini di peringkat awal dakwah akidah Nabi s.a.w. lebih dikenali sebagai ilmu al-Yakin, ilmu al-Ikhlas, ilmu al-Hal, ilmu al-Batin, ilmu al-Qulub, ilmu  al-Ihsan, ilmu al-Tariqah, ilmu al-Iman dan sebagainya lagi. Istilah tarekat Tasawuf pada zaman Nabi s.a.w. dan para sahabat tidak digunakan dalam displin ilmu Tasawuf. Bagaimanapun, doktrin ilmu tarekat Tasawuf, prinsip-prinsip, amalan-amalan rohani  dan aspek-aspek lain yang penting dari ilmu tersebut telah pun wujud. Oleh sebab pada zaman awal Islam itu (zaman Nabi s.a.w., zaman para sahabat, tabi’in dan al-salaf  segala-galanya masih utuh, lengkap dan unggul, baik ilmu mahupun amalan yang zahir dan yang batin/rohani, maka zaman tersebut tidak memerlukan berbagai-bagai istilah bagi menghurai dan memperincikan ilmu dan amalan-amalan tersebut. Orang-orang Islam pada zaman awal itu faham dan mengamalkan ilmu dan amalan Islam yang zahir dan yang batin/akidah (sentiasa  berzikrullah) itu secara keseluruhan dalam bentuk dan konsepnya yang paling sempurna dan ideal sekali.

Berhubung dengan fakta ini, Shaikh Abu al-Hasan al-Busanji (w. 348 H.) menegaskan dengan katanya bermaksud:
“Tasawuf pada hari ini ada namanya tanpa ada hakikatnya, padahal pada masa sebelumnya (pada zaman Nabi s.a.w., sahabat  dan al-salaf) ada hakikatnya tanpa ada namanya.”

Kefahaman dan amalan mereka mereka itu meliputi hakikat Islam yang mudah dan juga hakikat-hakikat Islam yang sukar dan sulit. Misalan amalan yang paling mudah ialah pertanyaan seseorang apabila bertemu dengan seorang sahabat yang lain: “Apa khabar tuan?”  yang merujuk kepada kesempurnaan akidah atau pandangan mata hati (basirah) ataupun darjat ihsan. Pada zaman kemudian, misalnya pada zaman hidupnya Shaikh Abu Talib Makki (w. 386 H.), umat Islam sudah tidak dapat memahami maksud pertanyaan seumpama itu, mereka sudah menghubungkannya dengan berbagai-bagai masalah kehidupan dunia. Oleh sebab itulah Shaikh Abu Talib Makki menegaskan bahawa sesiapa yang bertanya kepada seseorang bermaksud untuk mendapat tahu hal-hal keduniaan maka hukumnya adalah haram.

Dengan kata-kata lain, umat Islam di zaman awal Islam itu, terutamanya para sahabat, lebih sempurna taqwa mereka, kerana lebih memahami hakikat Islam, samada yang tersurat mahupun yang batin/akidah. Oleh sebab itu tidak hairan jika para sahabat pernah mengingatkan para tabi’in dengan kata-kata mereka yang bermaksud:
“Sesungguhnya kamu mengetahui benar-benar amalan-amalan maksiat yang kamu pandang kecil, sehalus rambut sahaja, tetapi kami pada zaman Nabi s.a.w. menganggapnya sebagai dosa besar yang boleh membawa kecelakaan ke neraka.”

Kata-kata para sahabat itu bukanlah bermaksud bahawa maksiat-maksiat yang membawa dosa kecil itu menjadi dosa besar, tetapi mereka bermaksud bahawa hakikat iman kepada Allah  yang sebenarnya mestilah sentiasa membesarkan atau mengagungkan perintahNya, apabila seseorang mukmin benar imannya, maka  mereka akan sentiasa memandang semua perintah dan larangan Allah  penting dan besar belaka, kerana keagungan Allah S.W.T. yang memerintah dan melarang itu berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya (amalan itu) adalah lahir dari sifat taqwa hati.”
                                                                                               (Surah al-Hajj, ayat: 32)

4. Polemik   Di    Antara Golongan  Ahli    Zahir  Dengan  Golongan   Tasawuf

Polemik di antara golongan  ahli zahir dengan golongan Ta- sawuf tidak akan ada penyelesaian sehinggalah mereka (ahli zahir) itu dapat memandang rahsia alam malakut menerusi pandangan mata hati (basirah).  Dengan itu timbullah berbagai persoalan dan fitnah yang timbul terhadap jalan tarbiyah akidah golongan Tasawuf  (berzikir dan mujahadah). Ini merupakan lanjutan dari polemik antara dua golongan ini yang telah wujud sejak berlalunya zaman khulafa ar-rasyidin.  Ini digambarkan oleh Ibn Khaldun dalam kata-katanya:
“Kemudian, sesungguhnya ramai dari kalangan ahli fiqah dan ahli fatwa bersungguh-sungguh untuk menentang golongan ahli tasawuf yang kemudian itu mengenai perkara-perkara yang disebutkan itu dan yang seumpamanya. Malahan mereka itu bersungguh-sungguh mengingkari/menolak semua yang telah berlaku di dalam tarekat Tasawuf itu. Pada hal yang sebenarnya kata-kata ahli tasawuf itu mempunyai huraian dan maksud tertentu.”

Berdasarkan kepada fakta-fakta sejarah dan lain-lainnya yang terlalu banyak, maka kita sangat yakin bahawa polemik antara  golongan ahli zahir dengan ahli Tasawuf atau Sufiyyah ti- dak akan ada penyelesaiannya sehinggalah mereka (ahli zahir) memahami benar-benar serta menghayati ilmu dan amalan tare- kat Tasawuf  itu. Begitulah persoalan dan fitnah seumpamanya itu atau yang lebih hebat lagi akan terus berlaku selagi golongan ahli Kalam dan Wahabi itu tidak dapat memahami serta menghayati apa yang sebenarnya mereka persoalkan itu sendiri. Sejarah beberapa tokoh/ulama Fuqaha’ yang terkenal pada mulanya menentang ilmu tarekat Tasawuf  begitu hebat, tetapi akhirnya dapat memahami serta beramal dengan ilmu tersebut dapat kita jadikan bukti kenyataan tersebut.

Mengapakah kita tidak mahu mengikut jejak langkah ulama-ulama dahulu. Imam Syafi’i seorang tokoh ulama Fuqaha  yang terkenal dan pengasas mazhab Fiqah yang mu’tabar (maz- hab Syafi’i) sanggup belajar ilmu tarekat Tasawuf  di bawah bimbingan Shuban al-Ra’i, seorang shaikh yang ummi. Imam Al-Ghazali yang sudah bergelar ‘Hujjatul Islam’ dan Shaikh ‘Izzuddin Abd Salam yang sudah bergelar ‘Sultan Ulama’ sanggup turun menceburkan diri ke dalam tarekat Tasawuf, diasuh dan dipimpin oleh shaikh mursyid. Shaikh Abd Wahab al-Sya’rani yang  juga merupakan ulama besar Fuqaha di zamannya sanggup belajar di bawah pimpinan Shaikh Ali al-Khawwas, seorang yang tidak tahu menulis dan membaca.

Al-Sya’rani pernah mencatatkan sikap Shaikh ‘Izzudin Abd Salam sebelum ditarbiyahkan dengan tarekat Tasawuf  dengan menyatakan:
“Setiap orang ada mendakwa ada satu jalan menyampaikan kepada Allah selain daripada jalan kami tonjolkan ini, sesungguhnya dia telah melakukan pendustaan terhadap Allah.”

Kenyataan tersebut mendedahkan sikap tidak akur beliau terhadap kewujudan tarekat Tasawuf pada masa itu. Namun setelah beliau berguru dengan Shaikh Abu Hasan al-Shadhili, beliau menyifatkan bahawa selama ini “kami telah mensia-siakan umur kami dalam kehijaban.”

Sebab itu tokoh ulama khalaf yang terkenal, Imam Shafi’i yang  ditarbiyahkan (tarbiyah akidah) dengan   jalan ‘uzlah  ini menyebutkan:
“Sesiapa yang mahu Allah S.W.T. bukakan pintu hatinya (kesempurnaan hati) dan diberi ilmu (secara laduni atau zawqi) maka wajiblah ia ber‘uzlah dan menyedikitkan makanan dan tidak bercampur dengan orang bodoh dan setengah orang alim yang tidak ada keinsafan serta tidak ada adab  (menafikan tarbiyah ilmu dan amalan zikrullah).”

Selagi pemikiran ahli zahir itu terus diselimuti  dengan ilmu Akidah reka cipta (ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi) maka selama itulah mereka akan terus diburu dan dihantui oleh sifat buruk sangka mereka sendiri, pada hal yang sebenarnya kata-kata ahli Tasawuf  itu mempunyai huraian dan maksud tertentu. Kerana itulah apabila golongan ahli zahir itu melihat keadaan dan suasana pengamal-pengamal tarekat Tasawuf  berlainan sedikit daripada keadaan mereka dan bila mereka menemui ungkapan-ungkapan di dalam kitab-kitab atau tulisan-tulisan Tasawuf  yang kelihatan berlawanan dengan ilmu Akidah reka cipta, maka mereka pun segera melatah dengan menggunakan perkataan yang bukan-bukan terhadap tarekat Tasawuf dan pengamalnya. Sebenarnya, kebanyakan ungkapan-ungkapan adab di dalam ilmu tarekat Tasawuf tidaklah boleh difahami secara harfiyyahnya sahaja, tetapi ia perlu dirujuk kepada keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh para tokohnya seperti yang terdapat di dalam kitab-kitab Tasawuf  atau seperti yang telah diterangkan oleh para shaikh tarekat Tasawuf  itu sendiri.

Jika masalah tersebut dianalisa, dijelaskan dan ditentukan hukumnya menerusi pemikiran sendiri seperti itu maka kita tidak akan  dapat jawapannya yang tepat, tetapi jawapan yang salah dan menyimpang jauh dari hakikat kebenaran. Jika kita menghadapi masalah-masalah mengenai hukum Fiqah, kita akan merujukkan ke dalam kitab-kitab Fiqah; mengapa pula bila kita menghadapi masalah Tasawuf, kita tidak mahu merujukkan ke dalam kitab-kitab Tasawuf?

Berbagai-bagai masalah dalam ilmu tarekat Tasawuf  terdapat dalam kitab-kitab karangan mereka di atas. Malah, masalah Tasawuf  yang  pada fikiran para ulama dan ilmuwan Kalam dan Wahabi pada hari ini seolah-olah baru timbul dan perlu diselesaikan, sebaliknya apabila kita telitikan dalam kitab-kitab itu, ianya telah ditimbulkan oleh tokoh-tokoh ulama dan ilmuan golongan (ahli zahir) ini sejak lebih seribu tahun lalu, dan telah pun ada jawapan dan huraiannya oleh tokoh-tokoh Tasawuf  dalam kitab-kitab mereka sejak zaman itu.  Hal demikian menunjukkan bahawa pendirian para tokoh Tasawuf  menjadikan berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh sebagai inti pati dalam tarbiyah akidah yang didasarkan daripada al-Quran dan al-Sunnah itu adalah amat  penting untuk disebarkan dan diamalkan oleh seluruh umat Islam sedunia, berbanding isu-isu yang telah lama selesai tetapi ditimbulkan semula hanya untuk memuaskan ego keintelektualan para ulama dan ilmuwan ah- li zahir masa kini.

Para ulama dan ilmuwan ahli zahir  seolah-olah sudah tertutup mata hati untuk menerima hakikat bahawa kesempurnaan hati yang dicapai melalui riadah atau latihan kerohanian (ber- zikir dan mujahadah) yang dilaksanakan oleh golongan Tasawuf  memainkan peranan penting bagi membolehkan seseorang Muslim mencapai makrifah (mengenal) Allah. Segala pedoman ilmu dan amalan tarekat Tasawuf  ini telah ditulis atau dibukukan oleh tokoh-tokoh besar tasawuf seperti Shaikh al-Muhasibi (w. 243 H./828 M: al-Ri’ayah li Huquqi dan al-Wasaya), Shaikh Abu Talib al-Makki (w. 386 H./971 M: Qut al-Qulub), Imam Al-Ghazali (w. 505 H./1111 M: Ihya’‘Ulum al-Din dan Minhaj al’ Abidin), Shaikh Abd Qadir al-Jilani (w.562 H./1147 M. al-Ghuniyyah, al-Faith al-Rabbani dan Faith al-Ghaib), Shaikh al-Hujwiri (w. 465 H./1050 M: Kasyf al-Mahqub), Ibn Khaldun (w. 808 H/1393 M: Shifa’ u’s-Sail li Tahdhibi’l-Masail), Shaikh Abu al-Qasim al-Qusyairi (w. 465 H./1071 M: al-Risalah al-Qusyairiah) dan banyak lagi kitab-kitab Tasawuf yang dihasilkan oleh tokoh-tokohnya sejak dahulu hinggalah ke masa kini. Kitab-kitab ini terus memainkan peranan penting dalam usaha meyakinkan umat Islam tentang kebenaran ilmu dan amalan  tarekat Tasawuf. Kitab-kitab ini juga merupakan sumber maklumat dan rujukan yang sangat penting dan berharga sekali mengenai ilmu dan amalan tersebut.

Di samping itu, sesetengah para ilmuwan dan bijak pandai Islam yang menjadi pensyarah di pusat-pusat pengajian tinggi ada membuat kajian mengenai tarekat Tasawuf atau mengarah- kan pelajar mereka membuat kajian atau tesis mengenai berbagai-bagai aspek ilmu dan amalan  (tarekat Tasawuf) ini, tetapi mereka dan para pelajar bimbingan mereka bersikap tatabu’ semata-mata. Maksudnya, kajian mereka adalah semata-mata untuk menonjolkan keburukan pengamal amalan (tarekat Tasawuf) ini, dan ilmu dan amalan zikrullah (tarekat Tasawuf).

Sikap tatabu’ adalah sikap ketua kaum Quraisy, seperti Abu Jahal, Abu Lahab dan ramai lagi yang hanya memfokuskan fikiran mereka terhadap keburukan Nabi s.a.w. dan tidak mahu melihat berbagai kebaikan baginda s.a.w. yang begitu terang seperti terangnya sinaran matahari sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“...(Ya Muhammad) engkau nampak orang-orang Quraisy itu memandang le arahmu. (Pada hakikatnya) mereka tidak nampak (kebaikan kenabianmu).”
                                                                                               (Surah al-A’raf, ayat: 198)

Sikap tatabu’ inilah juga yang menyelubungi pemikiran golongan Orientalis Barat terhadap Islam. Faktor tatabu’ inilah yang menutup rapat minda mereka sehingga mereka hanya nam- pak keburukan Islam semata-mata.

5. Sejarah Ketokohan Hujjatul Islam dan Hujjatul Tasawuf,  Imam  al-Ghazali

Sejarah ketokohan  Imam al-Ghazali sebagai tokoh Fuqaha dan tokoh Tasawuf  yang terkenal seharusnya menjadi pedoman kepada golongan yang menafikan kebenaran ilmu dan amalan tarekat Tasawuf. Pada zaman awal kemunculannya, Al-Ghazali lebih dikenali sebagai tokoh Fuqaha yang terkenal di kota Baghdad, sangat dihormati dan disanjungi oleh seluruh lapisan rakyat dan pemerintah sehingga beliau dikenali sebagai “Hujjatul Islam”, beliau mengajar di Madrasah An-Nazzamiyyah. Beliau sangat bijak, benar pandangannya, mempunyai peribadi yang menakjubkan, kuat ingatan, pandangan yang mendalam, mampu menyelami makna-makna/istilah-istilah ilmu dan amalan Islam dengan terperinci, sehingga gurunya Al-Juwaini menyifatkan beliau dengan ungkapan “Al-Ghazali adalah lautan (ilmu)  yang dalam”.

Al-Ghazali menjelaskan tentang sifat dirinya yang sentiasa rindukan ilmu dan dahagakan kepada kebenaran melalui kajian yang  jauh dari taklid (ikut-ikutan). Kata beliau:
“Dari usia remaja, berumur sebelum dua puluh tahun  sehingga sekarang berusia lebih lima puluh tahun, aku menjalani gelombang lautan yang dalam dan mengharungi kesulitan dengan semangat keberanian bukannya sebagai pengecut atau penakut. Aku menjalani seluruh kegelapan, merintangi seluruh kemusykilan dan menceburkan diri dalam seluruh kesulitan. Aku meneliti akidah setiap kaum dan  menyelingkap seluruh rahsia mazhab setiap kaum untuk membezakan antara yang hak dan batil, yang mengikut sunnah dan bid’ah.”

Jelas beliau lagi:
“Aku tidak meninggalkan seorang ahli kebatinan melainkan aku suka mengetahui apa yang tersembunyi dalam batinnya.
Dan tidak meninggalkan seorang ahli zahir melainkan aku ingin mengetahui natijah dari hujah-hujah ilmu kalam.
Dan tidak meninggalkan seorang ahli falsafah melainkan aku suka mengetahui hakikat falsafahnya.
Dan tidak meninggalkan seorang ahli tasawuf melainkan  aku tamak untuk mengetahui rahsia kesuciannya.
Dan tidak meninggalkan seorang ahli ibadat melainkan aku suka mengintai ke mana kembalinya hasil ibadatnya.”

Menurut Taqiyudin As-Subki bahawa Al-Ghazali menghasilkan lebih kurang  dua ratus karya, di antaranya ‘Yaqut At-Ta’ mil fi Tafsir At-Tanzil’ yang dikatakan mengandungi ham- pir empat puluh jilid. Beliau menghitung kitab-kitab yang dihasilkan oleh  tokoh yang masyhur  itu berjumlah lebih daripada lima puluh kitab. Az-Zubaidi menghitung  karya-karya beliau dalam syarahnya bagi Al-Ihya’’ adalah lebih dari tujuh puluh buah kitab. Dan Az-Zarkali menghitung kitab-kitab Al-Ghazali yang tercetak adalah sebanyak dua puluh tiga kitab.

Orang ramai kagum dengan keindahan dan kesempurnaan perkataannya, kefasihan lidahnya, huraian ilmu syariat yang terperinci dan mendalam. Beliau belajar dan mendalami ilmu aga- ma dengan bersungguh-sungguh dan berijtihad sehingga menguasai bidang ilmu agama seperti ilmu usul, fiqah, mantiq, falsafah, kebatinan dan sebagainya serta bangkit berdebat dan mengalahkan golongan yang menyeleweng. Beliau banyak mengarang kitab-kitab dan meleburkan perselisihan dalam kalangan ummah untuk membezakan antara yang hak dan batil, yang mengikut sunnah dan bid’ah. Al-Ghazali tidak sama seperti ulama-ulama lain yang hanya sekadar menghafal apa yang diterima, mengulangi dan menukilnya, bahkan beliau adalah seorang alim yang aktif, ilmu yang diterimanya diteliti dan diuji sejauh mana kebenaran dan kebatilannya. Oleh itu adakalanya beliau menolak, merubah dan menjelaskan dan menghuraikan, sesungguhnya beliau adalah  ‘Tokoh Pembaharuan Kurun Ke 5’.

Al-Ghazali adalah tokoh agama yang mempunyai jiwa yang sentiasa rindukan ilmu dan dahagakan makrifah (mengenal) Allah, tamak untuk mencapai kebenaran melalui kajian yang jauh dari taklid (ikut-ikutan). Begitulah  sejarah Imam Al-Ghazali, sebagai tokoh  Fuqaha yang terkenal dan disanjung oleh segenap lapisan masyarakat dan pemerintah di atas keunggulan, kehebatan, pencapaian dan sumbangan beliau kepada agama.  Sebaliknya, beliau sendiri berada di dalam dilema di antara keyakinan akal terhadap keesaan Allah menerusi hujah-hujah ilmu Syariat (pelbagai bidang ilmu Islam)  atau  mencapai kesempurnaan hati menerusi tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf (ber‘uzlah, iaitu berzikir dan mujahadah). Beliau akhirnya membuat keputusan meninggalkan kota Baghdad menuju ke kota Damsyik untuk ber‘uzlah. Malahan  proses  tarbiyah akidah  ini telah memberikan pengaruh  besar dalam peralihan total yang merubah perjalanan hidupnya.

Beliau yang menjadi pensyarah kanan di Pusat Pengajian Nizamiyah di kota Baghdad mengajar pelbagai bidang ilmu syariat, pada mulanya memang tidak percaya terhadap kebenaran Tasawuf dan selalu mempertikaikan berbagai aspek yang wujud di dalamnya dan menjelaskan sendiri hal tersebut  dengan katanya;
“Pada permulaannya, aku adalah (merupakan) orang yang mengingkarkan (perkara-perkara yang berkait dengan) hal-hal orang-orang soleh dan maqam-maqam orang ‘ariffin, sehing- galah aku berdampingan (belajar) dari shaikhku iaitu Yusuf al-Nassaj. Shaikhku terus menerus menggalakkan aku untuk bermujahadah sehinggalah aku dikurniakan berbagai warid.”    

Fakta ini juga menunjukkan bahawa kebanyakan ulama  terutamanya   ulama Kalam tidak mengenali secara pasti ilmu dan amalan tarekat Tasawuf itu. Setelah Imam Al-Ghazali mendalami ilmu dan amalan tarekat Tasawuf beliau benar-benar sedar bahawa ilmu dan amalan itu telah lumpuh kalaupun ia tidak mati. Kerana itulah maka beliau banyak mengarang kitab dan risalah mengenai tarekat Tasawuf yang bertujuan menghidupkan semula ilmu yang telah mati itu.  Ihya’ ‘ulumal-Din menjelaskan kepada kita hasrat beliau yang sangat ingin menghidupkan semula ilmu yang telah mati itu pada zamannya itu, agar pada masa kemudiannya ilmu tersebut dapat difahami dan dihayati oleh masyarakat Islam.
    
Sejarah kecemerlangan kerohanian (al-Futuh) Imam Al-Ghazali dalam praktik kesufian terhasil  setelah berguru dan berada di bawah pimpinan serta didikan seorang  shaikh mursyid yang ummi, iaitu Shaikh Yusuf al-Nassaj. Malah, beliau sanggup meninggalkan kota Baghdad yang memberikan jawatan, kemewahan dan kemasyhuran untuk  ber‘uzlah  di Masjid Umawiy di kota Damsyik. Tempat (ber‘uzlah) itu hingga sekarang ini di panggil Zawiyyah Ghazaliyyah. Imam Al-Ghazali menjelaskan proses tarbiyah akidah (berzikir dan mujahadah) yang dilaluinya dengan katanya:
“Kemudian saya masuk ke Negeri Sham dan menetap di sana selama 3 tahun. Pekerjaan saya hanyalah ber’uzlah, riadah dan bermujahdah. Berjuang sekuat tenaga melawan nafsu dan kemalasan beribadat. Berusaha membersih diri, mendidik akhlak dan membersih hati untuk berzikrullah, sebagaimana yang saya perolehi dari pengajian tarekat Tasawuf. Saya beriktikaf terus menerus di dalam Masjid Damsyik. Sepanjang hari saya naik ke menaranya dan tinggal di sana, lalu saya tutupkan pintunya untuk diri saya sendiri.”

Daripada fakta-fakta dan keterangan yang telah diberikan di atas mengenai proses tarbiyah akidah yang dilalui Imam Al-Ghazali menerusi berzikir dan mujahadah, maka dapatlah kita simpulkan bahawa mujahadah ini didorong oleh kemahuan dan cita-cita untuk mencapai kebahagiaan yang sebenar dan darjat yang tinggi di akhirat. Imam al-Ghazali menegaskan bagaimana kedudukan dan kepentingan  tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf untuk membaiki kejahatan-kejahatan yang batin itu seperti rosak akidah (lalai berzikir mengingati Allah), hasad dengki, riak, munafik, syirik, ujub, buruk sangka dan sebagainya lagi yang boleh menggugurkan pahala amal ibadat seseorang, meskipun amalan-amalan  itu terlalu banyak. Oleh itu seseorang  itu wajib mempelajari sebahagian sifat-sifat tersebut yang difi- kirkan perlu bagi dirinya sendiri. Menghapuskan berbagai-bagai sifat tercela tersebut adalah fardu ain.

Seterusnya Imam al-Ghazali  menegaskan tentang kebenaran tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf untuk mencapai sifat taqwa yang sebenar dan akhlak yang mulia berbanding tarbiyah akidah golongan ahli zahir. Kata beliau:
“Aku sesungguhnya tahu dengan yakin bahawa para ahli Tasawuf  itulah orang yang sebenar berjalan di jalan Allah Taala. Keindahan   cara hidup mereka tidak ada bandingnya. Jalan mereka itu adalah yang paling benar, akhlak mereka juga yang paling murni. Malah, jika dikumpulkan semua akal para cendiakawan, kebijaksanaan ahli Falsafah dan pengetahuan alim ulama yang menyelami rahsia syariat dengan tujuan hendak mengubah sedikit cara hidup dan akhlak ahli Tasawuf dan diganti dengan sesuatu yang lebih baik, tidak akan dapat mereka berbuat demikian. Ini disebabkan oleh gerak dan diamnya ahli Tasawuf, sama ada zahir mahupun yang batin berpandukan cahaya yang terang dari misykat kenabian.”

Abdul Ghafir Ibn Isma’il al-Farisi (w. 529H.), seorang imam di masjid Nisabur yang hidup sezaman dengan Imam Al-Ghazali menjelaskan perubahan tokoh Tasawuf  itu setelah beliau menjalani ibadat ber‘uzlah dengan katanya:
“Dan dia menempuh jalan zuhud dan ibadat, meninggalkan kemuliaan, membuang darjat yang dicapainya untuk menumpukan kepada amal ibadat untuk tujuan mencapai ketaqwaan dan bekalan akhirat. Beliau meninggalkan apa yang ada pada dirinya dan bermujahadah memerangi kehendak hawa nafsu, merubah akhlak dan memperbaiki budi pekerti. Lalu ianya dapat meredakan kehendak hawa nafsu yang sentiasa menuntut kedudukan dan pangkat serta berakhlak dengan akhlak yang tercela. Maka berubahlah diri beliau kepada ketenangan jiwa, kemuliaan akhlak, berpakaian dengan pakaian orang-orang soleh, pendek angan-angan dan bersiap sedia untuk pergi ke tempat yang kekal.”

Selepas selesai ber‘uzlah, Imam Al-Ghazali menjelaskan  bahawa pengajarannya  dengan uslub, niat dan tujuan yang jauh berbeza  dengan sebelumnya. Kata beliau:
“Aku tahu bahawa sekalipun aku kembali untuk menyebarkan ilmu maka aku tidak akan kembali. Ini adalah kerana aku akan kembali melakukan semula perkara yang telah berlalu. Pada zaman itu, aku menyebarkan ilmu untuk memperolehi kedudukan/pangkat. Aku menyerukan kepadanya dengan perkataan dan amalanku, dan menurut maksud dan niatku. Sebaliknya, sekarang aku menyeru kepada ilmu yang dengannya meninggalkan kedudukan/pangkat, dan dengannya diketahui jatuhnya kedudukan/pangkat.”

Seterusnya beliau menjelaskan dengan katanya:
"Dan aku  ingin memperbaiki diriku sendiri dan orang lain. Aku tidak tahu adakah aku  akan sampai kepada tujuanku, atau aku dibinasakan  maksudku? Akan tetapi aku percaya dengan yakin dan musyahadah (penyaksian)  bahawasanya tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung. Bahawasanya aku tidak bergerak tetapi Dia yang menggerakkan aku. Aku tidak  beramal tetapi Dia yang menjadikan aku beramal. Maka aku memohon kepadaNya, agar mula-mula Dia memperbaiki aku, kemudian memperbaiki denganku. Memberi hidayat kepadaku kemudian memberi hidayat denganku. Agar memperlihatkan kepadaku kebenaran yang nyata dan mengurnia kepada aku untuk mengikutinya, dan memperlihatkan kepadaku kebatilan yang nyata dan mengurniakan aku untuk menjauhinya."

6. Memerangi Nafsu Menjana Perubahan Sikap  

Hati ialah “raja” dalam kerajaan diri seseorang. Rajalah yang membuat keputusan dan mengeluarkan perintah untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh “rakyatnya”. Nabi s.a.w. dalam sepotong sabdanya menegaskan bahawa jika baik hati, maka baiklah selu- ruh anggota badan dan begitulah sebaliknya. Namun “raja” (hati) mendapat nasihat daripada “bendahara”nya. Bendahara dalam diri manusia ialah akal. Akallah yang memberi input kepada keputusan dan arahan hati. Oleh itu, tidak cukup hati sahaja baik, tetapi akal yang menasihatinya juga mesti baik.

Dalam diri manusia ada juga nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan dan maksiat. Dengan desakan hawa nafsu itu  berlakulah segala keganasan, kezaliman, ke- jahatan dan segala punca maksiat di muka bumi ini. Jika tidak diperangi menerusi berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh, nafsu akan mempengaruhi hati dan menguasai akal. Tegasnya, untuk seseorang berubah mereka mesti melakukan riadah (latihan amalan kerohanian) untuk pengendalian nafsu dan membersihkan sifat-sifat keji.

Kita perlu menyedari dan memahami hakikat ini. Ilmu sahaja tidak dapat mengubah sikap manusia. Proses menanam ilmu pada akal, mestilah diiringi dengan proses tarbiyah akidah untuk membersihkan hijab hati (sifat-sifat keji). Ini kerana pengetahuan yang hanya berlegar di akal sahaja tidak akan dapat mendorong melakukan perubahan jika belum ada kemahuan untuk berubah dalam hatinya (“nur zikrullah”). Malah, kekuatan “nur zikrullah”  lebih besar pengaruhnya daripada kekuatan “pengetahuan” pada diri seseorang. Oleh itu proses pembelajaran (menanam ilmu) mesti seiring oleh proses tarbiyah akidah (penyucian jiwa, iaitu berzikir dan mujahadah) agar manusia bukan sahaja tahu menilai kebaikan sesuatu perubahan tetapi mahu dan berkeupayaan melaksanakan perubahan itu.

Keperluan akal perlu diisi dengan ilmu dan maklumat. Oleh itu seseorang Muslim mestilah berusaha untuk memiliki ilmu sama ada yang berbentuk fardu ain (ilmu Syariat dan Akidah al-Quran) mahupun ilmu yang berbentuk fardu kifayah (akademik). Ilmu fardu ain sangat berguna untuk membentuk diri seseorang itu menjadi seorang muslim yang Mukmin. Namun tidak cukup setakat itu, seseorang muslim (Mukmin) mesti diberikan bekalan ilmu akademik yang secukupnya untuk kejayaan dalam bidang-bidang kehidupannya. Antara ilmu di bidang ini ialah matematik, sains, perubatan, kejuruteraan, akauntan, sains politik, ekonomi dan sebagainya.

Jika ilmu agama (syariat dan akidah) membentuk peribadi menjadi insan yang memilki khusyuk hati dan bertaqwa, ilmu akademik pula akan membentuk anak-anak menjadi insan professional yang cekap dan berkesan dalam bidang kehidupan. Kita tidak boleh meminggirkan salah satu daripada cabang ilmu ini dalam memenuhi keperluan akliah manusia. Ilmu fardu ain menjadi tunggak kesempurnaan akidah dan pembentukan sifat taqwa yang sejati, dan di atasnya didirikan ilmu fardu kifayah yang menjadi teras kehidupan bermasyarakat. Kedua-duanya tidak boleh dipisahkan dari segi pelaksanaan, walaupun boleh dibezakan dalam proses pembelajaran. Malahan, kecenderungan pemimpin memberi ilmu tertentu dengan meninggalkan ilmu yang lain akan membawa kegagalan dalam membina pemikiran rakyat. Ini kerana dengan kedua-dua cabang ilmu tidak dapat dipisahkan dan jalan inilah tercapainya kecemerlangan dunia dan akhirat.

Perubahan tentulah menyakitkan pada peringkat awal. Pengetahuan dan kemahuan semata-mata tidak akan mendorong umat Islam menjalani proses perubahan dengan kosisten dan komited. Ada cabaran dalaman dan luaran yang pasti menghalang. Nafsu yang suka lalai, malas, rehat, cenderung ke arah kejahatan dan maksiat ini jika dibiarkan akan menghakis kesedaran dan kemahuan untuk berubah. Maka nafsu inilah yang perlu diperangi dengan bersungguh-sungguh menerusi tarbiyah ilmu dan amalan zikrullah. Oleh sebab itulah Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya:
“Dan siapakah yang terlebih sesat dari orang yang mengikuti hawa nafsu dengan tiada mendapat petunjuk dari Allah.”
                                                                                               (Surah al – Qasas, ayat: 50)

Perubahan sikap pasti mengundang cabaran. Walaupun akal sudah tahu dan emosi sudah mahu, kekadang manusia kalah juga kerana tidak mampu untuk kosisten berubah. Ini kerana adanya nafsu yang sentiasa menipu akal dan menggoda emosi untuk meninggalkan perbuatan yang baik. Di situ barulah kita tahu betapa sukar dan susahnya berhadapan dengan berbagai halangan dan rintangan yang datangnya dari syaitan dan nafsu sendiri. Godaan nafsu umpama “musuh dalam selimut” di dalam diri manusia. Nafsu adalah musuh dalaman yang sangat merbahaya. Ia umpama kuda liar yang jika tidak dipukul, dilatih dan dijinakkan akan sentiasa ganas dan menendang. Oleh itu, nafsu mesti diperangi menerusi berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh. Memang benarlah firman Allah S.W.T.:
أَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً
 أَمْ تَحْسَبُ أَنَّ أَكْثَرَهُمْ يَسْمَعُونَ أَوْ يَعْقِلُونَ إِنْ هُمْ إِلَّا كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ سَبِيل
Maksudnya:
“Apakah kamu tidak hairan melihat orang-orang yang mempertuhankan hawa nafsunya, apakah kamu menjadi pemelihara ke atasnya ataukah kamu mengira bahawa kebanyakan mereka mendengar dan berakal? Tidak lain mereka itu kecuali seperti binatang ternakan malahan lebih sesat lagi.”
                                                                                               (Surah al - Furqan, ayat: 43 - 44)

Allah S.W.T.  juga berfirman:
 وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Maksudnya:
“Dan sesungguhnya Kami telah jadikan untuk isi neraka jahannam itu dari kalangan jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah, mereka mempunyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar keterangan-keterangan ayat-ayat Allah, mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.”
                                                                                               (Surah al-A’raf, ayat: 179)

Melawan nafsu ini tiada garis penamat kecuali mati dan nafsu yang diberi rahmat oleh Allah. Amalan rohani  ini melazimkan para pengikutnya bersungguh-sungguh untuk menunaikan runtunan hidup selari dengan kehendak Allah  dan menolak kejahatan atau maksiat yang dimurkai Allah. Di peringkat  awal tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf sememangnya terasa berat dan menyakitkan untuk mengekang segala kehendak hawa nafsu. Namun apabila seseorang terus menerus berzikrullah dan bermujahadah dengan bersungguh-sungguh sehingga terbuka hijab hati dan dapat makrifah serta dapat menguasai diri dan menentang berbagai-bagai kehendak hawa nafsu dan dapat pula mengukuhkan imannya dengan kehendak dan kekuasaan Allah  semata-mata.

Islam berjaya mengubah sikap manusia kerana ia berjaya mengajar, mendidik, melatih dan memimpin akal, emosi, nafsu dan hati. Nabi s.a.w. menggunakan kaedah tarbiyah akidah al-Quran atau perintah Allah S,W.T. ini untuk mengubah sikap umat Arab jahiliah. Walaupun umat Arab jahiliah ketika itu se- dang berdepan dengan kegawatan politik (perbalahan sesama sendiri), kegawatan ekonomi (ekonomi dikuasai oleh orang Yahudi) dan kegawatan sosial (rogol, minum arak, membunuh anak perempuan, sihir, judi,  dan sebagainya), tetapi Nabi s.a.w. ber- jaya menyelesaikan masalah mereka, dan mereka berubah menjadi bangsa yang bersatu padu, kuat, berilmu, bermoral dan mempunyai kepakaran yang tinggi dalam pelbagai bidang. Ini bermakna untuk mengubah sikap seseorang maka kita perlu mengubah dan membaiki hati (akidah), akal (pemikiran), nafsu, dan emosi (kemahuan).

Punca setiap ketaatan, kesedaran terhadap Allah, lembut hati untuk menerima kebenaran dan musyahadah adalah sikap tidak reda terhadap kehendak hawa  nafsu itu. Di dalam keadaan begitu, maka tidak ada sesuatu yang lebih memberi manfaat kepada seseorang itu selain dari penyucian nafsunya.  Nafsu itu dipandang dari sudut berbagai mujahadah terhadapnya adalah tujuh peringkat.

Pertama, nafsu al-amarah iaitu nafsu yang sentiasa cenderung kepada tabiat semulajadi tubuh badan, sukakan berbagai kelazatan, nafsu syahwat yang dihalang oleh hukum syarak dan sentiasa menarik hati ke arah kehinaan dan kerendahan.

Nafsu al-amarah inilah merupakan lubuk berbagai kejahatan, punca akhlak yang tercela seperti takbur, cintakan dunia, hasad dengki, marah, bakhil dan sebagainya lagi. Martabat nafsu yang serupa ini (an-nafs al-amarah) adalah merupakan keadaan kebanyakan nafsu sebelum berbagai mujahadah dilakukan.

Keduanya, nafsu al-lawwamah iaitu jiwa yang disuluh dengan cahaya hati sehingga ianya kadang-kadang tunduk kepada kekuatan akal dan kadang-kadang ia menentangnya pula, ke- mudian ia akan berasa kesal serta menyesali sikap jiwanya itu sendiri. Nafsu al-lawwamah inilah punca penyesalan, kerana ianya masih merupakan punca hawa nafsu dan berbagai sifat yang tercela itu.

Ketiga, nafsu al-mutmainnah iaitu nafsu yang disinari oleh cahaya hati (‘nur zikrullah’) sehingga ia bersih dari semua sifatnya yang tercela dan menjadi tenang menuju kepada berbagai sifat kesempurnaan (al-kamalat). Maqamnya ialah permulaan bagi berbagai sifat kesempurnaan (al-kamalat). Apabila seseorang salik meletakkan kakinya di makam tersebut maka ia dikira sebagai orang ahli tarekat Tasawuf, sebab ia telah beralih makam tamkin (tetapi hati dengan Allah). Orang yang berjiwa demikian (nafsu al-mutmainnah) berkeadaan mabuk terhadap tarikan asma’ullah. Pada zahirnya kelihatan ia bermuamalah dengan orang ramai, tetapi pada hakikatnya ia jauh dari mereka, kerana jiwanya sentiasa bergantung kepada Allah sahaja.

Keempat, nafsu al-mulhamah iaitu nafsu yang telah diilhamkan oleh Allah dengan ilmu, sifat merendah diri (at-tawaduk) puas hati dan berpada dengan apa yang ada (al-qina’ah), pemurah dan sebagainya. Oleh itu maka nafsu tersebut adalah merupakan sumber terbitnya sifat sabar, tahan lasak dan syukur.

Kelima, nafsu ar-radiyah iatu nafsu yang telah reda terhadap Allah  sebagaimana firmanNya. Maksudnya:
“Dan mereka itu reda terhadap Allah.”

Keadaan nafsu ar-radiyah ini ialah sentiasa tunduk menyerah (at-taslim) kepada Allah dan merasakan lazat untuk berta’abbudi kepada Allah S.W.T.   

Keenam, nafsu al-mardiyyah iaitu nafsu yang direda oleh Allah. Kesan keredaan Allah  itu nampak dengan jelas iaitu kemuliaan, ikhlas dan berzikrullah terus menerus. Pada peringkat ini salik tersebut telah mendapat makrifatullah dengan sebenar-benarnya. Di dalam nafsu al-mardiyyah inilah lahirnya tajalli af’al.

Ketujuh, nafsu al-kamilah iaitu nafsu yang telah sebati dengan berbagai sifat kesempurnaan insan (al-kamalat) dan terus meningkatkan sifat kesempurnaannya itu di samping ia mendorong sifat-sifat mereka. Maqam nafsu al-kamilah ini ialah maqam tajjaliyat al-asma’ dan sifat. Halnya ialah baqa’ billah, bergerak dengan Allah kepada Allah, kembali dari Allah kepada Allah. Jiwa tersebut tidak mempunyai tempat selain dari Allah, semua ilmunya didapati terus dari Allah.

Ketahuilah bahawa telah menjadi tabiat semula jadi sebagaimana yang telah ditentukan oleh Allah, perpindahan darjat seseorang salik dari satu maqam ke maqam yang lainnya yang lebih tinggi lagi itu tidak boleh berlaku kecuali di bawah pimpinan mursyid yang ‘arif lagi tahu tentang maqam-maqam perjalanan kepada Allah dan semua perkara (al-ahwal) di dalamnya. Janganlah disangkakan bahawa jalan mujahadah memerangi nafsu (tazkiyatun-nafs) itu semudah yang difikirkan oleh akal sahaja seperti yang disangkakan oleh ahli falsafah dan orang-orang yang dipengaruhi oleh ajaran Brahmin dan lain-lain golongan lagi yang bersifat jahil itu. Dalam kejahilan mereka yang membabi buta itulah, mereka memperkenalkan sistem pembersihan nafsu mereka itu dengan berbagai latihan (kerohanian)  yang direka cipta sehingga akhirnya mereka terhumban ke lembah kesesatan, kebinasaan dan berbagai perkara yang sangat mengelirukan.

Mujahadah memerangi nafsu (tazkiyatun-nafs) sebenarnya adalah seperti merawat penyakit fizikal juga. Sebagaimana penggunaan berbagai ubat tidak boleh dilakukan oleh pesakit kecuali dengan nasihat doktor pakar yang mempunyai pengalaman yang cukup dalam bidang rawatan penyakit, maka begitulah juga halnya dengan mujahadah memerangi nafsu (tazkiya- tun-nafs) itu tidak boleh dilakukan kecuali dengan nasihat dan pimpinan seorang shaikh mursyid yang mempunyai pengalaman di bidang tersebut.

Ketahuilah ada dua hijab bagi jiwa (an-nafs) itu, iaitu hijab nuraniyyah dan hijab zulmaniyyah. Jalan pertama yang mesti ditempuhi oleh seorang murid atau salik itu supaya ia berjaya dan dapat membersihakan hati dari berbagai hijab ialah dengan bermujahadah memerangi nafsu itu, sentiasa bersikap dan berpendirian menentangnya, dan menjauhkan diri dari runtunan kehendaknya. Sebab, kehendak hawa nafsu itulah hijab yang terbesar sekali yang mendinding antara seseorang dengan Tuhannya.

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Musuh engkau yang paling sengit sekali ialah nafsu yang terletak antara dua lambungmu itu.”         
                                                                                               (HR al-Baihaqi)

Nafsu itu mesti ditegah atau dikendalikan dengan berlapar dan haus, dihinakan dengan dipadamkan semangat bermegah dan rasa mulia, dikurangkan nafsu syahwat dan ditundukkan di bawah telapak kaki orang yang semata-mata memandang akhirat, dihancurkan nafsu itu dengan meninggalkan hiasan orang-orang kaya. Elakkan diri dari kejahatannya dengan sentiasa buruk sangka terhadapnya dan berjinak-jinaklah selalu dengan semua perkara yang tidak disukai oleh nafsu itu, sehingga dalam sebuah syair Arab dikatakan:
“Jagalah nafsumu, dan janganlah engkau merasa aman dari tipu dayanya. Sesungguhnya nafsu itu lebih jahat daripada tujuh puluh syaitan.”

Sememangnya manusia terdorong dengan desakan hawa nafsu ke arah kesenangan dan keseronokan duniawi yang memperdayakan, sentiasa leka dalam kelalaian dari berzikrullah dan tertarik melihat perkara-perkara yang enak dan mengghairahkan. Nafsu itu sentiasa gemar kepada sesuatu yang mendatangkan kenikmatan dan kesenangan, meskipun nikmat-nikmat itu sedikit sahaja dan sementara sifatnya. Nafsu dengan sifat-sifat yang keji sangat mempengaruhi jiwa seseorang, sehingga ia dapat mengabaikan pertimbangan akal yang waras meskipun dia merupakan seseorang yang berpendidikan tinggi atau ilmuwan Islam. Hal ini perlu disedari kerana sifat nafsu itu apabila mengajak kepada maksiat atau kejahatan ia seperti haiwan liar, apabila dalam keadaan marah bagaikan binatang buas dan apabila diajak meng- hadapi musibah ia seperti anak kecil, sebaliknya apabila mendapat nikmat ia sombong seperti Fir’aun sehingga dalam syair Arab dikatakan:
“Nafsu itu seperti khimar (keldai) yang hina, jika engkau beri makan (kenyang) ia akan menendang orang dan kalau lapar ia berteriak-teriak.”

Tiada suatu yang mudah kecuali Allah permudahkan. Apabila kita berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh nescaya Allah  membuka jalan dan ruang ke arah mencapai kejayaan sebagaimana firman Allah:
 وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
Maksudnya:
“Mereka yang berjuang kerana menempuh jalan Kami, sesungguhnya Kami akan tunjuki jalan Kami.”     
                                                                                                (Surah al-Ankabut, ayat: 69)

Allah S.W.T.  juga berfirman:
 رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya:
“Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan dunia dan kebaikan di akhirat.”  
                                                                                               (Surah al-Baqarah, ayat: 201)

Allah menjanjikan perubahan kepada mana-mana kaum yang terlebih dulu mengubah apa yang ada dalam diri kaum itu iaitu hati (roh), akal dan nafsu yang merupakan elemen dalaman manusia yang bersifat rohaniah. Allah menjanjikan kejayaan dan keagungan kepada umat Islam apabila bersungguh-sungguh membuat perubahan kepada elemen-elemen di atas. Maka perubahan yang terpokok, utama dan terpenting ialah kita mesti berubah secara proaktif (dengan pilihan), bukan reaktif (dengan paksaan). Untuk berubah secara proaktif perubahan mesti bermula dari aspek rohani (bermujahadah memerangi nafsu menerusi ibadat puasa). Amalan ini adalah selaras dengan tarbiyah akidah yang sebenar (Akidah al-Quran) iaitu menerusi amalan zikir dan mujahadah. Oleh sebab itulah maka Allah S.W.T.  berfirman:

Bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah apa yang ada dalam diri mereka.”                               
                                                                                               (Surah al-Ra’d, ayat: 11)

Dunia ini dijadikan Allah  hanyalah  sebagai alat atau jalan untuk mencapai kebahagiaan di akhirat, bukan sebagai tujuan atau matlamat lain manusia dijadikan khalifah di atas muka bu- mi. Rasa keagungan dan kebesaran Allah SWT menguasai diri lalu terserlah  pula rasa penyerahan diri yang sempurna kepadaNya sahaja. Kehidupan harian mereka diliputi dengan kekusyukan beribadat. Sesungguhnya Islam telah menyimpulkan matlamat-matlamat manusia dalam satu matlamat, iaitu mencari kere- daan Allah.

7. Proses Bermujahadah Untuk Pengendalian Nafsu

Aishah r.a. menjelaskan episod bermulanya kehancuran umat Islam apabila mereka ghairah memenuhi  kehendak hawa nafsu  iaitu kenyang. Umat Islam masa kini sudah menjadi pem- buru kebendaan atau kemewahan duniawi yang rakus dan pemuas hawa nafsu yang membabi buta. Amalan ini merupakan asas bermaharajalelanya nafsu menguasai diri. Aishah r.a. berkata;
“Pertama kali bida’ah yang terjadi sepeninggalan Rasulullah s.a.w. adalah kenyang. Sesungguhnya kaum itu ketika kenyang perutnya, maka liarlah nafsunya menghadapi dunia ini.”  

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Hidupkanlah hati kamu dengan kurang ketawa dan kurang kenyang dan bersihkanlah hati kamu itu dengan berlapar, nescaya hati kamu itu jadi bersih dan lembut (mudah menerima taufik dan hidayah.”

Oleh itu dianjurkan supaya mengurangkan makan atau me- ngambil sedikit sahaja, kerana amalan ini boleh mendatangkan kehalusan kepada hati, menimbulkan ketajaman pada akal, mendatangkan kerendahan diri, melemahkan desakan nafsu dan perasaan marah. Sebaliknya, banyak makan akan mengeruhkan hati dan melembapkan pergerakan tubuh badan. Nabi s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Miqdam bin Ma’di Karib yang bermaksud:
“Tidak ada suatu bekas yang dipenuhi oleh anak Adam yang lebih jahat dari perutnya. Cukuplah bagi anak Adam itu beberapa suapan makanan, yang boleh menegakkan sulbinya. Jika ia ingin berbuat demikian juga, maka hendaklah satu pertiga perutnya diperuntukkan untuk makanan, satu pertiga lagi untuk minuman dan satu pertiga yang baki untuk pernafasannya.”          
                                                                                               (HR Imam Ahmad dan At-Tirmizi)

Nabi s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang yang terlalu kenyang di dunia, akan terasa lapar pada Hari Kiamat.”
                                                                                               (HR Imam Al-Hakim)

Oleh sebab itulah, memakan makanan secara berlebih-lebihan membawa kepada wujudnya berbagai jenis kejahatan. Amalan pemakanan seperti ini mendorong kepada anggota-anggota badan melakukan berbagai bentuk maksiat, di samping melemahkannya untuk beribadat dan memalaskannya untuk melakukan zikir dan mujahadah.

Ternyata begitu banyak maksiat yang  berlaku  berpunca dari kekenyangan dan berlebih-lebihan dalam mengambil makanan. Berapa banyak amal-amal ibadat terhalang disebabkan kekenyangan dan mengambil makanan secara berlebih-lebihan. Orang yang menjaga perutnya bererti ia telah berjaya mengelakkan satu kemudaratan yang besar ke atas dirinya. Faktor yang paling besar yang membolehkan syaitan menguasai diri anak Adam, ialah di saat perut mereka kekenyangan.
  
Di sesetengah Athar, yang disebut oleh Imam al-Ghazali menjelaskan perlunya anak Adam menyempitkan aliran darah, yang menjadi tempat laluan syaitan, dengan cara berpuasa. Sese- tengah ulama al-salaf menjelaskan: Ada beberapa orang pemuda yang beribadat dari kalangan kaum Bani Israil. Apabila tiba saat berbuka, salah seorang dari mereka berpesan:
“Jangan anda semua makan dengan banyak, nanti anda akan minum dengan banyak. Apabila anda minum dengan banyak, anda akan tidur dengan banyak. Apabila anda tidur dengan banyak, maka anda akan rugi dengan banyak.”

Nabi s.a.w. amat berhati-hati dalam soal makan. Menurut riwa- yat dari Aisyah r.a. katanya:
“Nabi s.a.w.  tidak pernah kekenyangan apabila memakan sesuatu makanan, semenjak berhijrah ke kota Madinah dari kota Makkah, terutamanya roti yang dibuat gandum  yang halus, untuk  tempoh tiga malam berturut-turut sehingga baginda diwafatkan oleh Allah S.W.T.”  
                                                                                            (HR  Imam Bukhari dan Muslim)

Mu’az bin Jabal berkata:
"Ada tiga jenis perkara bila dilakukan akan membawa kebencian Allah S.W.T., iaitu ketawa tanpa ada sesuatu yang menakjubkan. Tidur tanpa bangun solat malam dan makan tanpa rasa lapar.”
                                                                                               (Imam Ahmad dalam Az-Zuhud)

Kata Ibrahim bin Adham:
“Orang yang berjaya mengawal perutnya bererti ia telah berjaya mengawasi agamanya. Orang yang dapat mengawal rasa laparnya bererti ia dapat mengawal akhlak yang mulia. Maksiat kepada Allah S.W.T.  jauh dari orang yang lapar tetapi dekat dengan orang yang kekenyangan.”

Wahab bin Munabbih berkata:
“Tidak seorang pun dari Bani Adam yang amat disukai oleh syaitan sendiri kecuali orang yang banyak makan dan tidur.”
                                                                                               (Imam Ahmad dalam Az-Zuhud)

Shaikh Abu Qasim al-Qusyairi berkata:
“Asas pintu tarekat Tasawuf adalah lapar. Ini adalah kerana mereka tidak menemukan sumber hikmah melainkan pada rasa lapar.”

Sesungguhnya Allah  telah mengingatkan umatNya  tentang fitrah manusia yang dijadikanNya mencintai  nafsu yang  sentiasa menyuruh mereka melakukan kejahatan dan maksiat. Inilah ujian yang amat jelas ke atas manusia sebagai khalifah di atas dunia untuk memilih siapa yang taat dan patuh kepada perintahNya. Manusia yang mampu bermujahadah memerangi kehendak hawa nafsu akan berjaya mencapai kesempurnaan hati. Malah, nafsu itu amat sukar untuk ditundukkan kecuali dengan adanya suatu pendorong yang kuat (ber‘uzlah) bagi memecahkan desakan hawa nafsu dan menakutkannya. Oleh itu, maka umat Islam mesti benar-benar memahami hakikat bahawa segala jenis kemungkaran, maksiat, kejahatan dan gejala negatif adalah berpunca daripada nafsu liar itu seperti firmanNya:

Maksudnya:
“Kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhan ku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”              
                                                                                               (Surah Yusuf, ayat: 53)

Allah S.W.T.  juga berfirman:
                       
Maksudnya:
            “Dan Aku bersumpah dengan nafsu yang tercela.”
                                              (Surah al - Qiyamah, ayat: 2)

Allah S.W.T.  berfirman lagi:

Maksudnya:
“Dihiasi kepada manusia, mencintai nafsu seperti perempuan, anak-anak, harta benda yang banyak umpamanya emas dan perak, kuda yang bagus (kenderaan) dan binatang-binatang ternakan serta tanaman. Yang demikian itu buat kesenangan hidup di dunia sahaja tetapi di sisi Allah ada sebaik-baik  tempat,  iaitu syurga (orang-orang yang beriman dan beramal ibadat).”               
                                                                                               (Surah Ali ‘Imran, ayat: 14) 

Allah S.W.T. berfirman seterusnya:

Maksudnya:
“Ketahuilah oleh mu, bahawasanya hidup di dunia ini ialah permainan, perhiasan, bermegah-megah antara kamu dan berlumba-lumba mengumpul harta dan anak-anak.”                    
                                                                                               (Surah al - Hadid, ayat: 20)

Dapat disimpulkan bahawa intisari ayat-ayat Allah di atas benar-benar untuk menyedarkan umat Islam  tentang betapa rumit dan sukarnya  jalan  mujahadah memerangi  nafsu. Ini kerana aspek ini  sentiasa menjadi pendorong kepada manusia  melakukan kejahatan atau maksiat. Umat Islam perlu memahami hakikat kehidupan ini merupakan pertarungan memerangi nafsu yang menjadi hijab hati untuk mencapai darjat yang tertinggi (kesempurnaan hati) iaitu golongan orang-orang yang terbaik dan mendapat keredaanNya, sebagai umat yang berjaya menghayati hakikat Akidah Islam yang sebenarnya. Malahan mereka melakukan apa saja sahaja yang diperintahkanNya dan menjauhkan segala yang dilarang dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Pertarungan ini sengaja Allah  jadikan untuk menguji manusia di dunia ini. Oleh sebab itulah  Allah S.W.T.  berfirman yang bermaksud:
“Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan nafsunya sebagai Tuhan dan Allah membiarkannya sesat...”   
                                                                                               (Surah al-Jatsiyah, ayat: 23)

Allah S.W.T.  juga berfirman  yang bermaksud:
“Aku jadikan mati dan hidup untuk melihat siapa yang lebih baik amalannya.”      
                                                                                               (Surah al-Mulk, ayat: 2)

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Tidaklah seseorang di antara kamu dikatakan beriman melainkan hawa nafsunya tunduk dengan apa yang aku diutuskan.”

Oleh itu seseorang yang beramal dengan amalan tarekat Tasawuf  hendaklah sentiasa bermujahadah memerangi kehendak hawa nafsu dan beristiqamah  untuk meningkatkan taqwa yang sebenar. Imam Al-Ghazali menegaskan mengenai jalan muja hadah ini dengan berkata: “Tujuan dari  ber’uzlah itu adalah jalan bermujahadah memerangi nafsu supaya dapat mencapai sifat-sifat taqwa yang paling sempurna.”  Seseorang hamba Allah itu sentiasa istiqamah (konsisten)  dalam bermujaha- dah pada zahir dan batin sehingga terbuka hijab hati dan dapat menghampirkan diri kepada hadrat Allah  (hati yang sentiasa mengingati Allah) dan mendapat keredaanNya.

Jalan mujahadah golongan Tasawuf  lebih banyak digerakkan oleh dorongan hati (jadhbah) untuk sentiasa menghampirkan diri kepada Allah  dan keredaanNya. Mereka tidak pernah kenal penat dan lelah, sehingga tidak menghairankan jika penampilan fizikal golongan  ini selalu ditandai dengan wajah-wajah yang pucat dan lesu kerana kurang tidur malam untuk menumpukan kepada zikir dan mujahadah, cekung matanya kerana banyak menangis (beristighafar) dan berlapar (berpuasa). Mereka merupakan orang yang sangat berdisiplin dalam memerangi kehendak hawa nafsu dan bersungguh-sungguh dalam melangkah menuju rasa cinta (mahabbah) Allah. Sebaliknya, orang yang suka berbicara atau menumpukan kepada hujah-hujah atau diskusi-diskusi ilmu syariat (teori tauhid Wahabi dan pengetahuan ilmu Fiqah) atau menghabiskan waktu lapang dengan sia-sia di siang hari ataupun waktu malamnya pula banyak dihabiskan dengan tidur yang lena tidak mungkin memiliki rasa cinta (mahabbah) Ilahi yang sejati.

Oleh sebab itulah, maka rasa cinta (mahabbah) kepada Allah  tidak datang sendiri ke dalam hati hamba-hambaNya, tetapi memerlukan amalan zikrullah dan  mujahadah yang berte- rusan di sepanjang hayat dan terpaksa menempuh pelbagai rintangan dan melalui peningkatan rohani dalam berbagai-bagai makam kerohanian yang bertujuan menghampirkan diri kepada Allah dan keredaanNya. Jika kerakusan nafsu  sudah dapat dikendalikan dan hati sentiasa menghayati Allah, maka rasa cinta (mahabbah) Ilahi dapat bersemadi  dalam jiwa seseorang se- hingga sampai kepada hakikat Allah  dan hakikat kehambaan dirinya iaitu dapat makrifah kepada Allah  (kesempurnaan hati) seperti  firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Allah reda terhadap  mereka dan  mereka pun reda kepadaNya.”                              
                                                                                               (Surah al-Bayyinah, ayat: 8)

FirmanNya lagi yang bermaksud:
“Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya.
                                                                                               (Surah al-Maidah, ayat: 54)

8. Prinsip-prinsip Ilmu dan Amalan Tarekat Tasawuf

Ilmu dan amalan tarekat Tasawuf mempunyai prinsip-prinsip yang tersendiri sebagaimana berbagai-bagai ilmu lain di da- lam Islam. Antaranya ialah:

1) Zikrullah, iaitu zikir darajat (darjat). Zikir yang ada kaifiyat, peraturan dan adab-adabnya, adab sebelum berzikir, adab semasa berzikir dan adab sesudah berzikir. Zikir darajat ini ialah zikrullah yang ditalkinkan atau yang dibai’ahkan oleh shaikh kepada muridnya, seperti yang dilakukan oleh para shaikh dalam berbagai-bagai aliran tarekat. Bai’ah itu berdasarkan kepada apa yang telah dilakukan oleh Nabi s.a.w. ketika baginda  mengajarkan zikrullah kepada Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. Dimaksudkan zikir darajat kerana seseorang salik yang mengamalkan zikir darajat itu pengalaman rohaniahnya akan meningkat dari satu darjat ke satu darjat yang lain. Tingkat zikir tersebut membayangkan tingkat-tingkat perjalanan hati atau rohani orang yang berzikir itu sendiri. Dua jenis amalan zikir yang dipraktikkan iaitu amalan lidah dan amalan hati. Amalan lidah merujuk bacaan lisan, manakala amalan hati adalah merujuk sebutan dan ingatan dalam hati.

Kebiasaannya, apabila berzikir dengan lafaz Allah... Allah..Allah”  dengan lidah disifatkan sebagai pembantu hati atau pemudah cara untuk menjadikan hati me- nyebut nama Allah. Hal demikian menunjukkan fokus amalan tersebut adalah di hati dan bukan di lidah. Kemudian murid/salik tidak menyebut lagi lafaz Allah dengan lidah  mahupun hati, bahkan penumpuan salik terhadap hati turut lenyap kerana ketika itu tumpuan ingatan hati adalah hanya kepada Allah semata-mata secara menyeluruh. Pada mereka, segala lintasan yang selain Allah tidak sedikit pun dianggap sebagai penghalang bagi seseorang salik untuk terus mengingati Allah. Namun, setelah tumpuan ingatan kepada Allah menjadi kuat sehingga semua pancaindera tertumpu kepada makna lafaz Allah semata-mata dan tidak lagi kepada  sebutan lafaz, ketika itu salik berkenaan mula dikatakan melangkah ke peringkat muraqabah.

2)   Mursyid atau shaikh, atau guru yang mengajar, mendidik dan mengasuh zahir dan batin salik. Guru yang mursyid yang mengetahui dan mampu menunjukkan jalan (kepada Allah) atau shaikh al-tarbiyah yang dapat memimpin muridnya untuk meningkatkan berbagai-bagai maqam rohani dari tingkat ghaflah (lalai hati) kepada yaqazah (bangun dan sedar hati), dari yaqazah kepada hudur (hati yang semata-mata ingatkan Allah sehingga yang lainnya hilang langsung dari hati dan ingatan). 

Rasa kasih saying, rasa hormat, rasa taat setia, rasa sangat memerlukan bombingan dan asuhan shaikhnya dan sebagainya itulah yang mendorong seseorang murid itu sentiasa teringat dan terbayang-bayangkan wajah shaikhnya itu. Itulah asas konsep rabitah yang dianggap sebagai satu ciri amalan yang penting di dalam tarekat Tasawuf.
       
3)  Himmah, iaitu gigih dan bersungguh-sungguh menjalani jalan (Allah) ini seumur hidupnya iaitu cita-cita, tekad dan keazaman yang kental supaya sampai kepada mar- tabat yang tinggi dan makam yang tinggi. Seseorang murid/salik itu mestilah berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh, tahan menanggung apa juga kesu- sahan dalam mujahadah itu, benar percakapan dan benar keyakinannya. Mujahadah itulah yang membuahkan hasil dan menjernihkan akhir perjalanannya. Sesiapa yang semasa permulaan perjalanannya bersinar cahayanya, maka akhir perjalanannya cahayanya bersinar juga. Seseorang yang bersungguh-sungguh dalam mencari keredaan Allah  dengan mengorbankan jiwanya, hartanya, kemuliaan dan pangkatnya agar ia benar-benar sampai kepada hakikat ubudiyyah dan dapat pula mentaati semua perintah Allah, maka akhir perjalanannya penuh sinar, kerana sampai kepada Allah yang dicintai- Nya itu. Shaikh Abu ‘Uthman al-Maghribi telah menegaskan perkara ini dengan katanya:
“Sesiapa yang menyangka bahawa tarekat ini akan    dikurniakan kepada dirinya atau diberikan untuk dirinya sebahagian daripadanya tanpa mengekalkan mujahadah maka ia adalah salah.”

Faktor-faktor yang mendorong kegigihan dan kesungguhan mujahadah itu ialah niat yang benar, keyakinan yang benar dan hal keadaan diri yang bersih. Niat yang benar itu ialah bahawa mujahadah itu bertujuan untuk mencapai kesempurnaan hati/akidah semata-mata. Mujahadahnya itu bukan untuk mendapatkan kekeramatan atau mendapat berbagai-bagai macam atau darjat tertentu dan tidak pula untuk memenuhi berbagai-bagai  kepentingan diri. Inilah intipati ajaran tasawuf.  Kasyaf batin, ilmu laduni ataupun karomah bukanlah tujuan atau sasaran, juga tidak menjadi idaman para murid/salik. Semua itu hanyalah merupakan pemberian Rabbani.

Seseorang murid/salik itu mesti yakin akan kebenaran ilmu tarekat Tasawuf, yakin terhadap janji-janji Allah, yakin terhadap asuhan dan pimpinan mursyid atau guru dan lain-lain. Jika ada sedikit sifat riyak atau kurang yakin maka pandangan mata hati dan nur cahaya hidayat yang ada dalam hati akan menjadi kabur dan malap. Mengenai hakikat ini Ibn ‘Ata’illah menyebutkan dengan kata hikmahnya: “Jangan anda sekali-kali syak terhadap janji Allah S.W.T., sekalipun masanya telah sampai dan yang dijanjikan itu tidak berlaku, agar mata hati anda tidak cacat dan nur (cahaya) hati anda itu tidak padam.”

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan mereka yang bersungguh-sungguh bermujahadah dalam (jalan untuk makrifah) Kami, nescaya Kami akan hidayatkan kepada mereka itu jalan-jalan (makrifah) Kami itu.”          
                                                                                   (Surah al-Ankabut, ayat: 69)

4)  Ber’uzlah  dan berkhalwah. Amalan yang memutuskan hubungan dengan manusia dalam tempoh masa tertentu. Di samping meninggalkan berbagai-bagai pekerjaan keduniaan dalam masa yang tidak lama supaya hati dapat sunyi dari kesibukan hidup yang tidak akan habis-habis itu. Fikiran juga dapat berehat dari berbagai-bagai beban harian yang tidak akan putus-putus itu. Kemudian berzikrullah bersungguh-sungguh dan bermujahadah memerangi nafsu di sepanjang malam dan siang. Amalan ini dilakukan dengan asuhan seorang shaikh.

5)  Menjaga adab. Adab ini meliputi adap terhadap Allah, terhadap mursyid, terhadap kawan, terhadap diri dan juga terhadap orang ramai. Adab ini sangat penting dalam tarekat sehingga ia dianggap anak kunci bagi membuka pintu, tanpanya bererti seseorang salik itu tidak akan dapat menghayati ilmu tarekat Tasawuf  yang sebenar. Malah, tanpa adab seseorang itu tidak akan sampai ke matlamat perjalanannya (kesempurnaan hati/akidah). Pertama menjaga hukum Allah dan sentiasa menjaga keagunganNya baik di tempat sunyi atau di tempat ramai. Kedua, menerima dan mengakui sesuatu perkara atau kejadian seperti yang ada atau berlaku dengan pe- nuh keredaan. Ianya ditentukan oleh Allah  dan berlaku mengikut kehendak dan kekuasaan Allah. Sentiasa mengekalkan matlamat perjalanannya kepada Allah dan mendapat keredaanNya agar rohaninya sentiasa naik meningkat ke darjat makrifah yang sebenar (darjat ihsan).

9. Peranan Shaikh Mursyid

Sudah menjadi satu tradisi dalam bidang Tasawuf bahawa ilmu dan amalan yang telah diterima para murid/salik daripada shaikh mereka adalah menerusi pertalian suhbah (perguruan) yang terjalin antara mereka. Ilmu dan amalan  yang diterima melalui proses suhbah kebanyakannya adalah berbentuk amali dan bukan secara teori atau melalui pembacaan kitab-kitab. Malah lebih dari itu, mereka menyifatkan ia merupakan suatu peng- hayatan langsung yang perlu diceduk secara terus dari diri pemi- liknya dan ia bersambung menyambung dari satu tangan ke satu tangan sampai kepada Nabi SAW. Oleh demikian, hal dan rasa keimanan, keyakinan, kesabaran, kesyukuran dan sebagainya yang dihayati oleh Nabi s.a.w menerusi cara demikian dapat dipindahkan kepada para sahabat, tabi’in dan generasi berikutnya sampai kepada mereka. Jika begitu, apa yang dimaksudkan oleh mereka itu sudah pasti tidak dapat dicapai menerusi catatan atau kata-kata sahaja. Sebaliknya, ia perlu kepada satu proses suhbah (berdampingan dengan guru) beberapa ketika sehingga pelbagai sifat terpuji dapat diterapkan dalam diri pula.

Elemen guru atau mursyid adalah asas yang penting dalam zikir Ism al-Dhat  kerana tanpa berbai’ah atau menerimanya daripada seseorang guru, seseorang tidak mampu menjadikan amalan tersebut sebagai suatu instrumen yang mendidik kerohaniannya merentasi pelbagai tingkatan iman (al-muqamat).

Apabila diteliti, kenyataan al-Qushayri di dapati  dengan tegas menyifatkan kewajipan berguru bagi seseorang murid yang ingin sampai mengenal Allah ke peringkat ihsan. Manakala kesimpulan pelbagai kenyataan al-Ghazali pula bahawa memasuki tarekat Tasawuf  di bawah kepimpinan seorang shaikh ada- lah fardu ‘ain bagi setiap muslim kerana setiap individu mungkin tidak terlepas dari pelbagai penyakit hati kecuali para nabi. Begitu juga Ibn ‘Ata’illah dalam hal ini mengambil sikap yang sama menyatakan kemestian kepada setiap individu mencari seorang shaikh bagi membersihkan jiwa dari pelbagai penyakit rohani bermula dari sifat mensyirikkan Allah, munafik, ujub, riak, takbur dan banyak lagi sifat tercela yang tidak mungkin seseorang itu mampu menanganinya bersendirian.

Oleh kerana soal penyakit hati dan pelbagai lagi masalah kerohanian merupakan satu pekara yang rumit serta tidak mudah ditangani oleh individu secara bersendirian berdasarkan penga- laman yang mereka tempuhi. Oleh itu, mereka mengambil pendirian mewajibkan setiap individu mencari seorang guru yang mahir tentang hal ehwal berhubung kait dengan sifat-sifat hati, sebagai pembantu dalam menyempurnakan tuntutan Islam terhadapnya. Mengambil contoh al-Ghazali dan Ibn ‘Ata’illah pada peringkat awalnya, kedua-dua mereka mengingkari atau ragu-ragu terhadap perjalanan para tokoh tasawuf di zaman masing-masing. Keadaan demikian perpanjangan sehingga mereka dikurniakan Allah bertemu dengan shaikh mursyid yang memberi bimbingan dalam proses tarbiyah rohani mereka.

Abd. Wahhab al-Sha’rani dalam hal ini pernah dilaporkan berkata:
“Sekiranya perjalanan ahli Tasawuf mampu dicapai oleh seseorang menerusi kefahaman tanpa seorang shaikh, sudah pasti tokoh-tokoh seperti Hujjah al-Islam al-Imam al-Ghazali dan Shaikh ‘Izz al-Din bin Abd al-Salam tidak perlu untuk mengam- bil adab (berguru) dari seorang shaikh mursyid. Sedangkan sebelum memasuki tarekat Tasawuf (berdamping dengan shaikh mursyid) mereka berdua pernah berkata: “siapa yang mendakwa masih ada jalan untuk sampai kepada Allah selain daripada apa yang telah kami miliki, dia sesungguhnya telah melakukan suatu pendustaan terhadap Allah S.W.T.” Setelah memasuki dalam tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf (zikrullah) mereka (dengan insaf) berkata: “sesungguhnya kami telah mensia-siakan umur dalam kehijaban.”

Shaikh al-Jurjani (w. 816 H) menjelaskan shaikh mursyid sebagai doktor rohani yang ‘arif mengenai ilmu berkaitan dengan berbagai-bagai penyakit hati dan cara-cara merawatnya dengan katanya:
“Doktor rohani itu ialah shaikh yang ‘arif tentang ilmu perubatan yang tersebut itu, iaitu ilmu mengenai sifat-sifat kesempurnaan hati (manusia), berbagai-bagai perkara yang merosakkan atau yang membahayakan penyakitnya, berbagai-bagai ubat-ubatannya, cara menjaga kesihatannya dan keseimbangan hati, dan doktor tersebut boleh memberikan asuhan hati dan menyempurnakan asuhan hati itu sendiri.”

Tarbiyah ini memerlukan pembimbing rohani  atau shaikh mursyid bagi menunjukkan jalan benar memandangkan jalan-jalan yang menuju ke arah kesesatan banyak dan mudah pula diamalkan. Mengenai fakta ini Imam Al-Ghazali menjelaskan dengan katanya;
“Seseorang murid memerlukan guru (pembimbing rohani) yang boleh di ikuti, agar guru itu akan menunjukkan jalan benar. Sesungguhnya jalan agama itu  samar dan jalan-jalan syaitan pula terlalu banyak dan mudah pula. Sesiapa yang tiada guru memimpinnya, maka syaitanlah yang memimpin ke arah jalan-jalannya. Sesiapa yang berjalan di lembah-lembah yang bahaya tanpa orang yang menjaga keselamatannya, sesungguhnya ia telah membahayakan dirinya sendiri dan membinasakannya. Orang yang bersendirian tanpa shaikh itu adalah seperti pokok yang tumbuh sendiri, yang pasti akan mudah mati, jika pokok tersebut terus hidup dan berdaun rimbun, ia tidak akan berbuah. Maka orang yang mengawasi murid itu ialah shaikhnya. Maka hendaklah murid itu berpegang teguh terhadap shaikhnya itu.”
       
Shaikh ‘Izzu’Din bin Abd al-Salam yang digelar ‘Sultan al-Ulama’ juga dilaporkan menyatakan sikapnya setelah menemui shaikhnya dengan berkata: “Aku tidak   dapat  memahami makna kesempurnaan  Islam kecuali setelah berdamping diri (berguru) dengan  Shaikh Abu Hassan al-Sadhili dan aku meredainya (sebagai guruku) .”

Begitu juga Imam al-Shafi’i, pengasas Mazhab Shafi’i yang terkenal juga ditarbiyahkan (asuhan hati) oleh shaikh yang ‘um- mi’ iaitu Shuban al-Ra’i dan Imam Ahmad Hanbali   pula sentia- sa menghadiri majlis ilmu Abu Hamzah al-Baghdadi, seorang tokoh tarekat Tasawuf  yang terkenal di kota Baghdad.

Bayangkan bagaimana tokoh-tokoh agama yang besar dan terkenal masih memerlukan shaikh mursyid sebagai shaikh tarbiyah untuk memimpin rohani mereka meskipun ilmu syariat mereka luas, maka orang lain darinya seperti kita semua tentulah lebih utama memerlukan pimpinan dalam perjalanan amal kita  supaya sempurna tarbiyah (asuhan hati) kita.  Juga menjelaskan kepada kita bahawa walau seluas mana ilmu Syariat yang dilonggokkan atau ilmu yang dihafalkan, namun  ianya tidak akan dapat membersihkan  hati dari sifat-sifat keji kecuali melalui jalan bermujahadah memerangi nafsu (ber‘uzlah) dan memperbanyakkan berzikir mengingati Allah. Ini adalah kerana hati dan nafsu adalah bersifat rohaniah yang tidak mampu ditarbiyahkan oleh segala bentuk  atau aktiviti ataupun program yang bersifat lahiriah. Inilah yang berlaku di dalam sejarah Imam Al-Ghazali sebagai tokoh Fuqaha dan tokoh Tasawuf yang terkenal. Beliau berada di dua persimpangan yang amat berbeza di antara tarbiyah  akidah menerusi ilmu dan kefahaman agama pelbagai bidang  (pendalilan akal) berbanding  tarbiyah ilmu dan amalan  tarekat Tasawuf  (kesempurnaan hati). 
       
Shaikh Dr Abd al-Halim Mahmud menjelaskan tentang para ulama tasawuf sangat menitik beratkan tentang salasilah telah menegaskan fakta ini dengan katanya:
“Dalam Tasawuf mestilah ada satu syarat yang terpenting iaitu kesan rohani, atau dengan kata-kata yang lebih tepat lagi ialah keberkatan. Keberkatan itu tidak akan sampai kecuali dengan wasilah/perantaraan shaikh. Dari sini maka timbullah salasilah. Salasilah itu (sebenarnya) tidak lain dari berbagai-bagai keberkatan itu, yang berpindah dari seseorang shaikh kepada seseorang murid.”

Beliau menjelaskan lagi tentang pentingnya mencapai keberkatan atau kesan rohani tersebut dengan katanya:
“Mesti ada perhubungan dengan salasilah yang benar sah. Kerana, sesungguhnya keberkatan yang akan dicapai dari ada- nya persambungan salasilah yang benar-benar sah itu menjadi syarat yang pokok/asas (bagi ilmu Tasawuf), kerana tanpa salasilah tersebut seseorang itu tidak akan mencapai satu darjat pun dari berbagai-bagai darjat Tasawuf; sekalipun darjat permulaan (yang paling rendah) dalam Tasawuf itu.”

Dengan tujuan untuk menguatkan lagi hubungan salasilah tersebut, supaya keberkatan atau kesan rohani itu dapat melimpah ke atas rohani murid, maka murid akan melakukan tawassur kepada semua para shaikh yang terdapat dalam salasilah itu. Misalnya dengan memberi salam kepada mereka pada masa hendak memulakan amalan zikrullah, membaca surah al-Fatihah, mendoakan mereka pada akhir amalan tersebut dan sebagainya.

Sebaliknya jika salasilah shaikh itu tidak mutassil atau tidak bersambung-sambung hingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. berertilah terputus keberkatannya. Shaikh Muhammad Amin al-Kurdi menegaskan fakta ini dengan katanya:
“Maka, sesiapa yang salasilahnya tidak bersambung sampai kepada hadrat Nabi s.a.w., sesungguhnya ia terputus dari limpahan rohani itu dan ia bukanlah waris Rasulullah s.a.w. (yang sebenar).”

Oleh sebab itu jugalah maka dalam adab murid kepada shaikhnya dimestikan supaya murid itu benar-benar menghormati shaikhnya, mengasihinya, selalu berdampingan dengannya, selalu membayangkan rupanya di ruangan mata hatinya (rabitah), selalu membantunya, selalu sedia berkhidmat kepadanya dan sebagainya lagi. Semua kewajipan tersebut bertujuan supaya mudah mendapat keberkatan atau kesan rohani itu. Oleh itu, para murid diwajibkan supaya sentiasa sedar bahawa keja- yaan perjalanannya kepada Allah  itu adalah kerana keberkatan shaikhnya yang bersambung-sambung hingga sampai kepada Nabi s.a.w. 

Maka jelas sekali bahawa semua aliran tarekat Tasawuf yang terdapat dalam Islam (yang mu’tabar) adalah berasal daripada Nabi s.a.w., bukan sesuatu yang baru dicipta oleh tokoh-tokoh tarekat itu sendiri. Oleh itu ia bukanlah sesuatu yang bid’ah, tetapi adalah sunnah Nabi s.a.w. yang terus-menerus dipelajari dan diamalkan oleh umat Islam. Shaikh Dr Abd al-Halim Mahmud menjelaskan tentang para ulama tasawuf sangat menitik beratkan tentang salasilah telah menegaskan fakta ini dengan katanya:
“Dalam Tasawuf mestilah ada satu syarat yang terpenting iaitu kesan rohani, atau dengan kata-kata yang lebih tepat lagi ialah keberkatan. Keberkatan itu tidak akan sampai kecuali dengan wasilah/perantaraan shaikh. Dari sini maka timbullah salasilah. Salasilah itu (sebenarnya) tidak lain dari berbagai-bagai keberkatan itu, yang berpindah dari seseorang shaikh kepada seseorang murid.”

Beliau menjelaskan lagi tentang pentingnya mencapai keberkatan atau kesan rohani tersebut dengan katanya:
“Mesti ada perhubungan dengan salasilah yang benar sah. Kerana, sesungguhnya keberkatan yang akan dicapai dari ada- nya persambungan salasilah yang benar-benar sah itu menjadi syarat yang pokok/asas (bagi ilmu Tasawuf), kerana tanpa salasilah tersebut seseorang itu tidak akan mencapai satu darjat pun dari berbagai-bagai darjat tasawuf; sekalipun darjat permulaan (yang paling rendah) dalam tasawuf itu.”

Kerana itulah maka Shaikh Abd al-Wahab al-Sha’rani menegaskan tentang pentingnya penghormatan dan kasih sayang si murid terhadap shaikhnya itu dengan katanya:
“Sesungguhnya asas yang  penting adab terhadap shaikh itu ialah mencintainya. Maka sesiapa yang kasih atau cintanya terhadap shaikhnya tidak (kental) benar iaitu ia (sentiasa) mengutamakan shaikhnya itu dari semua kehendak nafsunya, tidak akan berjaya dalam jalan (Allah) itu, kerana cintakan shaikh itu adalah merupakan asas bermulanya peningkatan kebaikan. Daripada asas itulah murid itu akan meningkat rohaninya hingga mencapai hakikat Allah Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi.”

Malahan hubungan murid dengan shaikh itu adalah seperti hubungan para sahabat r.a. dengan Nabi s.a.w. seperti yang telah ditegaskan oleh Shaikh Ibn al-Bana al-Sarqusti:
“Keadaan persahabatan  antara murid dengan shaikh itu ada- lah seperti persahabatan para sahabat r.a. dengan Nabi s.a.w., yang mana mereka itu diasuh dengan adab-adab Al-Quran, seperti firman Allah; Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu mendahului Allah dan RasulNya. Dan firmanNya: Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu meninggikan suara kamu lebih dari suara Nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya suara sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain.”

Hubungan antara murid dengan shaikh mursyidnya memang sebenarnya menggambarkan hubungan antara para sahabat dengan Nabi s.a.w. atau merupakan satu penjelmaan semula hubungan antara sahabat  dengan  baginda  (s.a.w.) itu. Oleh  yang  demikian segala adab-adabnya yang zahir dan batin mestilah turut dijaga. Bagaimana para sahabat  begitu bersungguh mencintai dan menghormati Nabi s.a.w., maka begitulah juga para murid terhadap shaikh mereka. Bila mereka telah benar-benar menghormati shaikh mereka, maka seolah-olahnya mereka juga telah menghormati Nabi s.a.w., para sahabat  dan al-salaf. Oleh itu, tidaklah benar anggapan bahawa para murid itu menghormati shaikh mereka secara berlebih-lebihan sehingga mendewa-dewakannya melebihi sanjungan mereka terhadap orang-orang yang lebih berhak untuk disanjung seperti para sahabat  dan para al-salaf.

Perhubungan yang rapat dalam kehidupan sehari-hari antara murid dengan shaikhnya sememangnya dikehendaki oleh Islam, sebab Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Hai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang benar (al-sadiqain).”
                                                                                               (Surah al-Taubah, ayat: 119)

Tujuan perintah Allah  supaya kita bersama-sama dengan orang yang bertaraf  al-sadiqin (benar) yang tersebut ialah supaya kita mendapat keberkatan dan berbagai-bagai rahmat Allah menerusi mereka, kerana orang-orang yang bertaraf al-sadiqin itu merupakan orang-orang mukmin yang tinggi taraf mereka di sisi Allah  iaitu selepas kedudukan para nabi dan rasul. Allah S.W.T. berfirman mengenai kenyataan tersebut yang bermaksud:
“Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan rasulNya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang diberikan nikmat oleh Allah iaitu dari para nabi, para siddiqin, para syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya .”   
                                                                                               (Surah al-Nisa, ayat: 69)

Allah S.W.T. menjelaskan bahawa rahmatNya itu sentiasa hampir dikurniakan kepada orang al-muhsinin (orang mukmin yang terbaik) seperti firmanNya:

Maksudnya :
“Sesungguhnya rahmat Allah itu adalah hampir kepada orang muhsinin.”                                        
                                                                                               (Surah al-A’raf, ayat: 56)

Malahan mereka itulah juga merupakan orang-orang yang sentiasa mendapat petunjuk dan menjadi golongan ulu’l-albab. Allah S.W.T.  berfirman:

Maksudnya:
“(Hamba-hamba-Ku) ialah orang-orang yang mendengar perkataan (ayat-ayat al-Quran) lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itu orang-orang yang telah diberi petunjuk dan mereka itulah orang-orang  ulu’l-albab .”   
                                                                                               (Surah al - Zumar, ayat: 18)

Setelah wafat Nabi s.a.w. maka shaikh mursyid itulah yang menjadi khalifah atau pengganti baginda dalam urusan tarbiyah. Sesiapa sahaja yang mendapatkan tarbiyah daripadanya nescaya akan dapat memperbaiki berbagai-bagai sifat tercela dan akan menjadi mukmin yang bersifat terpuji dan berakhlak mulia. Shaikh Abd al-Qadir ‘Isa ada menegaskan mengenai kenyataan tersebut dengan katanya:
“Maka orang yang sentiasa mendampingi mereka, meresaplah kepadanya sebahagian dari hal kerohanian mereka yang mere- ka ambil dari Rasulullah s.a.w. Orang yang menolong mereka itu berertilah ia telah menolong menegakkan agama. Orang yang menghubungkan tali kerohaniannya dengan tali kerohanian mereka berertilah talinya itu telah bersambung dengan Rasulullah s.a.w. Orang yang telah mendapatkan sebahagian hidayat dan asuhan mereka, berertilah ia telah mendapatkannya dari orang yang benar-benar mengikuti Rasulullah s.a.w.”

Kedudukan shaikh mursyid sebagai khalifatu’r-Rasulullah atau pengganti atau wakil Rasulullah dalam bidang penyebaran ajaran Islam atau asuhan dalam penghayatan ajaran Islam yang sebenarnya, zahir dan batin seperti yang disebutkan sendiri oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya seperti yang diriwayatkan oleh al-Tibrani. Maksudnya:
“Ya Allah! Kasihanilah para khalifahku yang akan lahir sesudah (zamanku) nanti, iaitu  mereka yang  meriwayatkan  hadis-hadisku dan sunnahku dan mereka itu mengajarkannya kepada orang ramai.”

Kita juga boleh melihat kedudukan shaikh mursyid tersebut dari kata-kata para ulama Tasawuf sendiri. Shaikh Abd al-Wahhab al-Sha’rani pernah menegaskan perkara tersebut dengan katanya:
“Sesungguhnya  para shaikh  itu  adalah  para naib (pengganti/ wakil pembawa syariat Nabi s.a.w. dalam urusan) mendidik dan mengasuh seluruh manusia.”
             
10. Rabitah al-Mursyid

Rasa kasih sayang, rasa hormat, rasa taat setia, rasa sangat memerlukan bimbingan dan asuhan shaikhnya dan sebagainya itulah yang mendorong seseorang murid itu sentiasa teringat dan terbayang-bayangkan wajah shaikhnya itu. Itulah asas konsep rabitah yang dianggap satu ciri amalan yang penting di dalam tarekat, yang mana telah diakui dan ditegaskan pentingnya oleh para ulama tasawuf  sendiri. Oleh itu, para ulama tasawuf itu telah mengakui amalan rabitah ini adalah sebagai amalan yang sah dan bukan bid’ah. Ini telah dijelaskan pandangan sebahagian dari ulama tasawuf itu terhadap amalan rabitah seperti di atas.

Masalah rabitah shaikh tersebut adalah merupakan masalah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf yang hanya ada diterangkan konsepnya, displinnya, caranya dan matlamatnya di dalam kitab tasawuf yang disusun oleh ahlinya yang sebenar. Oleh itu mesti- lah kita memahaminya menerusi tulisan-tulisan tasawuf  itu atau mendapat keterangan dan huraiannya dari para orang yang ahli di bidang tersebut. Tidaklah memadai dengan cara menganalisis, menghurai dan menjelaskan masalah tersebut hanya berdasarkan pemikiran sendiri yang hanya disokong dengan beberapa ayat al-Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w. mengikut tafsiran dan fahaman sendiri sahaja.

Orang-orang yang kurang faham tentang amalan rabitah syaikh mursyid selalunya menganggap amalan itu adalah salah dan mendatangkan syirik. Lebih jauh lagi golongan ahli zahir itu menegaskan bahawa rabitah shaikh mursyid  seperti itu boleh memberi peluang sebaik-baiknya kepada syaitan untuk menyamar dan menyesatkan pengamalnya,  terutamanya ketika orang itu hampir mati. Adalah disyorkan kepada mereka yang beranggapan demikian itu agar mempelajari, memahami dan mengamalkannya terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu anggapan yang salah itu. Sebenarnya konsep rabitah shaikh mursyid itu bukanlah sebagaimana yang tergambar di dalam fahaman golongan ahli zahir yang salah faham terhadap konsep tersebut.

Walaupun di dalam setengah tarekat Tasawuf, rabitah shaikh mursyid ini menjadi salah satu adab ketika berzikrullah, namun ia hanya perlu diamalkan bagi mereka yang tidak dapat berzikrullah dan tidak dapat menjauhkan waswas syaitan. Jika seseorang itu boleh berzikrullah dan tidak ada waswas syaitan maka tidaklah perlu menggunakan atau mengamalkan rabitah shaikh mursyid tersebut. Pengamal tarekat Tasawuf yang muktabar yang dipimpin oleh shaikh mursyid yang benar, mereka diberikan pengajaran dan fahaman yang betul mengenai rabitah shaikh mursyid ini. Mereka tidaklah sebodoh yang disangkakan sehingga menganggap shaikh mursyid itu sebagai Tuhan yang boleh memberi hidayat. Kalau seorang penzina, ketika hendak melakukan zina teringat guru tarekatnya dan terbayanglah wajah gurunya itu dengan jelas, lalu ia merasa insaf dan tidak melakukan zina itu, adakah ia syirik dan salah dari segi syarak?

Murid itu hendaklah selalu mengingatkan rupa mursyidnya itu supaya ia dapat menjaga adab di jalan  Allah itu dan dapat  pula  menerima limpah rohaniah dari mursyidnya,  walaupun be- liau tidak ada  bersama-samanya. Dengan  itu  adanya  mursyid bersama-sama atau tidak, adalah sama sahaja baginya. Merasakan adanya  mursyid  ketika  mursyid  itu tidak ada bersama, akan  lebih  sempurna  lagi  dengan  memerhatikan  rupanya  di dalam  khayalannya,  yang akan menimbulkan  rasa dalam rohani daripada Allah S.W.T.  ke dalam hati sanubari, sehinggalah murid itu  berasa hilang diri (ghaibah) dan fana’  yang mana ini- lah permulaan fana’ fillah.  Jadi hati itu adalah  merupakan  tempat menerima berbagai  rahsia ghaib  dengan jalan warisan dari seorang yang kamil  dan  orang  yang  kamil  itu dari  seorang yang kamil yang lain, begitulah seterusnya hingga sampai kepada Nabi s.a.w. Itulah yang dinamakan rabitah al-mursyid.

Keadaan hubungan antara seseorang murid dengan shaikh mursyidnya sememangnya dikehendaki berada di dalam keadaan yang begitu rapat dan erat, kerana keadaan begitu sememangnya telah ditempuh dan dialami oleh para sahabat  dalam hubungan mereka dengan Rasulullah s.a.w. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq misalnya adalah sentiasa terbayang-bayangkan wajah baginda (s.a.w.) sehingga semasa beliau berada di dalam bilik air pun masih ternampakkan wajah baginda (s.a.w.) itu. Cuba kita perhatikan apa yang telah dilaporkan oleh Imam al-Bukhari mengenai kisah Khalifah Abu Bakar tersebut yang bermaksud :
“Sesungguhnya Abu Bakar al-Siddiq telah mengadu kepada Nabi s.a.w. tentang pengalamannya yang mana beliau terasa tidak bercerai dari Nabi s.a.w. sehingga di dalam bilik air pun ia masih seolah-olahnya melihat wajah Nabi s.a.w. itu.”

Bila seseorang murid itu tidak berada di hadapan shaikhnya sememangnya selalu teringatkan shaikhnya itu, yang mana sudah pasti rupanya juga akan terbayang di dalam ingatan atau khayalan murid tersebut. Jika seorang yang jatuh kasih terhadap seorang wanita sentiasa tergila-gila dan terbayang-bayang wajah wanita itu, padahal yang diharapkan hanyalah tubuh badannya sahaja, maka apatah lagi seorang murid yang menaruh harapan sepenuhnya terhadap asuhan dan didikan dari shaikhnya yang bakal dapat menyempurnakan kehidupan rohaninya, maka tentulah keadaannya lebih hebat lagi. 
       
Ulama Tasawuf  yang mengharuskan amalan rabitah shaikh tersebut mengqiyaskan rabitah ini dengan beberapa amalan yang lain. Antaranya ialah amalan selawat ke atas Nabi s.a.w. di dalam tashahhud atau tahiyyat ketika solat. Shaikh al-Shihab ibn Hajar al-Makki pernah menyatakan mengenai selawat ketika tashahhud itu dengan katanya: Maksudnya:
“Nabi s.a.w. disebutkan (ganti namanya) sebagai orang kedua atau orang yang diajak bercakap di dalam selawat itu seolah-olahnya sebagai satu isyarat bahawa Allah membukakan hijab daripada orang-orang  yang solat itu daripada umat Nabi s.a.w., sehingga Nabi s.a.w. menjadi seperti hadir bersama mereka untuk menjadi saksi bagi mereka tentang amalan mereka yang paling baik sekali dan supaya ingatan kehadirannya. Nabi itu menjadi sebab untuk menambahkan khusyuk dan merendah diri.”

Kalau di dalam selawat ketika membaca tahiyyat itu dike- hendaki supaya orang-orang yang mengerjakan sembahyang mendapat rasa tentang kehadiran Nabi s.a.w., supaya menam- bahkan khusyuk dan lebih sempurna lagi solat kita, maka begitu- lah juga bila seseorang murid yang berrabitahkan shaikhnya, maka ia akan mudah khusyuk serta hilang berbagai gangguan ketika berzikir mengingati Allah.

Sesetengah ulama Fuqaha menyebutkan bahawa orang yang mengerjakan solat itu disunatkan membayangkan seolah-olah ia berada di hadapan Kaabah. Oleh itu, sesetengah ahli Tasawuf  mengqiyaskan rabitah shaikh itu dengan amalan membayangkan Kaabah tersebut. Walau bagaimanapun, gambaran serta ingatan seseorang bahawa dia sedang mengadap diri ke arah Kaabah tersebut bukan merupakan matlamat utama solat kerana fizikal Kaabah itu sendiri tidak lebih daripada satu bangunan binaan yang  juga sebahagian dari pelbagai rupa makh- luk. Malah, tujuan dan matlamat tersebut ialah supaya ingatan serta tumpuan ingatan hati hanya kepada ‘Zat Tuhan yang Tidak Menyerupai Sesuatu’. Oleh itu, Kaabah yang disifatkan Allah sebagai Bayt Allah (rumah Allah) tidak lebih dari menjadi satu wasilah atau rabitah bagi seseorang bersolat dalam mencapai maksud keredaan Allah semata-mata. Kalau membayangkan Kaabah itu menambahkan khusyuk hati maka begitulah juga tujuan membayangkan shaikh mursyid itu.

Begitulah qiyas yang dibuat oleh sesetengah ulama tasawuf  tentang keharusan amalan rabitah itu. Berbagai qiyas yang mereka buat itu adalah benar dan menepati rukun dan syarat-syarat qiyas. Bagaimanapun qiyas yang dibuat oleh mereka yang menolak keharusan amalan rabitah dengan menyamakan rabitah itu seperti umat Nabi Nuh menyembah patung orang-orang soleh,  adalah qiyas yang tidak tepat, tetapi salah (qiyas ma’al-fariq). Jika kita menyamakan amalan rabitah shaikh itu dengan penyembahan berhala maka samalah juga kita menyamakan orang Islam ketika solat menghadap Kaabah seperti orang Hindu menyembah berhala, bezanya hanyalah Kaabah itu batu empat persegi, sedangkan berhala-hala yang disembah oleh orang Hindu itu merupakan berbagai rupa makhluk seperti patung manusia, binatang dan sebagainya lagi.

Mengapakah menghadap Kaabah ketika solat itu tidak boleh disamakan dengan penyembahan berhala? Sebab, mengadap Kaabah ketika solat itu mempunyai konsep dan tujuan-tujuan yang sangat berbeza dengan penyembahan berhala-berhala yang dilakukan oleh pengikut-pengikut agama Hindu atau lainnya itu. Begitulah juga amalan rabitah shaikh itu tidak boleh disamakan dengan penyembahan berhala, kerana amalan tersebut mempunyai konsep dan tujuan-tujuan yang berbeza sama sekali dengan penyembahan berhala itu. Tentulah kita pun merasa hairan terhadap golongan yang berani mengharamkan amalan rabitah shaikh mursyid, kerana golongan ini selalu juga beramal dengan amalan rabitah yang melalaikan hati, selalu juga dibuai khayalan terhadap anak isteri, masalah hidup, masalah di tempat kerja, kenaikan pangkat, harta dan sebahagiannya lagi.   

Dapat disimpulkan bahawa penumpuan perhatian kepada shaikh mursyid itu bukanlah penumpuan perhatian terhadap diri zahir shaikh itu tetapi lebih menumpukan kepada hubungan dari aspek rohaniah iaitu supaya murid itu dapat sentiasa berzikir mengingati Allah (sepanjang masa) atau menjauhi waswas syaitan, dan tidaklah kita meminta sesuatu daripadanya secara terus, tetapi shaikh itu telah mendapat limpahan kurniaan kerohanian daripada Allah, yang memberi bekas tidak ada yang lain kecuali Allah  sahaja. Iaitu bila memandang shaikh itu maka ingatkan Allah dan shaikh mursyid itu hanyalah sebagai pintu rahmat Allah S.W.T.

Antara ayat al-Quran yang biasa digunakan oleh para ulama Tasawuf  sebagai dalil keharusan amalan rabitah itu  adalah seperti berikut di bawah ini:

Allah S.W.T.  berfirman:
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaran sesama kamu dan berabitahlah kamu dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu beroleh keja- yaan.”                  
                                                                                               (Surah Ali ‘Imran, ayat: 200)

Allah S.W.T. juga berfirman:
 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَابْتَغُواْ إِلَيهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُواْ فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan carilah wasilah kepadaNya.”
                                                                                               (Surah al-Maidah, ayat: 35)

Di antara hadis-hadis Nabi s.a.w. yang dapat kita anggap sebagai dalil keharusan amalan rabitah al-mursyid itu adalah seperti berikut di bawah ini:
1. Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya sesetengah dari manusia itu adalah sebagai anak kunci yang membuka hati bagi mengingati Allah iaitu bila mereka itu dipandang maka ingatlah Allah orang yang meman- dangnya itu.”

2. Nabi s.a.w. juga bersabda yang bermaksud:
“Mahukah kamu aku khabarkan kepada kamu akan orang yang sebaik-baiknya di kalangan kamu? Orang yang sebaik-baik di kalangan kamu itu ialah mereka bila dipandang maka orang yang memandang itu ingatkan Allah.”

3. Dalam hadis yang lain baginda bersabda yang bermaksud:
“Orang yang sebaik-baik di kalangan kamu itu ialah orang yang mengingat kamu kepada Allah dengan memandang rupanya dan percakapannya menambahkan ilmu kamu dan amalannya mendorong kamu gemar kepada akhirat.”

Sekiranya orang yang mengamalkan rabitah al-mursyid dari kalangan orang yang percayakan adanya wali-wali Allah, maka sememangnya mereka menegaskan kebaikan dan besarnya manfaat amalan rabitah al-mursyid tersebut. Malah, mereka berkata bahawa rabitah mursyid itu lebih kuat kesannya untuk mendapatkan rasa dalam rohani (zawq) dan perpindahan maqam kero- hanian orang salik itu di dalam tingkat kerohanian menuju ke peringkat yang sempurna (kamal) jika dibandingkan melalui amalan berzikrullah semata-mata. Para tokoh tarekat Tasawuf menegaskan amalan rabitah al-mursyid ini dapat meringkaskan perjalanan dalam amalan bersuluk atau perjalanan terus ke hadrat Allah  dengan mengamalkan terus rabitah al-mursyid itu.

Demikianlah golongan ahli zahir yang mengharamkan amalan rabitah al-mursyid yang bertujuan supaya mampu memperbanyakkan menyebut dan mengingati Allah (zikrul-Qalb) dan menjauhi waswas syaitan. Sebaliknya, golongan (ahli zahir) ini selalu juga beramal dengan amalan rabitah yang melalaikan hati, selalu juga dibuai khayalan terhadap anak isteri, masalah hidup, masalah di tempat kerja, kenaikan pangkat, harta dan sebagainya di dalam mengerjakan solat. Sebaik saja selesai takbiratulihram maka ia pun berkelana, atau merayap di dalam  fikiran dan sangkaan-sangkaan atau khayalannya. Dan ia berpaling dari mengingati Tuhannya (lalai) kerana tidak mampu memperbanyakkan zikir mengingati Allah atau sentiasa mene- litikan sesuatu masalah yang dikemukakan oleh iblis kepadanya, dan iblis itu dapat mengeluarkan ia dari solatnya. Maka  solat yang dilaksanakan  itu dalam keadaan muflis tidak dapat pahala, tetapi penuh dosa. Golongan ini  lupakan Allah maka Allah pun melupakan mereka. Perbuatan ini adalah sebahagian dari adat yang tercela terhadap Allah  yang tidak boleh dipertikaikan lagi (syirik atau menyekutukan Allah). Mereka terjerumus ke dalam perbuatan musyrik meskipun memiliki kefahaman atau hujah-hujah teori Tauhid Wahabi dan sifat-sifat Allah  yang mendalam. Hakikat ini telah diterangkan oleh Allah  di dalam kitab- Nya, al-Quran:
 فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاء رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَالِحاً وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَداً
Maksudnya: 
“Maka sesiapa yang mahu menemui Tuhannya (Allah) hendaklah ia beramal soleh dan janganlah ia menyekutukan ibadat kepada Tuhannya itu dengan seseorang pun.” 
                                                                                               (Surah al-Kahfi, ayat: 110)

Allah S.W.T.  juga berfirman:
 نَّ اللّهَ لاَ يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَن يَشَاءُ وَمَن يُشْرِكْ بِاللّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلاَلاً بَعِيداً
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa menyekutukan (sesuatu) dengan Dia, dan Dia mengampuni dosa yang selain dari syirik itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Sesiapa yang menyekutukan (sesuatu) dengan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.”                                   
                                                                                               (Surah al-Nisa’, ayat: 116)

Menurut dakwah Islam yang  jelas bahawa mereka  sangat memerlukan sesuatu amalan yang dapat menghilangkan bala yang membinasakan dirinya (lalai di dalam solat) itu. Ianya ti- dak disedari di sepanjang hayat kerana mereka sentiasa  leka dalam kelalaian terhadap Allah  dalam kehidupan harian. Mereka  membaca ayat-ayat al-Quran, bertakbir, bertasbih, berdoa dan melakukan pergerakan anggota badan di dalam solatnya, tetapi pada masa  yang sama  mereka mengadap perkara yang diingati (masalah anak isteri, masalah kerja, kenaikan pangkat  dan lain-lain) maka perkara itulah  yang disembahnya bukan Allah. Dan perkara itulah yang menjadi rabitahnya yang  jelas berada di ruangan kedua-dua matanya di dalam solat. Mereka terus berada di dalam keadaan  berrabitah dengan berbagai perkara itu se- hingga memberi salam. Bila  mereka telah memberi salam, maka perkara pertama yang   diingkari dan dinafikan oleh mereka adalah amalan rabitah al-mursyid yang diamalkan oleh golongan Tasawuf sehingga sanggup menuduh mereka itu sesat dan bid’ah.

11. Mentalkinkan Amalan  Zikrullah dan Bai’ah

Talqin bermaksud pengajaran iaitu shaikh mursyid atau guru akan menunjukkan tentang cara-cara bagaimana hendak memperbanyakkan zikrullah, adab-adab yang perlu dijaga dan perkara-perkara lain yang ada kaitannya

Bai’ah bermaksud berjanji setia untuk beramal dan bertakwa. Janji setia pada zahirnya merupakan janji setia murid terhadap guru atau shaikhnya tetapi pada hakikatnya, adalah janji setia terhadap Allah. Ini didasarkan kepada amalan sahabat yang berbai’ah kepada Nabi s.a.w. seperti yang disebut di dalam firmanNya yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang berbai’ah kepada engkau (ya Muhammad) sesungguhnya mereka (pada hakikatnya) berbai’ah kepada Allah. Kekuasaan Allah di atas kekuasaan mereka. Barangsiapa yang  melanggar bai’ahnya maka bahaya (terkena) atas diri sendiri dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, Allah akan memberikan ganjaran yang besar kepadanya.”
                                                                                                (Surah al-Fath, ayat: 10)

Setelah melaksanakan upacara bai’ah dan talqin, maka murid itu mestilah menjalani amalan ber’uzlah dalam tempoh tertentu di bawah pengawasan shaikh dan pembantunya.

Kita dapati kedua-dua amalan talkin dan bai’ah bukan bid‘ah. Sebaliknya kedua-duanya adalah Sunnah Nabi s.a.w. Kerana itu Shaikh ‘Abd, al-Qadir ‘Isa dalam kitabnya Haqaiq ‘An al-Tasawuf menegaskan: “Kemudian para ulama pewaris (Nabi s.a.w.) dari kalangan para shaikh mursyid sufi menggunakan manhaj Nabi s.a.w. ini dalam melakukan bai’ah (dan talkin).”

Demikianlah dakwah akidah Nabi s.a.w. di kota Makkah untuk menyempurnakan  hati para sahabat menerusi amalan zikrullah dan mujahadah memerangi nafsu di dalam suasana ber- ’uzlah. Amalan zikrullah ini diperintahkan oleh Allah  dan sunnah Nabi s.a.w. Baginda menunjukkan jalan berzikir mengingati Allah kepada para sahabat   supaya sempurna hubungan rohani dengan Allah  dan mereka tidak termasuk dalam golongan yang sesat. Amalan zikir yang sempurna atau zikir lisan dengan ‘rasa dalam rohani’ (‘nur zikrullah’) sebagai zikir permulaan itu tidaklah dapat diketahui kecuali kita mendapat keterangan dan asuhan dari para shaikh tarekat Tasawuf. Seseorang murid/salik itu tidak akan dapat memahami dan mengikut amalan tersebut dengan sebenar-benarnya kecuali mendapat pimpinan dan asu- han yang tertentu dari mereka seperti firman Allah S.W.T:

Maksudnya:
“Dan berzikrullah sebagaimana yang ditunjukkan kepada mu (yang memberi petunjuk kepada jalan berzikrullah mu/zikir darajat). Dan sesungguhnya kamu sebelum itu termasuk dalam golongan orang-orang yang sesat (memiliki hati yang mati).”               
                                                                                               (Surah al - Baqarah, ayat: 198)

Menurut riwayat Shaikh Yusuf al-Ajami, menjelaskan kaedah Nabi s.a.w. mentalqinkankan amalan zikrullah kepada para sahabat  iaitu sebagaimana Nabi s.a.w. menjawab pertanyaan Sayyidina Ali r.a. tentang jalan beriman dan sampai ke hadrat Allah SWT dan mendapat keredaanNya. Nabi s.a.w. memerintahkan Sayyidina Ali r.a. dan para sahabat  supaya berzikrullah secara terang (suara) dan secara rahsia (hati). Akhirnya Sayyidina Ali r.a. meminta Nabi s.a.w. mengajarkannya cara berzik- rullah itu dan Nabi s.a.w. pun mengajarkan Sayyidina Ali r.a. berzikrullah “La Ilaaha Illa Allah” dengan menyebut 3 kali sambil memejamkan kedua-dua mata baginda  dan mengangkat atau menguatkan suara baginda. Kemudian Sayyidina Ali r.a. pun melakukan seperti Nabi s.a.w. lakukan itu, sambil disemak dan diperhatikan oleh baginda. 

Bagaimana Nabi s.a.w. mentalqinkan para sahabat dalam proses tarbiyah akidah menerusi memperbanyakkan berzikir mengingati Allah, ianya juga  menjadi displin pengajaran, asuhan, penyebaran ilmu dan amalan tarekat Tasawuf menjadi satu displin yang penting, yang tidak boleh ditinggalkan sama sekali. Displin ini melahirkan konsep salasilah dalam ilmu dan amalan tarekat Tasawuf. Oleh sebab itulah, maka seseorang murid itu semestinya mengetahui salasilah gurunya sehingga benar-benar bersambung-sambung sampai kepada Nabi s.a.w. Pada dasarnya, konsep salasilah ini samalah isnad dalam ilmu hadis. Fungsinya yang penting ialah untuk mendapatkan barakah serta dapat menentukan kebenaran ilmu dan amalan tarekat Tasawuf itu sendiri.
      
Amalan zikir mengingati Allah itu merupakan satu amalan khusus dilakukan oleh salik setelah menerima bai’ah atau keizinan daripada guru untuk mengamalkannya. Di samping itu, ama- lan berkenaan pula akan dilaksanakan oleh murid/salik pada satu tempat khas yang ditentukan kepadanya untuk bersendirian. Selain itu, guru akan mewakilkan seorang salik lain bagi menyediakan perkara berhubung kait makan-minum salik berkenaan sepanjang tempoh proses amalan tersebut dilakukan. Shaikh tarekat Tasawuf  juga menekankan bahawa semua hal ehwal diri salik  sama ada yang dilihat, diketahui dan juga taufik hidayat dimiliki, semua itu pada hakikatnya adalah dari Allah sahaja.

Kemudian salik diajar menyebut Allah…Allah…Allah dengan lidah secara berterusan dalam keadaan berusaha menjadikan ingatan fikiran dan pandangan batinnya tertumpu hanya kepada Allah (wukuf qalbi) terhadap makna ‘Laysa Kamithlih Shay’ iaitu ‘Zat Allah Yang tidak menyerupai sesuatu’ dan memfokuskan sebutan Allah di latifah al-qalb yang terletak di bawah dua jari dari buah dada kiri, sedikit menghala keluar ke lambung kiri yang menggambarkan di situ tempat munculnya sebutan tersebut.  Salik menghadapkan segala pancaindera yang lima iaitu deria mata, telinga, bau, rasa dan deria sentuhan ke hati sanubari yang sedang melangsungkan amalan zikir, serta memutuskan hubungan ingatan terhadap perkara lain. Dengan demikian, wukuf qalbi (keadaan hati yang sentiasa dapat mengingati “Zat Allah Yang Tidak Menyerupai Sesuatu”) semestinya wujud sepanjang waktu zikir berlangsung dan juga dalam semua aktiviti di luar waktu.

Amalan zikir Allah..Allah...Allah (zikir Ism al-Dhat)  adalah permulaan perjalanan menuju kepada mengenal Allah SWT. Tanpanya seseorang tidak mungkin dapat mencapai kesempur- naan tuntutan penyucian jiwa dan pengabdian diri kepada Allah. Walaupun begitu, pelaksanaan zikir dalam kalangan ahli Tasawuf adalah berbeza-beza dan antaranya ialah zikir Ism al-Dhat iaitu berzikir dengan mengulang-ulang lafaz “Allah”. Merujuk banyak karya tokoh-tokoh Tasawuf, zikir Ism al-Dhat bukan lagi suatu perkara asing dalam kalangan ahli-ahlinya, malah mereka menganggapnya sebagai satu cara yang cukup berkesan dalam hubungan mengenal Allah serta sifat-sifat kesempurnaan dan keagunganNya.

Kaedah memulakan amalan berzikir merangkumi beberapa adab seperti berwuduk dan bersila mengadap kiblat. Salik hen- daklah melaksanakan adab kedua iaitu beristighfar dengan lidah menggunakan lafaz ‘astaghfirullah sebanyak tiga puluh satu kali, dengan penuh kesungguhan memohon keampunan daripada Allah terhadap segala dosa yang dilakukan. Menahan nafas dan menjadikan semua pancaindera tertumpu pada hati. Setelah selesai menyempurnakan adab ketiga, salik perlu melaksanakan adab keempat, iaitu menghadirkan dalam ingatan terhadap guru mursyid dalam majlisnya.

Adab kelima ialah seseorang salik hendaklah menjadikan seluruh pancaindera memberi tumpuan kepada hati di samping mengosongkan hati bagi menumpukan ingatan hanya kepada makna Ism al-Dhat atau makna kalimah Allah, iaitu “Zat Allah Yang tidak menyerupai sesuatu”. Keadaan hati yang sentiasa dapat mengingati “Zat Allah Yang tidak menyerupai sesuatu” diistilahkan sebagai wukuf qalbi. Dengan demikian, wukuf qalbi semestinya wujud sepanjang waktu amalan zikir berlangsung dan juga dalam semua aktiviti di luar waktu berzikir Ism al-Dhat.

Di samping mengosongkan hati dari pelbagai lintasan ingatan terhadap perkara-perkara lain, salik mula menyebut zikir Ism al-Dhat. Zikir tersebut hendaklah dilaksanakan serentak dengan wukuf  qalbi. Namun begitu, perlu ditegaskan bahawa penghayatan yang terhasil daripada praktik pelbagai adab berzikir Ism al-Dhat tersebut, hanya dianggap sebagai suatu penghayatan permulaan yang mesti dicapai oleh para salik. Tanpanya, salik tidak mungkin mencapai matlamat untuk sampai kepada mengenal Allah. Hal ini kerana, tujuan teknik penghayatan tersebut adalah supaya tertanam dalam hati salik rasa yakin tentang wujud Allah S.W.T. yang tidak boleh digambarkan hakikat kewujudanNya dengan sesuatu apapun. Penghayatan tersebut jika diteliti merupakan suatu terjemahan terhadap keimanan kepada firman Allah S.W.T.  yang bermaksud:
“Tiada sesuatu pun sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya).”
                                                                                               (Surah al-Syura, ayat: 42)

Murid/salik pada tahap permulaan dibimbing supaya mena- nam sifat rasa wujud Allah Wajib al-Wujud yang selama ini masih kabur dan tidak nyata pada pandangan mata hati (basirah), berbanding wujud makhluk mumkin al-wujud, dirasakan seolah-olah sebagai suatu kewujudan hakiki yang bertapak kukuh dalam lubuk hati. Pendekatan tersebut dilihat sebagai satu proses penting untuk mengikis pelbagai wahm (keraguan) yang menghalang keyakinan hati salik terhadap kewujudan hakiki Allah S.W.T.

Apabila salik sudah menjiwai sifat tersebut dalam semua tindak-tanduk dan gerak kerjanya, ketika itu beliau akan merasa mudah untuk melakukan penghayatan lain berkait dengan pel- bagai sifat kebesaran dan keagungan Allah S.W.T. Hal ini kerana mengenal dan meyakini wujud Allah merupakan satu simpu- lan iman penting dan utama yang perlu dimiliki oleh seseorang Muslim dan segala perbincangan dalam ilmu Akidah berhubung pelbagai sifat ketuhanan adalah berasaskan iman kepada wujud Allah tersebut. Tanpa wujud Allah, semua sifat ketuhanan dan keagungan yang disabitkan kepadaNya tidak akan membawa apa-apa makna.

Selain itu, penghayatan serta hasil amalan tersebut adalah satu perkara abstrak atau sukar untuk diungkapkan dengan perkataan kerana ia banyak bersangkutan dengan perkara yang berada di luar jangkauan akal fikiran. Para pengamal Tasawuf menyifatkan amalan-amalan yang boleh menyampaikan seseorang secara khusus kepada ma’rifah kepada Allah seperti amalan zikir Ism al-Dhat adalah merupakan satu amalan yang sangat bernilai dan mempunyai tahap kerahsiaan yang tinggi, maka tidak semua orang berkesempatan untuk mengamalkannya. Hal tersebut telah digambarkan sendiri oleh al-Ghazali ketika mem beri peringatan kepada orang yang mempunyai keahlian tentangnya supaya tidak mendedahkan hasil amalan atau hal ehwal pengamalannya kepada orang awam kerana ia merupakan pe- nyebab utama yang memutuskan hubungan perjalanan kerohaniannya untuk sampai ke hadrat Allah.

Shaikh Abu al-Qasim al-Qusyairi (w. 467 H.) mengemukakan beberapa adad yang mesti dipatuhi yang menjadi asas penting bagi menghasilkan natijah yang baik dalam menuju ke jalan keredaan Allah. Adab-adab tersebut adalah seperti berikut:

a.      Seseorang hendaklah menghilangkan rasa kebergantungan hati kepada perkara duniawi.
b.   Mengetahui ilmu fardu ‘ain yang asas yang ditaklifkan kepadanya dalam perkara berkaitan akidah dan syariat.
c.   Sentiasa bersuci daripada hadas kecil dan besar, dan bersih tubuh badan serta pakaian daripada kotoran najis.
d.  Wajib atasnya berguru dengan seseorang yang telah bersuluk pada jalan Allah, iaitu seseorang yang telah menempuhi pelbagai proses penyucian jiwa.
e.   Wajib atasnya menjauhkan diri daripada sebarang urusan yang tiada hubung kait dengan Allah.
f.   Hendaklah mengutamakan kefakiran daripada kekayaan, kehinaan daripada kemuliaan, di samping tidak berlebihan makan atau bercakap perkara tidak berfaedah atau duduk bersantai.
Al-Ghazali pula menekankan satu asas penting yang perlu dimiliki seseorang iaitu al-iradah. Al-iradah ialah satu sifat keinginan dan rasa cinta yang sangat mendalam dimiliki seseorang untuk mencapai kebahagiaan akhirat serta bertemu Allah Ta’ala sehingga ke tahap, semua kenikmatan dan kelazatan duniawi dirasakan hambar oleh pemilik sifat tersebut. Menurut beliau, ketiadaan iman kepada Allah S.W.T. merupakan penghalang utama kepada seseorang untuk menghiasai diri dengan sifat tersebut. Istilah ‘iman’ dimaksudkan al-Ghazali, bukan hanya sekadar kata-kata hati dan gerak bibir mengucap dua kalimah syahadah tanpa disertakan sifat benar dan tulus ikhlas kepada Allah. Oleh itu, kenyataan iman terhadap Allah yang ditunjangi oleh sifat benar dan tulus ikhlas, merupakan akar umbi kepada sifat al-iradah yang dimaksudkan oleh al-Ghazali.

Apabila seseorang mampu menyediakan diri dengan sifat al-iradah, justeru ia layak bergelar sebagai al-salik (orang yang memiliki sifat al-iradah), ketika itu ia berkeahlian untuk melak- sanakan zikir Ism al-Dhat . Walau bagaimanapun, menurut al-Ghazali, adalah menjadi suatu suatu kemestian kepada al-salik (murid) mempunyai seorang guru atau mursyid membimbingnya dalam menjayakan amalan zikir tersebut. Beliau beralasan  bahawa  jalan menuju Allah adalah suatu perkara rumit menurut kaca mata nafsu, sedangkan jalan menuju kepada syaitan adalah banyak serta mudah dilalui. Oleh itu, mursyid berperanan mem- bimbing murid tersebut menuju ke jalan Allah supaya terselamat daripada pelbagai tipu daya nafsu dan syaitan.

Menurut tokoh tarekat Naqshabandiyyah yang terkenal, Shaikh Ahmad al-Faruqi al-Sirhindi menegaskan bahawa salik yang sedang berzikir menyebut Allah, Allah, Allah hendaklah menghadirkan ingatan hati terhadap makna ‘Laysa Kamithlih Shay’ iaitu ‘Zat Allah yang Tidak Menyerupai Sesuatu’. Hal ini menunjukkan tumpuan ingatan yang dituntut ketika menghadirkan ingatan akan makna lafaz Allah tersebut adalah tertentu kepada Zat Allah semata-mata.

Dalam karya berjudul Mizan al-‘Amal, al-Ghazali menjelaskan kaedah praktik zikir tersebut dengan berkata:
“Kemudian kamu mengasingkan diri di suatu tempat ibadat khusus untuk kamu laksanakan ibadat solat fardu dan solat rawatib. Selepas itu, kamu tumpukan perhatian serta hemah yang kuat hanya untuk mengingati Allah dan sentiasa berzikir menyebut Allah…Allah…Allah dengan lidah dalam keadaan hati juga turut hudur..”

Abu ‘Abbas al-Mursi (w. 686 H.) yang merupakan guru kepada Ibn Ata’illah menegaskan:
“Hendaklah kamu sentiasa berzikir menyebut Allah… Allah …Allah kerana Ia  adalah raja kepada segala nama-nama Allah..dan memang sepatutnya kamu memperbanyakkan zikir dengannya berbanding pelbagai bentuk zikir lain kerana terkandung dalamnya semua inti pati yang terdapat pada kalimah ‘La ila ha Ilallah’ yang terdiri daripada simpulan-simpulan akidah, pelbagai ilmu, adab, akhlak dan lain-lain lagi. Dan sesungguhnya terkandung dalam zikir  “Allah” dan zikir “Hu” bermacam-macam perkara yang tidak berlaku pada zikir lain daripada kedua-duanya.”

Ibn Ata’illah dalam Miftah al-Falah berkata: “Hendaklah kamu berzikir Ism al-Dhat Allah…Allah..Allah atau Hu... Hu…Hu dalam hati tanpa menyebut-nyebutnya di lidah. Biarlah hati kamu yang menyebutnya dalam keadaan telinga kamu mendengarnya..” 
  
Di samping itu, Shaikh Shah Waliyu-‘llah al-Dahlawi, iaitu seorang tokoh dalam tarekat Naqshabandiyyah telah mengemukakan satu teknik zikir Ism al-Dhat lain daripada kebiasaan yang diamalkan sebagaimana tokoh-tokoh tarekat sebelumnya. Menurut beliau, murid hendaklah menyebut lafaz Allah dengan lidah dan hati, dan dikhayalkan seolah-olah ia dikeluarkan dengan kuat dari pusat dan memanjangkan sebutan lafaznya (dengan rasa dalam rohani/zawq) hingga ke otak. Semua itu hendaklah dilakukan dalam keadaan menahan nafas.

12.  Amalan  Ber‘uzlah

Ber‘uzlah   ialah jalan rohani yang dilalui untuk mencapai hakikat makrifatullah (mengenal Allah S.W.T.). Dalam ilmu tarekat Tasawuf, jalan ‘uzlah yang dimaksudkan itu ialah berzikir dengan bersungguh-sungguh dan bermujahadah memerangi nafsu dalam keadaan dan suasana ‘uzlah atau khalwah ataupun bersuluk di dalam bangunan tertentu seperti di masjid, surau, rumah ibadat yang khusus dengan syarat-syarat dan berbagai-bagai adab yang selaras dengan al-Quran dan al-Sunnah, dengan pimpinan shaikh mursyid yang sebenar. Amalan  ini  diasaskan  atas jalan ‘uzlah Nabi s.a.w. di Gua Hira’, di atas Jabal Nur selama 36 bulan hingga baginda menerima wahyu yang pertama dan terus dilantik menjadi rasul seperti yang diriwayatkan kitab Sahih al-Bukhari. Amalan tersebut juga diasaskan kepada ber‘uzlah empat puluh hari empat puluh malam yang dilakukan oleh  Nabi Musa a.s. di bukit Tur Sina’, seperti yang disebutkan kisahnya di dalam al-Quran. Latihan amalan kerohanian (berzikir dan muja- hadah) ini merupakan jalan bermujahadah membendung kehendak hawa nafsu dan membersih sifat-sifat keji yang ditimbulkan oleh aspek  (nafsu) itu dalam melaksanakan segala perintah Allah  dan menjauhi semua laranganNya, untuk mencapai hakikat makrifatullah dan hakikat kehambaan dirinya sendiri.

Di antara sifat-sifat keji itu ialah rosak akidah (lalai berzikrullah), sombong, tidak suka beramal dengan perkara-perkara sunnah, riyak, hasad, sum’ah, pemarah, bakhil, mengikut hawa nafsu pada tiap-tiap yang mendorong syahwat, terlalu cintakan kebendaan dan duniawi, dayus terhadap isteri, menderhakai kedua-dua ibu bapa, menyebar fitnah, mengejar kemasyhuran, mendengar dan menonton perkara yang melalaikan, sentiasa cenderung ke arah maksiat dan meninggalkan taubat, mudah melakukan zina, meminum arak, berjudi, tenung nasib, menghina orang lain, suka bertegang leher dan sebagainya.

Amalan ber‘uzlah Nabi s.a.w. di Gua Hira’ selama beberapa tahun yang dipimpin oleh mursyid baginda, Jibrail a.s. merupakan asas ilmu Akidah Islam dalam mentarbiyyah (akidah) para sahabat  untuk mencapai kesempurnaan aspek rohani itu. Di zaman yang awal itu tidak ada kitab-kitab ilmu Kalam, teori Tauhid Wahabi, ilmu Tasawuf, tafsir al-Quran, ilmu Fiqah dan sebagainya yang digunakan baginda untuk menghuraikan proses penyucian jiwa (rohani). Tegasnya, dalam tempoh itu tiada ceramah agama atau bacaan kitab-kitab pada setiap hari dalam bentuk teori atau sekadar maklumat ataupun  pengetahuan (agama) untuk dilonggokkan pada akal tentang ilmu Akidah reka cipta ataupun  pengetahuan ilmu Fiqah (hukum hakam dan fadilat segala amal ibadat) secara mendalam  untuk menyampaikan sese- orang kepada mengenal (makrifah) Allah.

Malah lebih dari itu, tarbiyah akidah itu merupakan suatu penghayatan langsung yang perlu diceduk secara langsung dari diri pemiliknya dan ia bersambung menyambung dari satu ta- ngan ke satu tangan sampai kepada Nabi s.a.w. Oleh demikian, hal dan rasa keimanan, khusyuk hati, keikhlasan, keyakinan, kesabaran, kesyukuran dan lain-lainnya yang dihayati oleh Nabi s.a.w menerusi cara demikian dapat dipindahkan kepada para sahabat, tabi‘in dan generasi berikutnya sampai kepada mereka. Oleh itu, elemen mursyid atau guru mempunyai hubungan yang sangat erat dengan tarbiyah itu sebagai suatu instrumen mendidik kerohanian merentasi pelbagai tingkatan iman (al-muqamat).

Selain itu, akal manusia tidak mampu untuk mengenali kebenaran hakiki serta membezakan antara pekara sebenar ataupun yang palsu khususnya dalam mencapai maqamat al-Hidayah (pelbagai tingkatan hidayah Allah). Manakala kesimpulan pelbagai kenyataan Imam al-Ghazali pula difahami beliau turut menyifatkan bahawa memasuki tarbiyah tarekat Tasawuf di bawah kepimpinan seorang shaikh mursyid adalah fardu ‘ain bagi setiap muslim kerana setiap individu tidak mungkin terlepas dari pelbagai penyakit hati kecuali para nabi. Begitu juga Ibn ‘Ata’illah dalam hal ini mengambil sikap yang sama menyatakan kemestian kepada setiap individu muslim mencari seorang shaikh mursyid bagi membersihkan jiwa dari pelbagai penyakit rohani bermula dari sifat mensyirikkan Allah, munafik, ujub, riak, takbur dan banyak lagi sifat tercela yang tidak mungkin seseorang itu menanganinya bersendirian.

Secara jelas, selama lebih sebelas (11) tahun  Nabi s.a.w. menangani permasalahan dalaman manusia (akal, nafsu dan hati) di kota Makkah adalah untuk menyempurnakan elemen-elemen dalaman para sahabat menerusi berzikir mengingati Allah sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran (Akidah al-Quran). Ternyata proses tarbiyah (akidah) Nabi s.a.w. ini  adalah bertentangan dengan tarbiyah (akidah) yang dilaksanakan oleh kebanyakan umat Islam di zaman  ini yang dicapai menerusi hujah-hujah dan penghuraian  ilmu Akidah reka cipta secara teori atau sekadar maklumat (pengetahuan agama) semata-mata  yang tidak mampu membersihkan pelbagai hijab hati (sifat-sifat keji).

Hakikatnya,  amalan zikrullah yang dituntut oleh al-Quran sebagai satu tuntutan wajib ke atas setiap mukalaf adalah bertitik tolak daripada makna teras yang terkandung di dalamnya, iaitu mentauhidkan Allah dalam semua keadaan dan ia boleh dicapai menerusi proses menyebut-nyebut dan mengingati kalimah (Allah) itu. Dengan kata-kata lain, golongan (ahli zahir) ini seo- lah-olah menganggap peraturan  yang ditetapkan oleh al-Quran  (memperbanyakkan berzikir kepada Allah) itu tidak lengkap  atau tidak sempurna, dan masih memerlukan perubahan atau ijtihad tanpa mereka sedari bahawa Allah S.W.T. menjadikan amalan ini sebagai seutama-utama  ibadat (menjadikan segala amal ibadat itu mulia atau sempurna) berpandukan kepada fir- manNya:

Maksudnya;
“Dan zikrullah itu adalah seutama-utama ibadat”
                                          (Surah al-Ankabut, ayat: 45)

Hal demikian menunjukkan bahawa pendirian para tokoh Ta- sawuf  menjadikan jalan berzikir dan mujahadah (untuk membersihkan hijab hati dan membendung kehendak hawa nafsu) yang diketengahkan oleh mereka adalah jalan terbaik untuk mencapai kesempurnaan akidah atau makrifah Allah berpandukan banyak ayat anjuran berzikir dalam al-Quran (Akidah al-Quran).

Setelah berjaya menjalani proses tarbiyah (berzikrullah dan mujahadah) itu maka hati itu akan terhias dengan sifat-sifat mahmudah (terpuji) seperti   rasa takut dan harap, sentiasa bertaubat, zuhud, malu terhadap Allah, sabar, sentiasa bersyukur, ikhlas, tawakkal,  mahabbah, redha, menunaikan amanah, pemurah, warak, meninggalkan khianat, menyebarkan salam (silaturahim), baik amalan, menjaga hak, cintakan akhirat, khuatirkan hisab di akhirat, merendah diri, tidak menyakiti orang, berfikir dan muhasabah, mengharap akan sampai kepada Allah, takutkan Allah, membuang lintasan-lintasan akal yang buruk, sedikit angan-angan dunia, insaf diri, baik sangka, sabar terhadap bala atau ujian Allah,  jiwanya hidup dan bersemangat, pengorbanannya luar biasa, kegigihannya luar biasa, kebaikan dan kebajikannya banyak dan sebagainya lagi. 

Berzikir dan mujahadah merupakan latihan amalan kerohanian  untuk membersihkan hijab hati dengan memerangi kehendak hawa nafsu. Membersihkan hati dari berbagai-bagai sifat yang  tercela dan menghiasi hati dengan berbagai-bagai sifat terpuji seperti yang dijelaskan di atas. Mereka dianjurkan supaya sentiasa berzikir mengingati Allah, mengurangi makan (berpuasa) dan tidur, membanyakkan solat tahajjud, menghindari uca- pan yang sia-sia dan sentiasa dalam keadaan ‘uzlah (menjauhkan dan mengasingkan diri dari kesibukan hidup) dan suluk (mengurung diri di sesuatu tempat seperti bilik khas atau di surau, di masjid dan sebagainya) untuk menumpukan kepada latihan amalan kerohanian ini. Imam al-Ghazali menjelaskan kesungguhan beliau bermujahadah untuk memerangi nafsu semasa amalan ‘uzlah dengan katanya:
“..Pekerjaan saya hanyalah ber’uzlah, riadah dan bermujahdah. Berjuang sekuat tenaga melawan nafsu dan kemalasan beribadat. Berusaha membersih diri, mendidik akhlak dan membersih hati untuk berzikrullah, sebagaimana yang saya perolehi dari pengajian Tasawuf. Saya beriktikaf terus menerus di dalam Masjid Damsyik. Sepanjang hari saya naik ke menaranya dan tinggal di sana, lalu saya tutupkan pintunya untuk diri saya sendiri.”

Dengan kesungguhan mereka (berzikir dan mujahadah) iaitu zahir dan batin orang yang berzikir itu benar-benar menghadap Allah  semata-mata dan berpaling dari yang lainNya, dapat men- taati semua perintahNya, maka akhir perjalanannya penuh sinar, kerana sampai kepada Allah yang dicintainya (mendapat rahmat dan keredaanNya). Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan sebutlah (dengan lidah  dan hati) akan nama Tuhanmu (terus  menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amalan ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.”
                                                                                               (Surah al-Muzammil, ayat: 8)

Tabtil kepada Allah S.W.T. bermaksud penumpuan zahir dan batin kepadaNya semata-mata dan berpaling sepenuhnya dari makhluk.

Bersangkutan dengan amalan zikir Ism al-Dhat, Ibn Ata’ illah menganjurkan amalan tersebut dilaksanakan ketika seseorang salik berada di dalam khalwah, di samping mengamalkannya di luar khalwah, iaitu kepada salik yang telah mencapai al-muntahi. Maksud al-khalwah menurut beliau adalah “al-sirr seseorang hamba sentiasa berinteraksi dengan Allah SWT dalam suasana tiada sesiapa dalam kalangan makhluk yang mengetahuinya.” Walau bagaimanapun, menurut beliau maksud tersebut tidak mungkin tercapai kecuali menerusi pelaksanaan suatu proses pengasingan diri dan memutuskan segala hubungan dengan makhluk untuk seketika waktu, sebagai wasilah untuk mencapai maksud tersebut.

Imam Al-Ghazali menjelaskan secara terperinci bagaimana jalan ‘uzlah  harus dilakukan. Katanya:
“Seseorang shaikh atau guru itu mestilah menetapkan tempat bersuluk bagi seseorang muridnya, diajarkan cara berzikir (zikir yang ada martabat), misalnya dengan zikir menyebut Allah atau sebagainya. Seorang yang menjaga makan minum murid itu mestilah ditentukan. Makanan itu mestilah halal dan sekadar cukup keperluan murid itu sahaja. Murid itu mestilah terus berzikir sehingga hatinya tidak ingat yang lain kecuali Allah sahaja. Murid itu mestilah mengawasi semua waswas syaitan atau hatinya sendiri. Apa juga pengalaman yang didapati semasa berzikir itu mestilah murid itu memberitahu kepada mursyidnya dan tidak boleh diceritakan kepada orang lain. Semasa bersuluk itu berbagai-bagai adab dan syarat bersuluk mestilah dijaga dengan baik. Antara syarat yang penting ialah mesti sentiasa suci dari najis dan hadas, kurang bercakap kecuali perlu sangat, kurang makan dan minum dan sebagainya.”

Istilah khalwah yang difahami oleh Ibn Ata’illah adalah lebih khusus daripada istilah al-‘uzlah yang membawa makna tidak bergaul atau berurusan dengan masyarakat supaya telinga dan hati salik tidak menjadi bekas yang dipenuhi dengan pelbagai omong-omong kosong. Amalan khalwah yang dikehendaki beliau bukan sahaja tidak bergaul dan berurusan dengan masyarakat, bahkan termasuk ahli keluarga sendiri, di samping menempatkan diri dalam satu bilik khas. Beberapa syarat ketat lain dikenakan oleh beliau bagi setiap salik yang ingin mempraktikkan amalan berkenaan. Di antaranya selain daripada ber’uzlah ialah banyak berdiam diri, menyedikitkan makanan di samping berusaha supaya tidak banyak minum air.

Oleh itu, apabila salik sudah terbiasa dengan situasi ber’uzlah, mereka dianjurkan mempraktikkan amalan al-khalwah yang dimaksudkan. Semuanya itu adalah memandangkan kepada amalan tersebut memerlukan seseorang yang berjiwa tenang, merasa cergas, tidak lagi perlu latih tubi dan pemaksaan diri (mujahadah dan mukabadah) dalam mengingati Allah kerana kedua-dua sifat tersebut menghilangkan kejituan tumpuan ingatan hati hanya kepada Allah yang merupakan roh khalwah. Selain itu, sifat mujahadah dan mukabadah seharusnya wujud ketika seseorang sedang ber’uzlah sebelum melakukan khalwah. Kerana itulah, sekiranya salik yang sedang berkhalwah merasa terpaksa berjaga malam, berlapar, berdahaga dan seumpamanya, maka hendaklah dia keluar daripada khalwah dan kembali ber‘uzlah sebagaimana sebelumnya sehingga dia memenuhi semula pra-syarat yang ditentukan itu.

Apabila seseorang salik memasuki khalwah, dia hendaklah terlebih dahulu mandi, berpakaian bersih serta berniat ketika memasuki khalwah kerana semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sewaktu berada di dalam bilik khalwah, salik tidak boleh banyak melakukan pergerakan anggota kecuali kerana mengerjakan solat fardu lima waktu dan sunat rawatib sahaja. Setelah mendirikan solat tersebut, salik dikehendaki berzikir zikir Ism al-Dhat sahaja, dengan menyebutnya dalam hati bukan di lidah dalam keadaan telinga pula mendengar sebutan zikir tersebut. Zikir Ism al-Dhat dilaksanakan berterusan sehingga ke peringkat salik berkenaan terasa seolah-olah zikir yang diamalkan itu adalah muncul dari sirrnya yang menyebut Allah… Allah…Allah.

Sudah pasti kesan zikir dan mujahadah memerangi hawa nafsu sangat hebat pada jasmani dan rohani. Hati merasa sangat takut kepada  Allah  dan seluruh jasad menggeletar, berasa sejuk dan lemah. Bagaimanapun, rasa takut dan menggeletar itu tidak akan berterusan, bahkan akan hilang dan bertukar menjadi sebaliknya. Seluruh anggota menjadi lembut dan selesa, hati menjadi tenang. Fenomena ini ada disebutkan oleh Allah S.W.T. melalui firmanNya yang bermaksud:
“...Menggeletar seluruh anggota orang yang hatinya takutkan Tuhan mereka (Allah) ketika mendengar ayat al-Quran yang menyebut keagunganNya, kemudian seluruh anggota dan hati mereka menjadi lembut (selesa dan tenang) ketika mereka mengingati Allah.”    
                                                                                               (Surah al-Zumar, ayat: 23)

Ketika datang menemui Nabi s.a.w. buat kali pertama di Gua Hira’, Jibril a.s menyampaikan lima ayat sahaja dari surah al-‘Alaq iaitu ayat 1-5. Jibril a.s. mengajarkan amalan yang terkandung di dalamnya, khususnya ayat 1 dan 3 yang memerintahkan baginda s.a.w. membaca (menyebut dan mengingat) nama Tu- han Pencipta segala kejadian (Allah al-Khaliq) dan Tuhan yang Maha Pemurah (Allah al-Akram). Menurut Shaikh Ni’matullah al-Nakhjuwani, dalam kitab tafsirnya, Al-Fawatih al-Ghaibiyyah, Allah S.W.T. memerintahkan Nabi s.a.w. menyebut dan mengingati terus menerus nama dan sifat-sifat Allah yang Maha Agung ke tingkat bismillah (dengan nama Allah), Tuhan Maha Pencipta dan Maha Pemurah. Motif  utamanya ialah untuk memperkasakan iman, meneguhkan aspek kerohanian (al-basirah) sebagai persiapan memikul tugas yang amat rumit dan berat sebagai nabi dan rasul.

Nabi s.a.w. merasai pengalaman zahir dan batin yang luar biasa ketika ber‘uzlah, hatinya benar-benar takutkan Allah, seluruh tubuhnya menggeletar serta kesejukan. Baginda s.a.w. segera keluar dari Gua Hira’ kembali ke rumah. Sesampainya di rumah, baginda s.a.w. segera berbaring kerana rasa menggeletar dan lemah lalu diselimutkan oleh isterinya Khadijah r.a. Selepas sehari dua baharulah keadaan Nabi s.a.w. berubah, hatinya menjadi tenang, tubuh badannya menjadi stabil (sihat dan selesa), tidak menggeletar dan tidak lemah. Pengalaman baginda s.a.w. tersebut adalah persis seperti yang Allah  sebutkan dalam ayat 23 surah al-Zumar  yang telah disebutkan di atas.

Allah S.W.T. juga berfirman yang bermaksud:
“Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah, gementarlah hati mereka.”
                                                                                               (Surah al-Hajj, ayat: 35)

Oleh itu, mengingati Allah dengan erti kata sebenar ialah apabila terzahir dalam kesedaran diri seseorang rasa wujud Allah secara berkekalan, dan ingatan tersebut akan membuahkan perasaan takut kepada Allah kerana sedar tentang sifat KeagunganNya (Jalal) di samping timbul perasaan bermohon KeredaanNya sewaktu memandang KesempurnaanNya (Jamal).

Apabila hubungan antara ingatan fikiran dan emosi salik yang berzikir terjalin secara utuh dan teguh, ia juga turut mempengaruhi fizikal salik tersebut. Hal demikian telah dibayangkan oleh Allah dalam al-Quran sebagai menggeletar seluruh anggota orang-orang yang takut kepadaNya. Sifat menggeletar seluruh anggota tubuh dan begitu juga sifat lembut segala anggota adalah satu contoh yang disebut secara langsung dalam al-Quran untuk menunjukkan wujudnya hubungan antara fizikal, emosi dan ingatan fikiran dalam konteks mengingati Allah S.W.T. Semakin teguh ingatan kepada Allah, semakin tinggi peringkat zikir yang dicapai oleh seseorang salik.

Dari aspek lain, kepelbagaian peringkat zikir yang digambarkan berlaku dalam praktik amalan berkenaan adalah juga diistilahkan sebagai tajalli Allah terhadap hambaNya. Maksudnya Allah S.W.T. mengurniakan makrifah kepada hamba dengan cara mengurniakan kefahaman tentang sebahagian daripada makna Kesempurnaan, Kebesaran dan Keagungan Zat dan Sifat-sifatNya yang dapat disaksikan (musyahadah) oleh hamba-hambaNya ketika berada di satu-satu peringkat zikir tersebut.

Segala motif amalan zikrullah sebagai wasilah membersih hijab hati  akan dicapai dengan sebaik-baiknya peringkat demi peringkat apabila ada bimbingan shaikh mursyid. Mengamal- kannya tanpa bimbingan seorang shaikh yang tersebut bermakna syaitanlah menjadi pembimbingnya. Nabi s.a.w. dibimbing oleh Jibril a.s. sehingga tercapai seluruh motif jalan ‘uzlah. Para sahabat  pula dibimbing oleh Nabi s.a.w. sehingga mereka menjadi golongan ulul-albab. Adalah wajib mencari seorang shaikh mursyid untuk tujuan tersebut.       

Di samping itu, menerusi zikir dan mujahadah  yang berterusan dalam kehidupan harian, maka hilanglah kehendak hawa nafsu mempengaruhi  mereka sehingga Allah menyingkapkan hijab yang ada antaraNya dengan yang mencintaiNya. Ketika itu Allah menunjukkan sebahagian rahsia-rahsia hakikat kebenaranNya dan kasyafkan berbagai ilmu yang rahsia dan alam ghaib yang tinggi. Malah, seseorang itu tidak akan dapat makrifah dan bersih hatinya untuk musyhadah kepada Allah  yang dicintai kecuali dengan ber‘uzlah. Oleh yang demikian maka nyatalah salahnya sesiapa yang menghukum bahawa ber‘uzlah itu amalan palsu. Inilah yang dimaksudkan di dalam firman Allah S.W.T.  yang bermaksud:
“Adakah belum sampai lagi masanya bagi orang-orang yang beriman itu untuk mengkhusyukkan hati mereka dengan berzikrullah.”                  
                                                                                               (Surah al-Hadid, ayat: 16)

Allah S.W.T.  juga berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang bila disebutkan nama Allah gementarlah hati mereka.”
                                                                                               (Surah al-Anfal, ayat: 2)

Ber‘uzlah  ini diperintahkan Allah S.W.T. ke atas Nabi Musa a.s. sebagai persiapan baginda untuk mencapai kesempurnaan hati sebelum menerima wahyu Allah S.W.T. di bukit Tur Sina’ iaitu ber‘uzlah selama 40 hari  seperti firman Allah S.W.T:

 Maksudnya:
“Dan telah Kami janjikan kepada Musa memberikan Taurat, sesudah berlalu waktu 30 malam dan Kami sempurnakan jumlah malam itu dengan sepuluh (malam lagi) maka sempurnalah waktu yang ditentukan Tuhannya empat puluh malam.”                       
                                                                                               (Surah al - A’raf, ayat: 142)

Diriwayatkan Nabi Musa a.s. telah menyatakan kepada umatnya  Bani Israil, bahawa jika mereka berjaya menghancurkan musuh-musuh mereka, yakni Fir’aun dan pengikut-pengi- kutnya maka Allah  akan menurunkan kitab Taurat kepadanya. Setelah musuh kalah, maka Nabi Musa a.s memohon kepada Allah  supaya kitab Taurat yang dijanjikan diturunkan. Maka Allah memerintahkan Nabi Musa a.s. ber‘uzlah  di bukit Tur Sina’, Mesir selama 30 hari dengan berpuasa dan memperbanyakkan zikrullah untuk membersihkan hati baginda. Setelah cukup 30 hari, Nabi Musa a.s. merasa mulutnya berbau, maka digosokkan giginya dengan sepotong kayu ‘khurnub’ dan sebahagian ahli tafsir menyatakan bahawa Nabi Musa a.s. memakan daun ‘khurnub’  untuk menghilangkan bau mulutnya.

Maka Malaikat berkata kepadanya yang bermaksud: “Kami mencium bau kasturi dari mulutmu, lantas kamu hilangkan (rosakkan) dengan menggosok gigi.”

Sesudah itu Allah S.W.T. memerintahkan Nabi Musa a.s. supaya berpuasa lagi selama 10 hari dan berfirman yang bermaksud:
“Tidak tahukah kamu, wahai Musa bahawa bau mulut orang berpuasa itu di sisi Ku lebih wangi dari bau kasturi.”

Nabi Musa a.s. berpuasa dan melaksanakan amalan bersuluk  pada bulan Zulkaedah selama sebulan dan ditambah 10 hari pada bulan Zulhijjah.
Hadis riwayat Imam Bukhari yang bermaksud:
“Bahawa Nabi s.a.w. adalah ber‘uzlah pada sepuluh terakhir dari  bulan Ramadan sehingga Allah mewafatkan baginda, kemudian para isteri baginda  juga ber‘uzlah selepas itu (selepas kewafatan baginda).”

Masa yang paling sempurna dan paling baik bagi sesiapa yang mahukan berjalan di jalan Allah dan ber‘uzlah itu ialah selama 40 hari, kerana masa tersebut adalah merangkumi semua masa yang disebutkan di atas itu. Tambahan pula Nabi s.a.w. pernah yang bermaksud:
“Barangsiapa (beramal) dengan ikhlas kerana Allah S.W.T. selama 40 hari, nescaya terpancarlah sumber-sumber hikmah dari hati ke lidahnya.”

Nabi s.a.w.  juga  bersabda yang bermaksud: 
“Sesungguhnya seseorang dari kamu itu dikumpulkan kejadiannya dalam perut (rahim) ibunya selama empat puluh hari sebagai nuthfah (air mani). Lalu dalam masa empat puluh hari berikutnya berubah menjadi alaqah (segumpal darah). Kemudian setelah empat puluh hari berikutnya berubah menjadi mudhghah (segumpal daging). Kemudian Allah mengutuskan seorang Malaikat yang diperintahkan untuk  meniupkan roh kepadanya, seraya menuliskan empat perkara iaitu menetapkan rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan ketentuan apakah ia tergolong orang yang celaka ataukah orang berbahagia”                
                                                                                                (HR Imam Ahmad)

Tarbiyah akidah menerusi berzikir dan mujahadah (ber‘uzlah) untuk mengekang segala kehendak hawa nafsu terpaksa menempuh jalan yang amat sukar, membahayakan, banyak sim- pang dan liku-likunya yang mana pasti menyulitkan dan menyusahkan serta memerlukan pimpinan pembimbing rohani atau shaikh mursyid. Kebiasaannya amalan ini dilaksanakan sekitar 7  hari, kemudian 21 hari dan 40 hari khususnya untuk mendidik dan mengasuh para murid/salik berzikir dan mujahadah dengan bersungguh-sungguh untuk  membaiki penyakit-penyakit hati,  dan zahir dan batin orang yang ber‘uzlah itu benar-benar mengadap Allah semata-mata. Oleh itu, sesetengah aliran tarekat mengambil hadis di atas sebagai alasan kukuh untuk menjadikan sandaran  bersuluk 40 hari. Namun sebenarnya jika dikaitkan de- ngan sains penerangannya begini, mula-mula kita ambil dahulu ber‘uzlah yang dilakukan 21 hari. Sesuatu amalan baik yang dilakukan selama 21 hari berturut-turut akan kekal menjadi satu sikap atau kebiasaan.

Kenapa 21 hari? Jawapannya, dalam tempoh 21 hari neuro connection dan neuro pathway akan menjadi satu jaringan di otak serta membentuk satu sikap. Saraf otak mengambil masa paling minimum 21 hari untuk membentuk laluan kecil yang menjadikan sesuatu perbuatan sebagai tabiat rutin. Jika   berzikir dan mujahadah memerangi nafsu yang kita lakukan  di dalam tempoh 21 hari itu, maka otak telah membina jaringan yang menjadi sikap, iaitu berzikir terus menerus dengan hati yang hadir dan khusyuk.

Dari 21 hari ber‘uzlah dilanjutkan menjadi 40 hari untuk menjadi kesan yang lebih baik. Amalan 21 hari bersuluk sekadar menjadi sikap tapi belum menjadi darah daging. Apabila  hen- dakkan  berzikir itu menjadi darah daging, maka kena lakukannya selama 40 hari.

Alasan cukup baik, iaitu sesuatu amalan  baik yang diamalkan selama 40 hari maka ia akan menjadi setitis darah. Ia menjadi darah yang dilatih menjadi taqwa iaitu bersih dari gang- guan syaitan atau iblis, mampu mengendalikan nafsu,  berterusan berzikrullah dan sentiasa mengadap Allah  serta berpaling dari yang lain dariNya.

Kemudian dari ber‘uzlah 40 hari tadi dilanjutkan pula menjadi 120 hari yang bersamaan dengan jangka hayat sel darah. Selama 120 hari itulah darah yang telah diisi dengan berzikir dan mujahadah akan beredar ke seluruh badan menjadi darah daging hingga ia sebati. Maka selama 120 hari pula kita akan hidup dengan berzikir dan bertaqwa yang lebih baik kesannya daripada ber‘uzlah yang dilakukan sepanjang 40 hari yang telah lalu. Oleh itu,  mujahadah ini didorong oleh kehendak dan cita-cita untuk mendapat makrifah dengan terbukanya hijab hati dan dapat musyahadah terhadap keagungan dan kesempurnaan Allah  ketika di dunia ini.

Pelaksanaan Zikir  Ism  al-Dhat  menurut Imam al-Ghazali

Menurut keterangan al-Ghazali bahawa berzikir menyebut nama Allah dalam hati boleh berlaku dalam tiga keadaan. Pertama, menyebut lafaz Allah dalam keadaan memaksa (takalluf) atau melatih diri supaya menyebutnya di lidah berserta dengan sebutan hati secara berulang-ulang. Beliau juga menganjurkan sebutan lafaz Allah dengan hati tanpa dibantu oleh sebutan di lidah.

Merujuk proses pelaksanaan zikir tersebut, beliau mengulas bahawa seseorang murid perlu sentiasa mengekalkan sebutan zikir Allah..Allah..Allah  dengan lidah dan hati hingga ke peringkat pergerakan lidah tidak aktif untuk menyebut lafaz zikir tersebut. Walau bagaimanapun, salik ketika itu akan masih terasa seoalah-olah kalimah Allah disebut-sebut tanpa bergantung sepenuhnya kepada pergerakan lidah. Al-Ghazali menyarankan supaya seseorang murid itu berterusan berzikir dalam keadaan demikian hingga pergerakan lidah benar-benar tidak aktif serta tidak lagi terasa pada lisan sebutan kalimah Allah ketika itu. Pada peringkat tersebut, zikir Ism al-Dhat secara sepenuhnya disebut dalam hati.

Peringkat peralihan daripada zikir lisan kepada zikrul-Qalb, al-Ghazali menggambarkan seseorang salik di peringkat ini, sebutan Allah di lidahnya terhenti dengan sendiri apabila hati mula mempunyai kekuatan menyebut kalimah tersebut. Namun begitu, sewaktu tumpuan ingatan salik tumpul ketika menyebut zikir tersebut dalam hati, lidah kembali aktif  bergerak-gerak menyebut lafaz Allah bagi membantu hati menguatkan semula tumpuan ingatan kepada Allah. Keadaan sedemikian akan berterusan berlaku berulang-ulang sehingga salik tersebut benar-benar mencapai peringkat zikrul-Qalb (hati sudah pun sebati dengan sebutan zikir tersebut).

Zikrul-Qalb pula merupakan satu peringkat yang perlu dila- lui oleh salik dan dilaksanakannya secara berkekalan. Zikir Allah.. Allah..Allah disebut dengan hati seolah-olah kedengaran lafaz sebutannya di telinga serta tergambar dalam pandangan batin huruf  kalimah (Allah) mulia tersebut. Keadaan demikian seharusnya berterusan sehingga lenyap lafaz sebutan dan huruf kalimah daripada hati. Apabila seseorang salik mencapai tahap tersebut ingatan hatinya akan hanya tertumpu kepada makna lafaz kalimah Allah, iaitu Zat Tuhan Maha Esa.

Berdasarkan pengamatan beliau, petanda ingatan hati berkekalan dalam keadaan menghadirkan makna kalimah itu ialah apabila tidak ada lagi dalam hati segala lintasan fikiran dan ingatan selain daripada Allah S.W.T. Selagi wujud sedikit ingatan atau lintasan kepada pekara lain seperti hal-hal yang telah berlaku kepada diri, orang lain atau urusan kehidupan dunia walaupun sejenak, ingatan hati ketika itu masih lagi dianggap lalai terhadap Allah dan ia masih dikira satu kekurangan.

Peringkat ini merupakan satu peringkat kritikal bagi salik kerana ia memerlukan satu penumpuan ingatan yang terfokus hanya kepada Allah sahaja. Hal ini bermakna, selagi ada lintasan waswas dalam hati datang sama ada dari pihak syaitan atau nafsu sendiri, maka proses zikir akan terbantut kerana ia membuka ruang berfikir tentang perkara-perkara yang menghilangkan tumpuan ingatan terhadap Allah.  Mempraktikkan zikir Ism al-Dhat sangat sukar kecuali melalui proses khalwah serta melakukan latih tubi secara terus menerus yang mungkin mengambil tempoh masa yang panjang

Ketiga-tiga keadaan zikir tersebut masih lagi dianggap oleh al-Ghazali sebagai kulit luar (qishr) yang boleh menyampaikan seseorang kepada inti sari zikir sebenar (al-lubb). Tahap zikir di peringkat keempat yang digambarkan oleh al-Ghazali adalah sebagai al-fana’ (darjat ihsan) yang merupakan inti sari zikir sebenar yang menjadi matlamat bagi zikir lisan dan zikir hati, iaitu penyaksian hamba terhadap keagungan serta kesempurnaan Allah (shuhud) dan merasai kehadiranNya dalam semua keadaan sekalipun berada di tengah-tengah urusan duniawi yang diharus kan. Salik di peringkat ini tidak lagi menyebut lafaz Allah dengan lidah mahupun hati, bahkan penumpuan murid terhadap hati turut lenyap kerana ketika itu tumpuan ingatan hati adalah hanya kepada Allah semata-mata secara menyeluruh (al-istigh- raq). Malah rasa kasih terhadap urusan duniawi pada hakikatnya merupakan satu pentajalian (tajalli) kesempurnaan Allah yang tersirat disebaliknya, bukan pula kerana urusan itu.

Di samping itu, beliau berpandangan zikir di peringkat empat merupakan kemuncak zikir yang berada dalam kemampuan usaha dan iktiar seseorang  murid. Usaha dan ikhtiar yang di- maksudkan di peringkat tersebut ialah seseorang murid mampu berusaha mengekalkan tumpuan ingatan hanya kepada Allah sebagaimana dia mempunyai kemampuan menolak sedaya mungkin sebarang bentuk lintasan dalam hati yang mengganggu kejituan terhadap ingatan terhadap Allah S.W.T. Urusan seterusnya adalah diserah serta dipulangkan kepada Allah untuk melimpahkan pelbagai rahmat dan kurnia kepada salik tersebut.

Kesimpulannya, sebutan zikir dalam konteks ini adalah berbeza dengan ingatan kepada makna lafaz zikir yang disebut. Oleh itu, selagi tumpuan hati salik kepada Allah ketika berzikir masih tumpul atau dengan lain perkataan, masih banyak lintasan ingatan kepada perkara-perkara lain, maka selama itu juga dia kekal berada di peringkat zikir dalam erti kata menyebut serta mengulang-ulang lafaz zikir Ism al-Dhat. Namun, setelah tumpuan ingatan kepada Allah menjadi kuat sehingga semua pemerhatian serta pemusatan ingatan dan pancaindera tertumpu kepada makna lafaz Allah semata-mata dan tidak lagi kepada sebutan lafaz, ketika itu salik berkenaan mula dikatakan melangkah ke peringkat muraqabah atau peringkat keempat yang dimaksudkan oleh al-Ghazali.

Ibn Khaldun menegaskan tentang kesempurnaan mujahadah yang dicapai seseorang salik itu mestilah sampai kepada maqam fana’ fillah dan baqa’ billah, iaitu ia akan menghadapi pengalaman rohani yang merupakan dhawqiyyah atau rasa rohani yang tidak dapat diceritakan atau dituliskan dalam kitab. Perkara-perkara dhawqiyyah tersebut hanya dapat diketahui oleh shaikh mursyid yang biasa mengalaminya. Oleh itu  apabila salik mendapat pimpinannya tentulah ia akan dapat mengetahui dan membezakan berbagai-bagai hakikat dhawqiyyah yang telah dilaluinya itu. Tanpa pimpinan shaikh mursyid, menurut  Ibn Khaldun amalan mujahadah salik itu akan menjadi sia-sia, baik di peringkat permulaannya mahupun di peringkat akhirnya.

Contoh orang yang telah sempurna ber‘uzlah adalah seperti Imam Al-Ghazali. Ini dapat kita ketahui dari perkataan yang diucapkan oleh beliau sendiri. Beliau, antara lain menyebutkan:
“Aku meninggalkan Baghdad menuju ke Naisabur pada bulan Zulkaedah tahun 488 Hijrah. Ini bermakna aku telah berkhalwah (ber‘uzlah) sebelas tahun lamanya.”

Imam Al-Ghazali pergi ke Naisabur kerana diperintahkan oleh wazir dari Dinasti Saljuq yang berkuasa pada masa itu iaitu Nazzam al-Malik, supaya beliau membasmikan satu  penyelewe- ngan ajaran agama yang sedang berlaku di sana. Beliau merasakan setelah berkhalwah  selama sebelas tahun itu barulah dirinya layak dan sesuai menjalankan tugas dakwah.

Didasarkan kepada pengalaman berkhalwahnya (selama 11 tahun) itu, maka Imam Al-Ghazali menyimpulkan bahawa kesempurnaan hati/akidah tidak dapat dicapai menerusi pemahaman ilmu Kalam  dan teori Tauhid Wahabi. Kata beliau:
“Maka makrifah (kenal) kepada Allah S.W.T.,  sifat-sifatNya, perbuatanNya dan semua yang kami nyatakan dalam topik ‘Ilm Mukhasafah (terdahulu) tidak mungkin boleh dicapai oleh seseorang menerusi (mempelajari) ilmu Kalam. Bahkan kemungkinan besar ilmu Kalam tersebut menjadi penghalang utama yang menghijabkan seseorang daripada mengenal Allah S.W.T. Sebaliknya, cara sebenar (untuk mengenal Allah) ialah melalui amalan mujahadah (bersungguh-sungguh berzikrullah) yang telah dijadikan Allah S.W.T. sebagai permulaan bagi hidayatNya.” 

Sebab itu tokoh ulama khalaf yang terkenal, Imam Shafi’i yang pernah ditarbiyahkan dengan jalan khalwah  ini menyebutkan:
“Sesiapa yang mahu Allah S.W.T. bukakan pintu hatinya (kesempurnaan hati)  dan diberi ilmu (secara laduni atau dhawqi) maka wajiblah ia berkhalwah dan menyedikitkan makanan dan tidak bercampur dengan orang bodoh dan setengah orang alim yang tidak ada keinsafan serta tidak ada adab (menafikan tarbiyah ilmu dan amalan zikrullah/tarekat Tasawuf).”

Berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah dihuraikan di atas, maka amat jelas  bahawa riadah atau latihan kerohanian (berzikir dan mujahadah) adalah merupakan amalan biasa yang menyeluruh dalam kalangan generasi umat Islam di zaman yang awal. Mereka memahami bahawa kesempurnaan hati/akidah atau makrifah (kenal) terhadap sifat-sifat Allah dan af’alNya  tidak dapat dicapai dengan jalan mendengar dan ta’lim (belajar), malah ianya menjadi hijab pada hati tanpa disedari. Golongan inilah yang disifatkan oleh Imam Shafi’i sebagai golongan yang bodoh dan tidak mempunyai keinsafan kerana  mengabaikan jalan ‘uzlah  walaupun pada zahirnya mereka berilmu (ulama Fuqaha).

13. Pendidikan   Moden  Berasrama  Penuh  Selaras  Dengan  Amalan Ber‘uzlah

Nabi s.a.w. ber‘uzlah di gua Hira’ selama 36 bulan sehinggalah datangnya wahyu seperti yang diriwayatkan di dalam kitab Sahih al-Bukhari. Amalan tersebut juga diasaskan kepada ber- suluk empat puluh hari empat puluh malam yang dilakukan oleh  Nabi Musa di bukit Tur Sina’, seperti yang disebutkan kisahnya di dalam al-Quran. Al-Quran bukan sekadar  menceritakan perkara menarik yang berlaku dalam kalangan umat yang terdahulu semata-mata, tetapi merupakan pengajaran untuk dijadikan pedoman hidup kaum Muslim di sepanjang zaman. Tiada gunanya disibukkan diri dengan berceramah atau membaca berulang-ulang kali tentang sejarah ber‘uzlah Nabi s.a.w.  yang masyhur  itu tanpa mahu mengamalkan sunnah baginda (ber‘uzlah) itu. Amalan ‘uzlah Nabi s.a.w. di Gua Hira’ selama beberapa tahun yang dipimpin oleh mursyid baginda, Jibrail a.s. merupakan asas ilmu Akidah Islam dalam mentarbiyyah (akidah) para sahabat untuk mencapai kesempurnaan aspek rohani. Di zaman yang awal itu tidak ada kitab-kitab ilmu Kalam, teori Tauhid Wahabi, kitab-kitab Tasawuf, tafsir al-Quran, kitab-kitab Fiqah dan sebagainya yang digunakan baginda untuk menghuraikan proses penyucian jiwa (rohani, iaitu akidah) dalam bentuk teori atau matlumat.

Maka jadilah sejarah tarbiyah penyucian jiwa (ber‘uzlah Nabi s.a.w. di Gua Hira’) itu sekadar  tersebar sekitar teori, iaitu dalam bentuk lisan atau ia tidak lebih dari longgokan maklumat yang tidak membawa faedah malah lebih banyak mengkhayalkan dan menghiburkan sahaja. Malahan proses tarbiyah ini bukanlah seperti yang digambarkan oleh golongan ahli zahir terhadap golongan Tasawuf seolah-olah mereka (golongan Tasawuf) mengerjakan amalan ini di sepanjang  hayat  dan mengabaikan segala amal ibadat.

Jelas sekali menggambarkan kejahilan atau buta mata hati golongan ahli zahir  yang tidak dapat meneliti kepentingan dan keutamaan  amalan ber‘uzlah (Nabi s.a.w.)  ini sebagai asas ilmu Akidah Islam untuk penyucian jiwa setiap individu Muslim. Tarbiyah (berzikir dan mujahadah) inilah yang dilaksanakan oleh baginda ke atas para sahabat selama lebih sebelas tahun di kota Makkah untuk mencapai kesempurnaan akidah (darjat ihsan). Sebab itulah jalan mengenal dan membaiki segala penyakit-penyakit hati melalui amalan (ber‘uzlah) ini adalah fardu ‘ain bagi setiap Muslim. Oleh yang demikian, maka nyatalah salahnya sesiapa yang menghukum bahawa jalan  tarbiyah  ini merupakan amalan palsu. Mereka sentiasa membuat tuduhan liar dan memfitnah golongan yang ber‘uzlah ini sebagai sesat dan bid‘ah. Malah, golongan ahli zahir tidak menyedari bahawa tasawwur Akidah al-Quran (Islam) merupakan akidah yang bersifat fitrah (penyucian jiwa/roh). Al-Quran tidak memaparkan konsep tasawwur dalam akidah itu di atas asas falsafah atau mantiq ataupun dalam bentuk teori ketuhanan (ilmu Sifat 20 dan teori Tauhid Wahabi), kerana konsep seumpama itu adalah hasil ciptaan dan rekaan manusia.

Umat Islam perlu menerima hakikat bahawa Nabi s.a.w.  ber‘uzlah beberapa tahun di Jabal Nur merupakan  latihan amalan kerohanian (tarbiyah hati) menerusi berzikir mengingati Al- lah dan bermujahadah memerangi nafsu. Nafsu ini menjadi benteng teguh atau hijab di antara manusia dengan Tuhan Maha Pencipta. Menjadi penghalang kepada mereka untuk mengham- pirkan diri kepada hadrat (rahmat) Allah. Seterusnya, seseorang yang berzikir dan mujahadah itu lama kelamaan hijab hati orang itu akan dibukakan oleh Allah. Apabila hijab hati terbuka, maka hati bukan hanya hidup dan terjaga, tetapi pandangan mata hati (basirah) akan menjadi terang dan dapat musyahadah terhadap apa-apa yang Allah SWT kehendaki atau kurniakan kepadanya.

Begitulah sukarnya proses tarbiyah akidah yang dilaksanakan oleh Nabi s.a.w. di kota Makkah selama lebih sebelas tahun merupakan tarbiyah proses penyucian jiwa  para sahabat  bertujuan mencapai hakikat makrifatullah  semata-mata tanpa perintah mengerjakan segala amal ibadat. Para sahabat  menjelaskan kepada tabi’in tentang  jalan tarbiyah (akidah) yang dilaksana- kan oleh baginda itu dengan katanya:
“Kami pada zaman Rasulullah s.a.w., baginda s.a.w. mengajar kami iman, kemudian mengajar kami Al-Quran (hukum-hukum yang terdapat di dalam Al-Quran) maka bertambahlah iman  kami dan akan sampai suatu zaman di mana orang ramai mem- pelajari (hukum-hukum yang terdapat di dalam Al-Quran) tanpa mempelajari iman.”

Dari fakta-fakta yang diterangkan di atas, amat jelas menunjukkan  bahawa ber‘uzlah atau mengasingkan diri dalam tempoh tertentu  yang dilakukan oleh Imam Al-Ghazali dan golo- ngan Tasawuf adalah sama dengan sistem pendidikan berasrama penuh atau maahad tahfiz al-Quran masa kini. Pengasingan para pelajar  adalah untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada proses pembelajaran supaya ianya berjalan lancar dan sempurna, iaitu menjauhi gangguan dan kesibukan masyarakat luar  untuk tujuan  mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan atau menghafaz al-Quran. Begitulah tujuan utama jalan ‘uzlah adalah untuk menumpukan kepada latihan amalan kerohanian (berzikir dan mujahadah) bertujuan mendapat makrifah dengan terbukanya hijab hati dan dapat musyahadah terhadap keagu- ngan dan kesempurnaan Allah  ketika di dunia ini. Ini adalah kerana nafsu amarah manusia sangat menyuruh kepada kejahatan dan sukar untuk ditundukkan kecuali  dengan  adanya suatu pendorong  yang kuat (ber‘uzlah) bagi memecahkan runtunan nafsu dan menakutkannya. Ketika itu, barulah seseorang bersedia untuk akur kepada perintah Tuhannya. Ternyata jalan tarbiyah (ber‘uzlah) ini bukanlah bertujuan menjauhkan diri dari segala bentuk kehidupan harian atau mengabaikan semua amal ibadat. Malahan mereka tidak memisahkan diri dengan manusia dan duniawi.

Dengan itu dapatlah disimpulkan bahawa tempoh  Nabi s.a.w.  ber‘uzlah selama 36 bulan  di Jabal Nur merupakan suatu  jangkamasa  yang singkat dan mampu juga dilaksanakan oleh se- tiap individu Muslim  dewasa ini untuk mencapai hakikat makrifatullah (kesempurnaan akidah). Tempoh pembelajaran (asrama penuh) selama 5 tahun untuk menghadapi peperiksaan SPM  telah berjaya melahirkan para pelajar cemerlang dan kita semua mengkagumi kejayaan proses pembelajaran (mengasingkan diri) itu. Begitu juga Imam Al-Ghazali mengambil masa selama 3 tahun  ber‘uzlah di Masjid Umawiy, di kota Damsyik (Syam) dan selama 8 tahun di Baitul Maqdis menerusi  berzikir dan bermujahadah memerangi nafsu seharusnya menjadi perbandingan dan renungan kita tentang keutamaan amalan ‘uzlah itu sebagai suatu kewajipan (tarbiyah akidah) bagi setiap Muslim yang ingin sampai kepada  mengenal Allah hingga ke darjat ihsan  yang tanpanya mengenal Allah akan hanya terhasil di peringkat al‘abrar (para Mukmin) sahaja dan tidak mungkin mencapai tahap al-muqarrabin atau al-muhsinin (para Mukmin yang hampir dengan rahmat Allah).

Umumnya, umat Islam masa kini sedang menderita akibat rosak akidah (menafikan Akidah al-Quran, iaitu memperbanyakkan berzikir mengingati Allah). Tanpa ilmu dan amalan tarekat Tasawuf , hakikat penghayatan  kerohanian Islam tidak akan dapat dicapai dengan sebenar-benarnya. Akibat fenomena “kekeliruan berakidah” ini, mereka  tidak bersatu padu, berkrisis sesama sendiri dan mengalami pelbagai penyakit sosial. Dari segi keruntuhan akhlak, masyarakat Islam seolah-olah sama sahaja dengan masyarakat bukan Islam sebagaimana firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
“Katakanlah: Allahlah (yang menurunkannya)”, kemudian (sesudah kamu menyampaikan al-Quran kepada mereka), biarkanlah mereka bermain-main dalam kesesatannya.”
                                                                                               (Surah al-‘An’am, ayat: 91)

Manakala akibat lemah “ilmu fardu kifayah” umat Islam ketinggalan dalam bidang sains, teknologi, ekonomi, ketenteraan dan lain-lain lagi. Umat Islam tidak lagi menjadi khalifah di dunia tetapi menjadi “Pak turut” kepada dunia Barat. Pencerobohan Afghanistan dan Iraq misalnya, turut dsokong oleh negara-negara Islam yang tunduk kepada Amerika. Kenapa terjadi demikian? Sebab, umat Islam tidak ada kekuatan senjata, ekonomi, media dan sebagainya.

Hakikatnya, Akidah al-Quran yang sebenar dalam diri perlu diterjemahkan dalam sistem hidup yang sempurna yang menuntut pelaksanaan peraturan Allah sebagai cara hidup yang lengkap. Allah S.W.T. menjelaskan falsafah dan pelaksanaan sistem hidup Islam yang merangkumi bidang ekonomi, politik, pendidikan, sosial, perundangan dan sebagainya. Akhirnya terbentuklah tamadun rohani dan kemanusiaan (duniawi) yang bersepadu dalam masyarakat Islam di zaman yang awal itu hingga menjadi sebuah negara Islam hingga layaklah mereka menjadi payung kepada bangsa-bangsa lain di dunia selepas itu. Ketika umat Islam terus mara ke hadapan dengan pelbagai kemajuan dalam bidang ekonomi, ilmu, pendidikan, ketenteraan dan sosial, mereka (para sahabat, tabi’in dan al-salaf) terus menguatkan aspek rohaniah (amalan kerohanian Islam) dan memiliki sifat taqwa yang tinggi dan akhlak yang mulia. Dengan itu hati mereka tidak terpaut dengan kekayaan, kuasa dan kemasyhuran walaupun segala-galanya sudah berada di tangan mereka.

Salah faham berakidah yang serius sedang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam dewasa ini sehingga majoriti ummah mempunyai tasawwur yang salah terhadap Akidah Islam. Aki- batnya, berlaku kecenderungan majoriti umat Islam melihat Islam terhadap aspek Syariat Islam semata-mata dengan membelakangkan aspek akidah (amalan zikir mengingati Allah terus menerus), sedang berlaku secara berleluasa.

Oleh itu, salah faham berakidah ini mengakibatkan salah laku. Dan salah laku ini menyebabkan berlakunya kelemahan di kedua-dua aspek, iaitu aspek rohaniah dan kemanusiaan (duniawi). Dari segi rohaniah, umat Islam rosak akidah, berpecah belah, dilanda berbagai maslah sosial, jenayah, keruntuhan akhlak, kezaliman, rasuah dan sebagainya. Manakala dari segi material dan kemanusiaan pula, pencapaian umat Islam dalam bidang ekonomi, sains, teknologi, ketenteraan dan lain-lain masih jauh terbelakang.
         
14. Golongan Tasawuf  Tanpa Menjalani Proses  Ber‘uzlah

Inilah golongan majoriti pengikut Tasawuf  masa kini. Mereka tidak ditarbiyahkan menerusi berzikir dan mujahadah (ber- ‘uzlah). Sebaliknya, mereka hanya menumpukan kepada pema- haman atau hujah-hujah ilmu Tasawuf oleh para muallim (pe- ngajar/guru) di majlis bacaan kitab-kitab atau ceramah agama selepas solat fardu. Kitab-kitab karangan tokoh-tokoh tasawuf terkenal seperti Imam Al-Ghazali, Shaikh Abd Qadir al-Jailani, Ibn ‘Ata-illah dan sebaginya sentiasa menjadi tumpuan dan pemerhatian golongan ini di dalam hujah-hujah atau penghuraian  yang tiada penghujungnya.

Tanpa disedari  mereka bahawa ilmu Tasawuf  yang tertulis dalam kitab-kitab Tasawuf dikira tergolong ke dalam ilmu zahir, kerana ia boleh difahami dengan membaca dan mempelajari dari seseorang muallim (pengajar/guru). Oleh itu,  dapat kita simpulkan bahawa yang tergolong ke dalam aspek ilmu dan amalan batin/rohani ialah apa yang berkaitan dengan hakikat penghayatannya (amalan rohani) sahaja. Sebagai misal, Allah S.W.T. itu disebutkan dalam kitab-kitab Tauhid bersifat wujud, berkuasa, berkehendak, berilmu dan sebagainya. Semua maklumat tersebut adalah zahir sifatnya. Aspek rohaninya ialah bagaimana perasaan seseorang itu ketika ia benar-benar menghayati maklumat-maklumat tentang berbagai-bagai sifat Allah S.W.T. itu setelah hijab hati dibersihkan dan penyakit-penyakit  hati dapat dipulihkan menerusi amalan ber‘uzlah. Begitulah juga berbagai-bagai sifat-sifat mazmumah (tercela) dan sifat-sifat mahmudah (terpuji) yang dihuraikan dalam kitab-kitab Tasawuf   itu merupakan aspek zahir dari ilmu dan amalan batin/rohani. Aspek batin/rohaninya ialah rasa dalam penghayatannya yang sebenar iaitu sifat taqwa sebenar dan akhlak mulia yang dicetuskan dari dorongan sifat-sifat tersebut yang terhasil melalui berzikir dan mujahadah yang bersungguh-sungguh.   

Golongan ini terus khayal dan leka dengan pemahaman kepada diskusi-diskusi atau hujah-hujah ilmu Tasawuf  yang mendalam  yang diistilahkan sebagai mencapai makrifah kepada Allah S.W.T. Mereka seperti ‘wartawan Tasawuf’ atau ‘pengulas Tasawuf’ yang sarat dengan pemahaman hujah-hujah ilmu Tasawuf tetapi memiliki hati yang mati (kesesatan). Tanpa mereka sedari bahawa kebenaran hakiki dan jalan menuju keredaan Allah bukan sekadar maklumat atau pengetahuan tentangnya dalam bentuk teori, iaitu sekadar membuka dan menutup kitab-kitab Tasawuf yang hanya membentuk pengetahuan yang  berlegar-legar di kepala dalam bentuk pemikiran semata-mata, iaitu gagal mencapai khusyuk hati terhadap Allah. Kejahilan ini menyebabkan ilmu dan amalan terekat Tasawuf  gagal difahami dengan sebenar-benarnya dan  hakikat penghayatan  kerohanian Islam tidak akan dapat dicapai dengan sebaik-baiknya.

Para muallim (guru/pengajar) mazhab ini ibarat doktor yang mengajar tentang penyakit kencing manis kepada pesakit tetapi mereka sendiri tidak mengetahui bagaimana cara merawat penyakit itu. Mereka merupakan golongan pengkagum kepada hujah-hujah ilmu Tasawuf  yang tiada noktah  tanpa menyedarinya padanannya iaitu alam rohaniah yang tidak mampu dilihat atau dicerap oleh akal. Mereka mempersulitkan diri dengan berusaha mentafsir dan menghuraikan ilmu Tasawuf  dengan hujah-hujah yang mendalam seolah-olah keyakinan akal yang dipupuk itu sudah cukup untuk mereka sampai kepada makrifah (mengenal) Allah (tanpa berzikir dan mujahadah, iaitu mengabaikan dan menafikan amalan ‘uzlah). Sebab itulah  kebanyakan umat Islam dewasa kini tidak dapat memahami dan mengamalkan ilmu dan amalan tarekat Tasawuf yang sebenar-sebenarnya. Oleh itu, kerana kejahilan mereka itulah mereka menganggap diri mereka itu sebagai ahli Tasawuf  yang sebenar-benarnya.

Imam Malik bin Anas berkata:
“Penganut bid’ah ialah orang-orang yang membicarakan masalah nama-nama Allah, sifat-sifat Allah, kalam Allah, ilmu Allah dan qudrah Allah. Mereka tidak mahu bersikap diam (tidak memperdebatkan) hal-hal berkaitan sebagaimana para sahabat dan tabi’in yang tidak membicarakannya.”

Shaikh Abd Wahab al-Sya'rani (w. 973 H.) seorang tokoh tasawuf yang terkenal menjelaskan tentang kegagalan jalan tarbiyah akidah yang mengabaikan jalan ‘uzlah. Kata beliau:
"Tidaklah memadai tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf ini sekadar mendengar kisah-kisah dan pengalaman tokoh-tokoh tasawuf tanpa dia sendiri melalui (merasai) makam-makam kerohanian (darjat hati). Dengan menceritakan kisah-kisah atau ungkapan kerohanian yang luar biasa tokoh-tokoh tersebut seolah-olah mereka sendiri mengalaminya. Ini merupakan pengkhianatan dan kemunafikan di dalam tarbiyah ilmu dan amalan tarekat Tasawuf. Kemudian dia akan menghafal, misalnya 'Risalah al-Qusyairi' atau beberapa pengetahuan tokoh-tokoh Tasawuf iaitu sekadar memiliki ilmu yang dihujahkan (berteori). Mereka ini hanya penghafal ilmu bukan ditarbiyahkan dengan jalan bermujahadah (memerangi nafsu)."

15. Ajaran Sesat

Apabila isu ajaran sesat kerap kali dihebohkan di media masa, maka perkara utama yang sentiasa terlintas pada pemikiran orang ramai adalah berkaitan dengan kumpulan/pengikut  ajaran ilmu sesat  yang dikaitkan dengan ilmu dan amalan tarekat Tasawuf. Isu ajaran (sesat)  inilah yang sentiasa bermain pada pemikiran umat Islam apabila dibicarakan ilmu dan amalan tarekat Tasawuf. Oleh itu, segelintir  ajaran sesat  yang muncul dalam masyarakat Islam masa kini di bawah nama tarekat Tasawuf  itu bukanlah menjadi alasan kita untuk terus menolak amalan ini kerana Akidah al-Quran secara jelas dan terang telah menggambarkan suatu kewajipan setiap individu Muslim melaksanakan amalan zikir yang terus menerus dan mujahadah sebagai proses pemurnian jiwa dan pembentukan akhlak mulia.

Hakikatnya, ajaran sesat itu  bukanlah menggambarkan   aliran tarekat Tasawuf yang muktabar kerana ilmu dan amalan (tarekat Tasawuf) ini merupakan jalan mujahadah dari aspek pencapaian kesempurnaan hati melalui berbagai-bagai halangan dan mengharungi berbagai-bagai tingkatan di jalan Allah itu untuk mencapai sifat taqwa dan akhlak yang mulia.

Adalah tidak wajar apabila disebut   ilmu dan amalan  tare- kat Tasawuf (zikrullah), kita terus mengaitkan amalan ini dengan ajaran ‘Guru Yahya’, ajaran ‘Ayah Pin’, ajaran ‘Rasul Me- layu’, ajaran kalimat sakti, ajaran budi suci, golongan anti hadis dan pelbagai aliran atau fahaman ataupun kumpulan yang menyeleweng dari syariat yang dilabelkan dengan nama tarekat Tasawuf.  Tegasnya, tanpa ilmu dan amalan zikrullah (tarekat Tasawuf) seseorang Muslim itu hanya mampu beriman kepada Allah secara ikut-ikutan sahaja dan hakikat penghayatan  kerohanian Islam tidak akan dapat dicapai dengan sebenar-benarnya.

Golongan ini sentiasa  mengabaikan kewajipan mengerjakan segala amal ibadat. Mereka berbangga dengan  hujah-hujah ilmu Tasawuf yang lebih dikenali dengan  ilmu hakikat atau makrifah. Golongan ini  terus terjerumus ke dalam medan perdebatan dengan pelbagai hujah-hujah yang mendalam atau ungkapan kerohanian yang luar biasa yang diucapkan oleh tokoh-tokoh Tasawuf  Islam. Mereka menumpukan kepada  simbol-simbol atau isyarat-isyarat kepada hakikat tersembunyi. Mereka berpegang kepada maksud batin/rohani yang disandarkan dari makna-makna zahir al-Quran dan hadis-hadis Nabi  s.a.w. Makna-makna itu tidak diketahui oleh orang-orang awam secara nyata dan di sisi orang berakal merupakan simbol-simbol atau isyarat-isyarat kepada hakikat tersembunyi. Orang-orang yang tidak menggunakan akal untuk mengetahui  rahsia-rahsia, batin-batin dan makna-makna yang dalam dianggap berada di bawah belenggu taklif-taklif syarak. Sebaliknya, bagi sesiapa yang meningkat pengetahuannya kepada ilmu batin maka gugurlah taklif ke atasnya dan bolehlah mereka beristirehat dari bebanan-bebanan mengerjakan amal ibadat. Mereka juga memusatkan perhatian kepada pelbagai masalah dan menyelami pendapat-pendapat yang aneh kerana jiwa manusia sentiasa cenderung kepada perkara yang pelik-pelik.

Isu pengabaian atau kekeliruan terhadap dua aspek utama agama iaitu Syariat dan Akidah Islam (berzikir kepada Allah)  telah dijelaskan oleh tokoh Islam yang terkenal di kurun kedua Hijrah, Imam Malik bin Anas. Beliau telah menegaskan perkara ini dengan berkata;
“Sesiapa yang beramal ibadat tanpa bertasawuf  (tanpa berzikir kepada Allah),  sesungguhnya ia telah menjadi fasik dan sesiapa bertasawuf (berzikir kepada Allah) tanpa beramal ibadat, sesungguhnya ia telah menjadi zindiq (penyeleweng agama) dan sesiapa yang  telah menggabungkan antara tasawuf (berzikir kepada Allah) dan amal ibadat sesungguhnya ia telah mencapai hakikat (kebenaran).”

Hujjatul Islam dan Hujjatul Tasawuf yang terkenal, Imam al-Ghazali menjelaskan tentang penyimpangan golongan yang mengabaikan syariat Allah  dan sunnah Nabi s.a.w. dengan katanya;
“Ketahuilah bahawa penempuh jalan Allah S.W.T. sangat sedikit jumlahnya, tetapi yang mengakuinya adalah banyak sekali. Kami akan memperkenalkan dua tanda kepada anda. Pertama, semua tindakan ikhtiarnya ditimbang dengan timbangan syarak. Sebab tidak mungkin yang menempuh jalan ini kecuali setelah mempraktikkan apa yang disyariatkan. Tidak sampai ke tahap itu kecuali  orang yang mengajarkan sejumlah amalan sunnah. Kerana itu, bagaimana mungkin akan sampai ke peringkat tersebut bagi orang yang mengabaikan amalan-amalan fardu.”

Shaikh Abdul Wahab al-Sya’rani menegaskan tentang ilmu Tasawuf yang diasaskan di dalam batas-batas Syariat Islam  dengan katanya:
“Orang yang mengelokkan pengamalannya akan tahu bahawa tidak ada satu pun ilmu dan amalan tarekat Tasawuf yang terkeluar dari batas-batas syariat. Bagaimana boleh terkeluar, sedangkan syariat itu sendiri merupakan anak tangga bagi mereka untuk menuju ke hadrat Allah S.W.T.”

Seorang tokoh Tasawuf yang terkenal, Shaikh Sahl al-Tausari menjelaskan tentang prinsip ilmu tasawuf dengan berkata:
“Prinsip jalan kami ada tujuh, iaitu berpegang  pada al-Quran, mengikuti Rasul, memakan yang halal, mencegah yang menyakitkan, menghindari kemaksiatan, selalu bertaubat dan menyampaikan hak.”   

Selain dari mengabaikan Syariat Islam atau ingkar mengerjakan amal ibadat, golongan ini juga mempertikaikan kedudukan al-Quran dan hadis Nabi s.a.w., menghina peribadi Nabi s.a.w.  dan sebagainya. Sesetengah ajaran sesat itu juga mendakwa bahawa amalan  mereka itu di ambil terus dari Nabi s.a.w. Dalam amalan dan pelaksanaannya, kebiasaannya pemimpin ajaran itu biasanya menokok tambah bentuk amalan berzikir dan bersuluk yang diasaskan dari tarekat Tasawuf  yang mu’tabar (boleh diterima pakai). Ada juga setengah-tengah kumpulan itu berzikir di bilik khas dalam keadaan bercampur antara lelaki dan perem- puan yang  bukan muhrim dan sebagainya, tanpa mereka memahami bahawa inti pati  dalam tarbiyah amalan (tarekat Tasawuf) ini adalah bermujahadah memerangi nafsu sebagai satu instrumen penting untuk  mencapai sifat taqwa dan kemuliaan akhlak.

Pada peringkat awal ini juga, para pengikut dijanjikan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan, seperti dijamin masuk syurga, diampunkan dosa dengan cara menebusnya melalui bayaran tertentu, terselamat dari soal jawab di dalam kubur dan sebagainya. Mereka berselindung dengan menggunakan nama tarekat Tasawuf yang masyhur seperti tarekat Nasyabandiyyah, tarekat Sammaniyyah, tarekat Ahmadiyyah, tarekat Shadhiliyyah, tarekat ‘Alawiyyah, tarekat Qadiriyyah, tarekat Tijaniyyah dan sebagainya. Guru tersebut memainkan peranan untuk memesongkan pemikiran para pengikutnya sehingga menafikan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan atau melakukan ibadat itu dengan hanya dengan niat, menafikan kewajipan mendirikan solat fardu, menafikan kewajipan berzakat atau zakat memadai dengan mengeluarkan zakat kepada ketua atau guru, tidak perlu mengerjakan ibadat haji di kota Makkah atau cukup sekadar dengan membayar sejumlah wang yang tertentu kepada guru sebagai  ganti, dan boleh mengerjakan ibadat haji di tempat lain selain kota Makkah. Kebiasaannya pengikut ajaran sesat ini tidak berpandukan kepada kitab-kitab Tasawuf yang dikarang oleh tokoh-tokohnya yang terkenal seperti Shaikh al-Junaid, Shaikh Abd. Qadir al-Jilani, Imam Al-Ghazali, Ibn Arabi, Ibn Khaldun dan sebagainya. Mereka menghayati ilmu ini hanya sekadar berpegang kepada ‘kata tok guru’, ‘kata ustaz’, dan sebagainya atau yang didengar dari seorang ke seorang, bukannya dirujuk atau dibaca dalam kitab-kitab yang mu’tabar, lantas berlakulah  pelbagai salah faham dan penyelewengan  dalam hal ini.

Kita harus menerima hakikat bahawa apa jua bidang ilmu dan amalan Islam masa kini telah dicemari dengan pelbagai kesalahan atau penyelewengan. Tidak adil masyarakat mengait- kan ajaran sesat dengan amalan tarekat Tasawuf semata-mata. Penyelewengan besar juga berlaku dalam  aspek akidah tanpa disedari oleh umat Islam dewasa ini (fenomena ‘kekeliruan berakidah’) sehingga munculnya pelbagai mazhab akidah ahli zahir yang  diasaskan menerusi hujah-hujah dan debat yang tercela  (ilmu Kalam dan teori Tauhid Wahabi). Golongan ini menafikan Akidah al-Quran (amalan zikir mengingati Allah)  yang menyampaikan seseorang kepada mengenal Allah (tonggak utama dalam Akidah Islam) dengan berpegang kepada ilmu Akidah reka cipta itu. Penyelewengan juga berlaku dalam ilmu Hadis sehingga adanya hadis maudu’ dan kumpulan anti-Hadis. Begitu juga dalam ilmu tafsir yang mana adanya tafsir Israiliyyat, penyelewengan tafsir dari kaedah bahasa Arab, tafsir mengikut nafsu sendiri atau pengampu pemerintah. Aliran-aliran fikrah Islam tidak terkecuali dari perpecahan disebabkan penyelewengan dalam pentafsiran jihad dan dakwah.

Oleh kerana yang menyuarakan isu ini adalah para ulama dan  ilmuwan ahli zahir yang menjadi pegawai agama, pendidik,  pendakwah dan sebagainya,  maka ini merupakan peluang yang sebaik-baiknya bagi mereka untuk terus memfitnah dan menakutkan orang ramai supaya menjauhi ilmu dan amalan tarekat Tasawuf. Seharusnya  para ulama atau pegawai agama itu perlu mengeluarkan suatu garis panduan yang  jelas bagi menyelaraskan aktiviti ilmu dan amalan  (tarekat Tasawuf)   ini memandangkan amalan zikrullah merupakan amalan yang disyarakkan Islam (termaktub dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w.) sebagai satu instrumen penting dalam mencapai makrifah Allah, dan bukannya terus menerus memfitnah dan menakutkan orang ramai supaya menjauhi amalan ini. Malahan, golongan ulama ahli zahir itu disifatkan oleh Imam Al-Ghazali sebagai ‘ulama kaku’, mereka kehilangan unsur penting dalam dirinya iaitu ‘unsur kerohanian yang ghaib’ menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami rahsia di sebalik ilmu dan amalan tarekat Tasa- wuf.

Tanpa mereka (golongan ahli zahir)  sedari bahawa praktik amalan tarekat Tasawuf merupakan himpunan pelbagai ijtihad yang dilakukan oleh para tokoh Tasawuf dahulu dan kini berpandukan metode pengambilan hukum yang diiktiraf oleh Syarak. Pelbagai adab yang diketengahkan oleh tokoh Tasawuf  merupakan satu proses untuk mencapai salah satu tuntutan  Syarak, iaitu memperbanyakkan berzikir mengingati Allah dengan erti kata sebenar. Sejajar dengan itu, mereka berijtihad membentuk beberapa adab tertentu dan aturan amalan dalam praktik amalan zikir bagi memastikan matlamat Syarak (khusyuk hati terhadap Allah) terhasil. Oleh demikian, semua adab yang terdapat dalam amalan yang terhasil dari ijtihad mereka adalah merupakan amalan ibadat yang disyarakkan sebagaimana pelbagai amalan iba- dat lain yang disyarakkan menerusi ijtihad para ulama.


4 comments:

mann said...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh...... izinkan saya print ilmu yg cukup berharga ini... Semoga Allah merahmati dan redha terhadap saudara dan keluarga di dunia dan di akhirat.... Aamiin

ars said...

rujukan mana satu yaaa

opalinejackyll said...

How to make money with poker? - Work-to-Earn Money
How to 순천 출장안마 make money · The basic 제주 출장안마 way to play poker is to pick หาเงินออนไลน์ a winner and win a 오산 출장마사지 lot 파주 출장마사지 of money.

JJ said...

Assalaamualaikum wbt
Allahu Alhamdulillaah jzkk atas perkongsian ilmu mohon share dlm pelbagai cara moga diterima sebagai amal soleh Aamiin Allahumma Aamiin